Halaman

26 June 2014

UCB beramal di Besut.

BERAMAL...Prof Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh, Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar Kolej Universiti Bestari (UCB) menyerahkan sekampit beras dan beberapa keperluan harian lain kepada seorang ibu tunggal di Kampung Pasir Akar, Besut, sebagai sumbangan amal bersempena bulan Ramadan ini, semalam.

Seramai kira-kira 20 kakitangan dan penuntut kolej universiti menyertai program itu dengan menziarahi kira-kira 10 buah rumah iaitu rumah ibu tunggal, orang kurang upaya, orang sakit dan mereka yang berpendapatan rendah.

Ketika di rumah seorang pesakit juga di Pasir Akar.
"Program ini kita panggil amal kasih Ramadan. Sempena menyambut ramadan ini, kakitangan dan pelajar UCB bersama-sama menyumbang kepada masyarakat di daerah Besut ini yang dikesan melalui JKM dengan memberi sedikit sumbangan berbentuk barangan keperluan harian bagi meringan beban mereka yang terbabit.

"Ini adalah program kedua selepas dilancarkan pada tahun lepas. Sebelum ini kita buat di daerah Setiu, tahun ini di Besut pula dan Insya Allah kita akan teruskan pada masa-masa hadapan di daerah yang lain pula," katanya.- Aminudin Ismail.