Halaman

04 June 2014

INILAH PAS..TAK FAHAM PENJELASAN MENGENAI CUKAI PINTU TETAPI SUKA MENIMBULKAN SUASANA KACAU


Walaupun Menteri Besar, Dato' Hj Ahmad Razif Abd Rahman telah menyatakan kedudukan Cukai Pintu bagi Kuala Terengganu akan ditangguh dan dikaji balik untuk mencari yang terbaik untuk rakyat, tetapi nampaknya Pas masih bersikap hendak mengambil kesempatan untuk menimbulkan suasana yang tegang.



Bagaimanapun, Setiausaha Khas Kepada YAB Menteri Besar, Encik Ahmad Nizam Abdul Karim dengan hati yang lapang dan fikiran yang positif menerima kedatangan rombongan Pas dan jawatankuasa terbabit bagi menerima memorandum berkaitan di Wisma Darul Iman, pagi ini, 4 Jun 2014.

PENJELASAN BERKAITAN DAN PERKARA SEBENAR IALAH:-

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akur dengan saranan kerajaan negeri supaya menangguhkan kenaikan cukai pintu, kata Datuk Bandar MBKT, Dato’ Adzlan Mohd Dagang.
Bagaimanapun kata beliau, kajian terhadap perlaksanaan itu tetap diteruskan kerana sudah termaktub dalam peruntukan undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Katanya, pihak MBKT tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan kadar nilaian baru jika tidak mendapat kebenaran bertulis dari Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Kenyataan Datuk Bandar mengenai cukai pintu.
“Apa yang dihebah dan dilaporkan dalam akhbar sebelum ini hanya cadangan dan belum lagi dikuatkuasa, walaupun perkara berkaitan itu dirasakan perlu kerana MBKT kini terpaksa menanggung bebanan terlalu tinggi dan cukai pintunya tidak pernah dinaikkan sejak 1981.
“Sepatutnya penilaian untuk kenaikan cukai pintu dibuat lima tahun sekali, namun di Kuala Terengganu cukai pintu tidak dinaikkan sejak 32 tahun lalu berbanding negeri lain yang ada membuat penilaian cukai pintu selang lima tahun sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya, hari ini.
Dato’ Adzlan turut memberitahu, sehingga kini sebanyak 7,334 bantahan diterima daripada pelbagai pihak, organisasi, badan bukan kerajaan dan individu.
“Pihak kami sangat mengalu-alukan bantahan itu kerana pelbagai cadangan turut dimuatkan semata-mata mahu melihat Terengganu terus pesat membangun.
“Apa yang dicadangkan, termasuk menaikkan kadar nilaian secara berperingkat-peringkat akan dianalisa oleh Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Harta MBKT sebelum dihantar kepada pihak berkuasa negeri,” katanya.
Menurut beliau, notis mengenai senarai nilaian yang disiarkan dan dihantar kepada 67,320 pemilik harta di Kuala Terengganu adalah tertakluk kepada Seksyen 141 di bawah akta yang sama.
Katanya, apa yang dikesalkan sekarang ini, mengapa pihak tertentu ingin mengeruhkan keadaan dengan mengadakan pelbagai cerita bohong, termasuk kenaikan nilaian cukai sehingga 600 peratus.

“Perkara itu sama sekali tidak benar, mereka berbuat demikian untuk meraih simpati,” ujarnya.



No comments: