Halaman

28 May 2014

KRT Bandar Jertih sokong perlantikan Menteri Besar.


Sokong...seorang ahli KRT memasang kain rentang di Bandar Jertih menyokong perlantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu.
Oleh: Mohammad Ishak.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Besut menyambut baik dan menyokong penuh perlantikan YAB Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu ke 14 bagi meneruskan kepemimpinan kerajaan negeri.

Perlantikan Ahmad disifatkan amat sesuai dan menepati kehendak Badan Bukan Kerajaan (NGO) kerana beliau sebelum ini banyak memimpin badan sukarela.

Setiausahanya, Abdul Aziz Hassan berkata, mesyuarat peengurusan bulanan badan itu malam semalam sebulat suara menyokong penuh perlantikan Ahmad sebagai Ketua Kerajaan Negeri dan berharap negeri ini akan bertambah maju di bawah pentadbiran beliau.

Katanya, sebagai NGO yang mewakili penduduk pelbagai kaum di daerah Besut,beliau berharap Ahmad akan turut memberi tumpuan kepada aspirasi NGO yang banyak membantu kerajaan dalam pembangunan sosial.

Menurutnya, KRT Jertih bangga dengan perlantikan bekas seorang pemimpin masyarakat ke jawatan tertinggi itu sambil mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri,YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang melantik beliau.

Abd Aziz berkata, sebagai menzahirkan rasa syukur dan bangga dengan perlantikan itu pihak KRT tebabit turut memasang kain rentang yang mengalu-alukan perlantina Ahmad di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih

“Kami juga membuat keputusan untuk mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar untuk berkenal lebih rapat apabila ada masa sesuai dan kelapangan,” katanya. Seorang Ahli Jawatankuasa KRT Bandar Jertih seedang memasang kain rentang di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih.