Halaman

25 June 2014

500 sertai "I Want Sihat" di Hulu Besut.


Menang...pemenang gubahan bunga bergambar kenangan.
Oleh: Mohammad Ishak.

PROGRAM “I Want Sihat” anjuran Klinik Kesihatan Pasir Akar, Hulu Besut, mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk di kawasan berkenaan menyebabkan persekitaran Dewan Terbuka Pejabat Penyelaras DUN Hulu Besut penuh sesak dengan orang ramai.

Penganjur yang berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di Hulu Besut,menyifatkan ia amat berjaya dan mencapai matlamat.

Sempena dengan program itu pelbagai acara menarik termasuk pertandingan mewarna kananak-kanak Tabika, sukaneka untuk orang dewasa lelaki dan wanita serta pertandingan gubahan.

Tekun...kanak-kanak menyertai pertandingan warna.
Kehadiran Ahli Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Nawi Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, pada sesi pagi ketika acara senamrobik berlangsung membangkitkan lagi semangat peserta.

Orang ramai yang membanjiri dewan berkenaan juga tidak melepaskan peluang hadir membuat pemeriksaan kesihatan percuma yang diadakan sepanjang program berlangsung dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

Nawi memuji usaha yang dilakukan pihak penganjur mengadakan program seumpama itu kerana ia dapat menjalin semangat perpaduan dan kerjasama penduduk di kawasan berkenaan.

“Pembabitan golongan wanita paling ramai pada program itu membuktikan golongan berkenaan amat berminat dengan aktiviti riadah selain mereka dapat menunjukkan bakat dalam kemahiran gubahan,”katanya.