Halaman

19 April 2014

Penduduk Kampung Seri Kenangan berkhemah.

Antara remaja yang turut berkhemah.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 50 penduduk Kampung Seri Kenangan, Langkap, Setiu mengambil keputusan untuk bermalam di dalam khemah yang dibina berhampiran balairaya kampung itu bagi menjayakan Program Perkhemahan Tahunan Seri Kenangan 2014, malam tadi.

Program yang dirasmikan oleh Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk serta membentuk kerjasama erat antara ahli keluarga.

Pengerusi JKKK kampung itu, Mohamad Saad berkata, sebanyak kira-kira 15 buah khemah didirikan di kawasan itu dan mereka mula berkhemah itu sejak pagi semalam.

Antara yang hadir majlis perasmian.
"Sepatutnya lebih ramai lagi yang akan menyertai perkhemahan ini tetapi disebabkan hujan lebat berlaku petang ada yang menarik diri. Apapun, hujan tadi merupakan satu rahmat kepada penduduk kerana kampung ini sudah lama tidak berlaku hujan," katanya.

Katanya, Kampung Seri Kenangan adalah sebuah kampung yang penuh dengan kerjasama antara penduduk dan setiap kali program diadakan di kampung itu ramai yang menghadirinya.

 Dalam pada itu, dalam ucapan perasmiannya, Sabri mahu penduduk terus mengekal perpaduan dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional supaya segala program yang dirancang akan dapat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Tahniah kepada penduduk kerana sentiasa memberi kerjasama penuh terhadap program ini sehingga ramai yang datang pada malam ini dan atas kemaufakatan dan kerjasama terhadap setiap program itulah kampung ini menang anugerah cemerlang peringkat kebangsaan," katanya yang turut merasmikan mesyuarat UMNO cawangan kampung itu.

Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Langkap, Wan Nasiah Wan Majid dan Penyelaras UMNO Dun Langkap, Jazlan Mohd Amin.
Sabri...kekalkan kemuafakatan.

Antara jemputan yang hadir.

Isteri YB Sabri (tengah) turut hadir.

Dua kanak-kanak gembira berkhemah.

Gotong royong sebelum berkhemah.

Siapkan khemah walaupun hujan.
Jazlan...kekalkan prestasi UMNO di Seri Kenangan.

 

No comments: