Halaman

23 May 2014

DUN Jabi rai Hari Guru di masjid.

Ramai...antara guru yang hadir di Majlis Kesyukuran.
Oleh: Aminudin Ismail.

KIRA-KIRA 300 guru dan 100 penduduk dari Daerah Besut hadir di Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat bersempena Sambutan Hari Guru 2014 yang diadakan di Masjid Kampung Jabi, Besut, malam tadi.

Majlis yang dimulai dengan menunaikan solat maghrib berjemaah itu adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Besut dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.

Iskandar mengaminkan doa bersama Zakaria dan Ab Halim
Selesai menunaikan solat berjemaah hadirin mula membaca surah Yaasin beramai-ramai sebelum bertahlil dan mengaminkan doa selamat oleh imam masjid. Selepas itu jemaah menunaikan solat Isyak berjemaah sebelum melakukan  solat hajat beriman.

ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dalam ucapanya mahu hubungan guru dan masyarakat terus dipereratkan supaya usaha membangunkan pendidikan di Dun Jabi itu berjalan lancar.

"Saya amat berterima kasih dan melahirkan rasa bersyukur bagi mewakili seluruh penduduk kerana PPD Besut memilih DUN Jabi untuk mengadakan sambutan Majlis Kesyukuran Hari Guru Daerah Besut pada tahun ini. 

Guru wanita turut hadir.
"Hubungan guru dan masyarakat ini adalah berpanjangan dan ianya tidak akan putus sampai bila-bila. Nabi Muhammad s.a.w ada memberitahu kita bahawa "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

"Daripada jasa guru-guru inilah antara punca kita mencapai kejayaan pada hari ini dan oleh itu marilah kita sama-sama pada setiap masa menghargai jasa guru-guru," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Zakaria Husin, Pengarah Pejaran Negeri Terengganu, Ab Halim Hassan, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Besut dan Azmi Nazir, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu.

Hadir sama Ketua Penerangan UMNO Setiu, Fahami Zakaria dan beberapa Pengerusi JKKK Dun Jabi.


Iskandar berucap selesai majlis.
Hadirin mendengar ucapan Iskandar.

Fahami (Tengah) dan Azmi (sebelah) turut hadir.


Beberapa hadirin khusuk membaca yasin

Iskandar menyampai cenderahati kepada Ketua PPD Besut