Halaman

04 June 2014

Pesta Pantai Padang Kemunting meriah.

Bazlan (kiri) dan Mohd Jidin meninjau bangsal penduduk pada majlis perasmian, baru-baru ini.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 500 penduduk Padang Kemunting tinggal di bangsal di tepi pantai Kampung Pengkalan Atap selama hampir seminggu bagi menjayakan program pesta pantai kampung itu yang akan berakhir pada petang ini.

Pengerusi program itu, Kamal Zakaria berkata tujuan utama diadakan pesta pantai itu ialah bagi meneruskan tradisi nenek moyang Kampung Padang Kemunting yang bermalam di tepi pantai selama beberapa hari selepas musim menuai.

“Ini adalah program tradisi dan ianya diadakan bertujuan untuk terus menghidupkan tradisi lama supaya generasi hari ini dan akan datang dapat dapat melihatnya.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk selepas masing-masing sibuk dengan pekerjaan,” katanya yang mengharapkan sambutan yang lebih besar akan diadakan pada tahun depan.

Bazlan bertanyakan sesuatu kepada seorang peserta.
Kamal berkata, antara aktiviti yang diadakan sempena program pesta pantai itu ialah persembahan kebudayaan, pemiran, gerai jualan, program Polis bersama rakyat dan sukaneka.

“Majlis perasmian dilakukan oleh Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Mohd Jidin Shafee manakala pada mala mini akan diadakan majlis penutup yang akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, beliau mengharapkan generasi muda supaya terus menghayati tradisi lama supaya ia tidak ditelan zaman dengan turut sama menyertai program yang diadakan.

Sambutan acara perasmian.
Mohd Jidin, Bazlan dan jemputan menjamu selera.

Ucapan perasmian oleh Mohd Jidin.

Bazlan mahu penduduk erat silaturrahim.

Penduduk menikmati udara pantai 

 

No comments: