Halaman

01 July 2014

Bekerja bersama saya- Pengarah APMT

BINCANG…Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (AMPT) Omar Adam (kanan) berbincang sesuatu dengan Ketua Unit, Unit Komunikasi (UKOM) negeri, Ruslan Abdul Rahman ketika beliau hadir pada pertemuan dengan jawatankuasa Program Iftar Ramadan UKOM 2014, di pejabat UKOM, Jalan Pejabat, hari ini.

Omar, 41, yang mula memegang jawatan Pengarah AMPT hampir sebulan lalu mahu semua kakitangan APMT dan UKOM bekerja bersama-samanya untuk mempastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berjalan baik dan lancar.

Omar bersama Ruslan dan Mohd Razif (tiga dari kanan)
Katanya, sebagai orang baru, beliau amat memerlukan kerjasama itu dari semua pihak dan beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dengan melakukan beberapa tranformasi untuk kebaikan bersama dalam melancarkan perjalanan APMT dan UKOM.

Omar juga menekankan soal ketulusan waktu bekerja dan mendahulukan soal-soal keagamaan dalam menjalankan tugas supaya setiap kerja yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Dalam ucapannya itu juga, beliau akan meneliti semula soal tugasan kakitangan APMT di peringkat DUN supaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan membangunkan rakyat di negeri ini dan merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, walaupun sibuk dengan tugas lain, Omar berkata, beliau akan cuba meluangkan masa untuk datang ke pejabat UKOM bagi bertemu dengan pegawai dan kakitangan unit itu.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Mohd Razif Abdul Majid ,wakil dari Parlimen Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.-aminudin.
Omar mendengar pandangan seorang kakitangan UKOM.