Halaman

04 July 2014

Redang Mutiara Indah dan Selesa.

Pandangan dari lautan suasana sekitar RMBR.
Oleh: Aminudin Ismail.

PULAU Redang yang terletak di daerah Setiu sememangnya sebuah pulau yang indah dan mempesonakan dengan mempunyai beberapa buah pulau lain yang berhampiran, Pulau Redang memang wajar diberi pengiktirafan sebagai Pulau ke tiga antara yang tercantik di dunia.

Di sebalik keindahan dan kedamaian Pulau Redang itu, terdapat sebuah resort yang bertaraf sederhana yang sering menjadi tumpuan ramai kerana kedudukanya yang berhampiran pantai dan di kelilingi beberapa buah pulau.

Redang Mutiara Beach Resort (RMBR)yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari jeti utama Pulau Redang melalui jalan laut itu, juga mempunyai jeti sendiri yang membolehkan pelancong terus singgah di depan resort itu apabila mereka mahu menginap di situ.

Penginapan RMBR.
Hamparan pasir yang halus dan putih, berlatarbelakangkan bukit dan kawasan hutan semulajadi, RMBR sesuai untuk pengunjung untuk mandi manda kerana pantainya yang tidak dalam dan ombak yang  tidak besar.

Menurut Pengurus Operasinya, Mohd Khairul Azizie Mohamad, RMBR mempunyai 40 buah bilik termasuk enam banglo dan lapan bilik deluxe serta sembilan bilik baru yang akan beroperasi tidak lama lagi.

“Harga pakej bergantung kepada penginap yang tinggal di bilik manakala pada musim cuti persekolahan, cuti kelepasan am, harganya akan meningkat sedikit,” katanya mengenai resort yang buka pada Mac 1999 itu.

Mohd Khairul berkata, RMBR menagadakan beberapa kemudahan, antaranya ialah mengunjungi beberapa pulau berhampiran, ‘snorkling’, berenang di tepi pantai, melawat Taman Laut, BBQ dan beberapa aktiviti lain.

Antara aktiviti rekreasi RMBR.
“Kebanyakan penginap adalah pelancong tempatan yang datang bersama keluarga masing-masing ataupun berkumpulan seperti sekolah dan jabatan swasta serta kerajaan. Kita juga mempunyai dewan seminar yang boleh memuatkan kira-kira 30 peserta,” katanya.

Mohd Khairul berkata, terdapat juga pelancong asing datang ke resortnya, antaranya ialah dari negara barat, China, Korea dan Jepun serta dari beberapa negara Arab.

“Kebanyakan resort dan chalet di Pulau Redang ini mula dibuka pada awal Mac selepas ditutup kerana musim tengkujuh dan jumlah pelancong akan bertambah bermula bulan April hingga September,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan RMBR, Zainab Kadir berkata, kebanyakan pengunjung yang datang ke RMBR akan kembali datang untuk menginap di resort itu jika mereka kembali semula kerana berpuashati dengan layanan dan bayaran yang dikenakan berpatutan.
Bilik yang ringkas dan selesa.
Pemandangan indah 'sunrise' di RMBR.

 

No comments: