Halaman

06 July 2014

Mangsa kebakaran di Marang bakal duduki rumah baru.

A.Latiff menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa.
Oleh : Amirullah Othman. 

KERAJAAN negeri menghulurkan sumbangan sebanyak RM70,000 kepada dua mangsa kebakaran di Kampung Kijing, Marang bagi membina sebuah rumah baru selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, baru-baru ini.

Mangsa kebakaran Alias Daud, 70 tahun dan pasangannya Romah Ismail, 70 tahun mendapat RM30,000.00 dari kerajaan Negeri Terengganu di samping mendapat bantuan RM600.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Seorang lagi mangsa Fatimah Ismail mendapat rumah baru daripada kerajaan negeri yang bernilai RM40,000.00 dan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM600.00.

A.Latiff mendengar penerangan seorang pegawai.
Semua mangsa, kini menumpang di rumah sedara mara masing-masing . “Ini merupakan sambutan Ramadhan yang benar-benar menguji kesabaran kepada saya”, kata-kata mangsa kebakaran kepada wartawan Teganukita.

“Setiap kali balik dari surau selepas selesai solat Tarawih,saya akan menangis apabila terpandang kearah tapak rumah yang mengorbankan arwah anak saya dalam kebakarang pada 28 Mei yang lalu”, kata Romah Ismail.

Sementara itu, Pengerusi Transformasi Kerajaan, Multimedia dan Komunikasi Negeri Terengganu yang mewakili Y.A.B. Menteri Besar Terengganu melawat rumah mangsa dan memberi sumbangan bantuan daripada JKM, pagi ini.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu danTuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar.

Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Marang serta kakitangan dan pimpinan masyarakat setempat juga hadir. Ini adalah lawatan kali kedua selepas Y.A.B. Menteri Besar  melawat mangsa kebakaran ini pada 31 Mei yang lalu.