Halaman

06 June 2014

PPK Setiu usaha estet padi 400 hektar.

Saipudin...dijangka mula mac tahun depan.
Oleh: Aminudin Ismail.

KERAJAAN negeri bersetuju memberi kebenaran kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu untuk membangunkan kawasan tanaman padi seluas kira-kira 400 hektar di Kampung Jelapang, Langkap, Setiu yang dijangka akan bermula Mac tahun depan.

Pengurus Besar PPK Setiu, Mohamad Saipudin Abas berkata apabila dilaksanakan kelak, projek itu dijangka akan dapat mengeluarkan sebanyak 1,200 tan metrik padi untuk setiap musim sekaligus dapat mengurangkan pengunaan beras impot untuk kegunaan dalam negeri.

“Buat permulaan, mini estet secara komersil ini akan mengunakan teknologi pertanian moden dengan hanya mengunakan seramai 10 pekerja .

“Satu hektar sawah dapat mengeluarkan tiga tan metrik padi setiap kali dituai dan akan mengeluarkan hasil sebanyak dua kali setahun,” katanya pada satu majlis anjuran PPK Setiu, di Bandar Permaisuri, Kelmarin.

Saifuddin berkata, projek mini estet padi itu adalah kali pertama dilaksanakan di daerah Setiu dan ia adalah projek printis dan akan menjadi ‘rule –model’ kepada beberapa projek seumpama itu yang akan dilaksanakan kelak.

Dalam pada itu, Saipudin mahu setiap petani mempertingkat hasil dan mutu padi supaya pendapatan mereka dapat dipertingkatkan dengan mengikuti beberapa program yang diatur oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu.

No comments: