Halaman

22 May 2014

Tingkat pemantauan habitat sotong- Mohd Jidin.

Oleh: Aminudin Ismail.

KERAJAAN negeri mahu semua agensi yang bertanggungjawab menjaga perairan laut negeri ini supaya mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjaga dan mengawal sebarang pencerobohan di kawasan habitat sotong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee, berkata penjagaan rapi terhadap sotong kini menjadi khazanah baharu negeri ini perlu dilakukan untuk supaya ia terus membiak bagi menarik kedatangan pelancong dari dalam serta luar negara.


Menurutnya, pihak berkuasa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dapat melaksanakan usaha bersepadu mengelak pencerobohan.

"Saya sudah minta kepada pihak berkaitan supaya tingkatkan pemantauan bukan saja daripada nelayan asing, tetapi nelayan tempatan yang menggunakan pukat tunda.

"Penggunaan pukat ini merosakkan habitat semulajadi sotong dan tukun tiruan yang diletakkan di kawasan berkenaan. Perkara ini merugikan bidang pelancongan negeri dan nelayan kecil yang mencari rezeki di situ," selepas merasmikan satu program di Kampung Mangkok, kelmarin.

Selain itu, Mohd Jidin berkata, pemantauan lebih kerap juga pelu dilakukan bagi menjaga keselamatan nelayan dan pelancong yang datang mencandat sotong di perairan negeri ini.

"Kita juga minta agnesi berkaitan lakukan pantauan lebih kerapa bagi menjaga keselamatan pelancong yang datang mencandat di sini,"katanya.


No comments: