Halaman

29 May 2014

Produk Felda memasuki 20 hypermarket di Abu Dhabi

Oleh: Esah Abdullah 

Felda merancang untuk membuka tiga lagi oulet Satu Wilayah Satu Industri (Sawari) dalam dan luar negara sehingga akhir tahun ini setelah berjaya membawa masuk produknya di 20 hypermarket di Abu Dhabi.

Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad berkata tiga lagi oulet ialah di Kota Kinabalu, Sabah dan Tenggaroh, Johor yang masing-masing dijangka dibuka pada Ogos dan September depan.

Katanya, manakala sebuah lagi Sawari akan dibuka di hotel Felda di Landon yang kini di peringkat rundingan akhir dan dijangka dapat dibuka tidak lama lagi.

"Pada masa ini Felda telah membuka tiga oulet Sawari yang mula beropersi sejak 2008 di Wisma Felda di Kuala Lumpur dan diikuti di Menara Felda pada awal 2014 dan ketiga di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh di sini,

 "Sawari Felda Wilayah Terengganu ini merupakan yang terbesar dan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Sawari kafe, perkhidmatan mesin ATM,perkhidmatan E-pay dan kemudahan WiFi,’’ katanya selepas merasmikan Qulet Sawari Felda Terengganu di Pejabat Felda Wilayah Terenggan, Tepoh Kuala Terengganu.

 Menurut beliau, oulet Sawari dibuka bertujuan memberi peluang kepada usahawan dari kalangan warga peneroka Felda untuk memasarkan produk keluaran mereka.

Katanya, sehingga ini seramai 135 usahawan Felda daripada 11 wilayah Felda memasarkan kira-kira 1,800 produk makanan basah, kering, minuman dan kraftangan untuk di pasarkan di Sawari.

Mengenai pencapaian jualan oulet beliau berkata, tahun lalu sebanyak RM1.161 juta jualan dicatat dan jumlah itu dijangka meningkatkan kepada RM1.5 juta pada tahun ini.

 "Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini Sawari mencatakan jualan lebih RM300 ribu,’’ katanya.

 Beliau berkata, Felda juga sedang membina sebuah kilang pembuatan makanan berharga RM25 juta di Pahang dan dengan adanya kilang tersebut, usahawan Felda mampu meningkatkan penawaran produk untuk pasaran tempatan dan seterusnya ke luar negara.