Halaman

25 June 2014

300 peniaga makanan jalani kursus.

Seorang peserta menerima sijil penyertaan dari Dato' Basir sambil diperhati Mohd Ramzi dan Dr.Noriza (dua dari kanan).
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI 300 peniaga makanan dari dari Parlimen Kuala Nerus dan beberapa kawasan lain berjaya memperolehi sijil masing-masing selepas menamatkan kursus Pengendalian Makanan yang diadakan di Kolej Inforana, Kuala Nerus, hari ini.

Kursus yang dianjurkan Kolej Infornana itu, bertujuan untuk mempastikan peniaga mematuhui peraturan berniaga termasuklah dari segi aspek kesihatan dan keagamaan terutamanya bagi menghadapi Ramadan ini dan ianya bermula sejak 3 Jun lalu dengan diadakan tiga sessi kursus.

Pemilik kolej itu, Ahmad Ramzi Abdul Rahman berkata, sambutan orang ramai terhadap kursus yang dibiayai kerajaan negeri itu amat mengalakan dan beliau bercadangkan akan memperluaskan kursus itu ke kawasan parlimen lain di negeri ini kerana ia banyak memberi manfaat kepada peniaga.

Sebahagian jemputan dan peserta yang hadir.
"Selepas kita menghebahkannya kepada beberapa persatuan peniaga, maklum balas yang kita terima begitu baik dan kita hanya mampu menerima sebanyak 300 peserta sahaja buat masa ini dan selepas ini kita akan memanggil ramai lagi peniaga dari seluruh negeri untuk menyertainya pada masa depan," kata CEO Inforana itu. 

Ramzi berkata, melalui kursus itu juga, Inforana memperkenalkan Program Dapur Syariah kepada semua peserta dengan kerjasama panel dari MBKT, MAIDAM dan UNISZA.

"Saya mengharapkan setiap peserta menimba banyak manfaat melalui kursus ini terutamanya sebagai persiapan untuk berniaga pada bulan Ramadan ini dan selepas ini saya juga mengharapkan tiada timbul lagi beberapa masalah yang berlaku mengenai perkhidmatan dan pemakanan di Bazar Ramadan ataupun gerai makanan mereka," katanya.

Majlis perasmian penutup program itu dilakukan oleh Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail. Turut hadir ialah Dr. Noriza Abdul Rahman daripada UNISZA.
Sebahagian peniaga yang menamatkan kursus.

Wakil dari Unisza turut hadir.

Basir menerima cenderahati dari Ramzi.

Khairul.(peniaga Tomyam)..banyak manfaat.

Norain (peniaga coklat)..mahu sertai lagi.

 

No comments: