Halaman

12 June 2014

RM3.11 billion impot sayur tahun lalu/ Beri sokongan kepada " Jom Bertani"- Ismail Sabri.

Oleh: Aminudin Ismail. 

KERAJAAN terpaksa mengimpot sebanyak RM3.11 billon sayur-sayuran dari luar negara bagi memenuhi keperluan penduduk di negara ini pada tahun lalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pada tahun lepas juga kerajaan mengimpot sebanyak RM2.15 billion buah-buahan dan RM4.3 billion makanan yang diproses.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengharapkan program ‘Jom Bertani’ yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini diharap dapat mengurangkan kebergantungan bahan makanan itu dari luar.

Mesra...Muhyiddin bersalaman dengan penduduk.
“Inilah tujuan kita wujudkan program Jom Bertani, merakyatkan pertanian dan pertanian ini sebagai budaya kepada rakyat Malaysia. Kita pada hari ini mengimpot terlalu banyak produk pertanian.

“Kita akan cuba mengurangkan impot bahan makanan ini sehingga kita mampu untuk mengeluarkan sendiri jadi setengah itu memakan masa yang panjang,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran program itu di Nyiur Tujuh, Jerteh, hari ini.

Antara bahan produk pertanian yang dipamirkan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, program ‘Jom Bertani’ dilaksanakan adalah bertujuan untuk merakyatkan pertanian.

“Kita nak merakyatkan pertanian, kita nak semua pihak terlibat dalam aktiviti pertanian. Bukan sahaja pertanian ini dijadikan program komersil tetapi dilibatkan semua pihak termasuklah penanaman sara diri di rumah dan sebagainya.

“Dan konsep kita tanam untuk makan, makan untuk tanam dan kalau lebih kita jual. Kita bukan sahaja melibatkan masyakat di luar Bandar tetapi juga masyarakat di Bandar.

“Jika dahulu semua rumah ada produk pertanian samada pelihara ayam, tanam pokok dan sebagainya tetapi kenapa sekarang ini kita tidak boleh. Kita mahu pertanian ini menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia," katanya.

Ismail Sabri berkata, melalui program itu, kerajaan akan memberi bantuan-bantuan darisegi tanaman iaitu akan memberi benih, baja organik, polibeg, bahan-bahan dan alatan-alatan kepada peserta yang menyertai program itu.

“Begitu juga dengan sektor ternakan, bagi yang melibatkan dalam ternakan lebah misalnya, kita akan beri peralatanya. Kita akan beri anak ayam, anak itik, puyuh, reban, sangkar dan sebagainya, makanan manakala bagi perikanan kita akan beri benih ikan, kita akan bantu darisegi produk , makanan ikan dan sebagainya,” katanya.

Reban ayam moden turut menjadi perhatian.
Katanya, beliau berharap dengan adanya program tersebut ianya bukan sahaja dapat mengurangkan impot tetapi kebergantungan (terhadap bahan impot) untuk kegunaan rumah juga akan berkurangan.

“Bertepatan dengan apa yang diumunkan oleh Tan Sri Timbalan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai kos sara hidup supaya kita dapat mengurangkan kos sara hidup setiap keluarga apabila kita menanam dan sebagainya.

“Saya amat berharaplah, selepas ini bukan sahaja di pejabat kerajaan , bukan sahaja di komoniti-komuniti, tetapi setiap individu kampung dan bandar akan terlibat dalam bidang pertanian ini,” katanya sambil mengharapkan orang ramai memberi sokongan baik terhadap program ‘Jom Bertani’ itu.

Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman dan Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh.
Sabri (tengah) bersama Muhyiddin, Razif dan Idris.

Antara tetamu jemputan yang hadir.


Suasana di tapak perasmian di Nyiur Tujuh, Besut.
Tembikai turut dijual kepada orang ramai.
Pemandangan sebuah gerai pamiran.

 

No comments: