Halaman

02 May 2014

Pemuda UMNO Malaysia anjur Forum mengenai Hudud/ Sekitar Jambori Orang Muda Besut.

Khairy bersama Zaihan (kiri), Mahadi, Johari, Pehimi dan Iskandar ketika melancarkan Jambori Orang Muda di Kota Putera, hari ini.
Oleh: Aminudin Ismail. 

PEMUDA Umno Malaysia akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dua minggu akan datang.

 Ketua Pergerakannya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sendiri akan menjemput beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang dalam forum itu nanti.

“Pemuda UMNO sebagaimana pandangan daripada UMNO sendiri, kita terima dan kita tidak menolak hukum hudud sebagai hukum Allah.

“Kita hanya melihat dari sudut pelaksanaannya, justeru pemuda UMNO kita akan mengadakan satu forum dalam masa yang terdekat.

Khairy berjenaka dengan seorang penerima hadiah.
“Saya sendiri akan jemput beberapa tokoh agama untuk memberi pandangan dan juga pakar undang-undang syariah dan juga undang-undang perlembagaan supaya kita dapat pandangan yang lebih jelas dari sudut pelaksanaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jambori Orang Muda Besut, Di Kota Putera, Besut, hari ini.

Khairy berkata, pihaknya akan menganjurkan forum itu dalam masa dua minggu lagi selepas beliau baru sahaja berbincang dengan beberapa tokoh termasuk Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis dan beberapa tokoh lain.

Dalam pada itu, pada sidang medianya itu juga, Khairy mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kekacauan ketika perhimpunan membantah GST di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Putera, Mahadi Musa, Adun Jertih, Mohd Pehimi Yusof,, Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Ketua Pergerakan Pemuda Terengganu, Johari Abu Bakar.

Sementara itu, pelbagai aktiviti diadakan sempena Jambori Orang Muda Besut yang diadakan itu, antaranya ialah pertunjukan silat, permainan wau, pertunjukan pemotoran, pertandingan bola jaring, pertandingan bola sepak dan cabutan nombor bertuah.
Meriah..antara pengunjung yang hadir.

Doa memulakan majlis.

Pameran pemotoran.

Khairy bersama dua bakal pendaki Everest dari Besut.

Tangkas..persembahan silat.

Pengunjung turut merakam gambar.
Tertarik...Khairy melihat persembahan silat.

Peserta bermotor yang mengiringi Khairy.
Pemenang cabutan bertuah menerima hadiah.


 

No comments: