Halaman

24 June 2014

88 pasukan serta Futsal DUN Langkap: Kg.Rahmat juara vateran.

KENANGAN...PASUKAN Sri Rahmat (Kampung Rahmat) dan Chalok Barat Permai bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh sebelum kedua-dua pasukan itu bertarung dalam perlawanan akhir Kejohanan Futsal DUN Langkap kategori vateran, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Kampung Rahmat muncul juara apabila pasukan itu berjaya menewaskan pasukan Chalok Barat Permai dengan keputusan 2-0 dalam permainan sengit perlawanan akhir itu yang diadakan di Dewan Futsal Kampung Selamat, Sungai Tong, Setiu.

Pengerusi Penganjur, Rosmadi Nasir berkata, pertandingan yang bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan menjalin hubungan silaturrahim itu disertai sebanyak 88 pasukan.

"Empat kategori dipertandingan iaitu kategori lelaki vateran, wanita vateran, pemuda dan putri. Sambutan penyertaan adalah mengalakan dan hampir semua kampung menyertainya," katanya.

Zulkifly menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Rosmadi berkata, dalam kejohanan tahunan itu, Johan kategori pemuda ialah Bukit Putera manakala naib johan ialah Bukit Layat, kategori putri pula pemenang ialah Sungai Lerek dan Sri Rahmat (Kampung Rahmat) naib johan.

"Pasukan Banggol Setar pula menang kategori wanita menewaskan Banggol Setar. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Che Zuklifly termasuklah hadiah cabutan bertuah," katanya.

Sementara itu, ADUN Langkap, Dato' Sabri berkata, beliau gembira kerana sambutan penduduk terhadap kejohanan itu amat mengalakan dan berterima kasih kepada urusetia dan peserta yang bertanding.

"Jumlah penyertaan dan penonton adalah mengalakkan dan berkemungkinan kejohanan seperti ini kita akan adakan dua kali setahun supaya ada aktiviti sukan di kawasan DUN ini untuk mengeratkan hubungan antara penduduk," katanya.- Aminudin Ismail.