Halaman

26 June 2014

PELUPUSAN ABU AL QURAN DIBUAT SECARA TERTIB



Oleh: Ruslan Abdul Rahman dan Mohd Yahya

Pada tahun ini, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam)  melupuskan abu al-Quran seberat 1,500 kilogram manakala 300 kilogram lagi abu adalah daripada Percetakan Yayasan Islam Terengganu, menjadikan berat keseluruhan abu yang dilupuskan dilaut 1 800 kilogram keseluruhannya.

Perlupusan abu Al Quran itu berlangsung pagi ini di Laut China Selatan diketuai oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali Salleh.

Hadir sama Nakhoda Kapal Saiph Jabatan Laut Wilayah Timur, Terengganu, Kapten Noor Ley bin Hashim.
Perlupusan dibuat secara demikian bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesucian kitab al-Quran.

Ia juga memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai proses perlupusan al-Quran lama dan rosak .


Pesuruhjaya Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali Salleh berkata, Al Quran yang tidak boleh digunakan bolehlah dihantar terus ke Pejabat Agama Daerah berdekatan atau datang sendiri ke Maidam. (Hanya al Quran dan Yassin sahaja diterima).