Halaman

03 April 2014

Sekitar Karnival Kesihatan Hospital Setiu, hari ini./ Alat hemodialisis akan ditambah-Pehimi.

Pehimi memotong ribon melancarkan karnival. sambil diperhatikan, Dr. Anwa (dua dari kanan) , Dr.Muhammad Omar (kanan) dan Nik Danya (tiga dari kanan).
Oleh: Aminudin Ismail. 

KARNIVAL Kesihatan Sempena 10 Tahun Penubuhan Hospital Setiu disambut dengan meriah dengan menampilkan pelbagai acara untuk pengunjung yang diadakan di Perkarangan Hospital Setiu, Bandar Permaisuri, hari ini.

Karnival sehari itu turut mengadakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Daerah Setiu 2014 Bersama Ahli Lembaga Pengarah.

Antara acara yang diadakan di karnival yang dirasmikan oleh Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof itu ialah gerai pameran, pemeriksaan kesihatan, derma darah pertandingan memasak serta melukis.

Dalam ucapanya, Pehimi berkata, dengan penubuhan Hospital Setiu (HS) sejak 10 tahun lalu itu banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Pahimi beramah mesra dengan jemputan yang hadir.
Katanya, selain dapat kemudahan hospital, penduduk Setiu juga mendapat peluang untuk bekerja di Hospital Setiu.

"Wujudnya Hospital Setiu ini, yang sebelum ini saya tanya pengerusi Jemaah Pelawat Hospital, jika ada orang sakit terpaksa berulang alik ke Hospital Besut ataupun Kuala Terengganu.

"Tetapi dengan adanya Hospital Setiu ini ia dapat memberi khidmat kepada seluruh masyarakat di daerah Setiu ini dan secara tidak langsung, selain daripada itu, HS ini memberi khidmat kepada penduduk-penduduk Setiu.

"Saya melihat ramai daripada warga hospital ini terdiri daripada penduduk Setiu, ramai yang dapat bekerja di sini," katanya.

Dalam pada itu, Pehimi berkata, kerajaan  negeri  ini akan  menambah alat pencuci darah untuk pesakit buah pinggang (hemodialisis) di dua buah hospital di negeri ini bagi menampung keperluan pesakit untuk mendapat rawatan.

Pehimi..cakna pesakit buah pinggang.
Katanya, beliau diberitahu masih lagi ramai pengidap-pengidap sakit buah pinggang menunggu kemudahan alatan itu untuk digunakan mereka.

“Alhamdulillah, jika dulunya masyarakat di Setiu ini terpaksa berulang-alik ke Besut dan Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan itu tetapi hari ini HS sudah mempunyai mesin mencuci buah pinggang sendiri iaitu sebanyak 13 unit.


“Dan suka juga saya nak beritahu bahawa hari ini kerajaan negeri tengah merancang  untuk memperbanyakan lagi mesin cuci buah pinggang ini iaitu di Hospital Dungun dan Hospital Besut. 

"Insya Allah dengan kerjasama  kerajaan negeri dan Maidam ianya akan menjadi realiti sedikit masa lagi,” katanya. 

Antara tetamu jemputan khas yang hadir
Pehimi juga merakamkan terima kasih dan tahniah kepada Pengarah Hospital Setiu dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pelawat kerana berjaya menganjurkan dua program itu sekaligus.

Hadir sama ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Dato' Dr. Anwa Sulaiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan),  Dr. Muhammad Omar, Pengerusi Lembaga Pelawat HS, Nik Danya Nik Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Awam, Dr. Mohd Jusoh, Timbalan Pengarah Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makan), Che Ghani Sidek, Suhaimi Jusoh, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) serta Pengarah Hospital Setiu, Dr. Mohd Faizal Abdullah dan Pengarah Hospital Besut, Dr. Asmaliza Abd Rahman.

Sebahagian jemputan  yang hadir.
Che Ghani, Dr. Mohd Jusoh dan Pehimi tertarik melihat pameran.
Kanak-kanak pra sekolah turut hadir.

Beberapa pengunjung melihat pameran yang diadakan.
Jururawat bergambar kenangan di gerai pameran.
Pemenang peraduan melukis menerima hadiah.

Hadiah turut disediakan untuk beberapa acara pertandingan.
Antara yang hadir.
Pemeriksaan kesihatan turut diadakan.

Pehimi melihat antara aktiviti terapi yang diadakan.
Pehimi turut melawat pesakit di wad.

Seorang pegawai perubatan HS memberitahu sesuatu kepada Pehimi.