Halaman

11 January 2014

Atlet Terengganu berqiamullail di Mini Kem Sukma.

BERSEMANGAT...sebahagian daripada 164 atlet SUKMA negeri Terengganu bersemangat melaungkan Terengganu Boleh selepas menamatkan Mini Kem Sukma XVII 2014 Siri I yang diadakan di Peladang Agro Resort Setiu, Bandar Permaisuri, Setiu, selama tiga hari berakhir hari ini.

Majlis perasmian penutup itu dilakukan oleh Timbalan Exco Belia, Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Mahdi Musa.Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu.

Menurut Ibni Amin, tujuan program itu diadakan ialah untuk menerapkan daya juang, daya saing, semangat sepasukan, semangat patriotik, semangat kenegerian supaya athlet itu ada tanggungjawab untuk bertanding bagi menaikan nama Terengganu.

Ibni Amin Busu.
"Pada masa yang sama kita buat simulasi kepada latihan yang sebenar, melalui kem ini kita adakan aktiviti-aktiviti lasak supaya mereka berada dalam keadaan penat dan dalam pada masa yang sama kita mahu athlet ini boleh mengawal diri masing-masing walaupun dalam keadaan keletihan.

"Inilah ciri-ciri athlet yang berjaya. Walaupun dalam keadaan letih, mereka boleh menjadi lebih baik daripada pasukan lawan dan mereka boleh menang. Inilah elemen yang kita terapkan dalam kem ini," katanya.

Selain itu, Ibni Amin berkata, kem itu juga turut menitik beratkan soal agama dimana setiap athlet digalakan bersembahyang jemaah, mendengar kuliah agama dan menyertai Qiamullail.

"Sambutan atlet terhadap aktiviti ini amat baik sekali dan Pada tahun ini kita mengadakan program Qiamullail bagi mengisi ketahanan dalaman altlet kita," katanya.

Ibni Amin berkata, Mini Kem Sukma XVII Siri ke 2 akan diadakan pada bermula khamis ini yang membabitkan seramai kira-kira 150 athlet berpasukan.- Oleh: Aminudin Ismail.
Mohd Mahdi menyampai hadiah kepada atlet
Ikrar..atlet berikrar bertanding bersungguh-sungguh.


Dua athlet wanita turut berikrar.
Dua wartawan bertanyakan sesuatu kepada Mohd Mahdi.

 

NOK CARI MANA LAGI KERAJAAN BAIK LAGU NI....



Pagi ini, 12 Januari 2014 (Ahad) Perdana Menteri Malaysia, dijadual akan menyampaikan bantuan mangsa banjir dan meraikan sukarelawan Peringkat Negeri Terengganu  bertempat di Padang Astaka, Bandar Chukai, Kemaman Terengganu.
 Ia diadakan dengan kerjasama Kelab Putera 1 Malaysia, Kerajaan Negeri dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Umno Bahagian Kemaman.
Antara bantuan yang akan disampaikan, antaranya termasuklah peti sejuk, telivisyen, peralatan memasak (dapur), tilam dan bantal.
  Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Baling Kedah baru sahaja mengadakan sidang media khas di tapak acara.
 Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Datuk Abdul Azeez kemudiannya bersama-sama menjayakan latihan (reahersal) acara untuk melicinkan perjalanan acara sebenar esok. Daripada : Ruslan Abdul Rahman. Gambar sumbangan: Fauzi Adam.

ADUN Kuala Besut melawat pejalan kaki Mohd Nor Mat


Tengku Zaihan menyampaikan sumbangan hamper kepada Mohd Nor 

Oleh: Mohammad Ishak 

Penderitaan Mohd Nor Mat,48, pejalan kaiki Program Walk For Malaysia anjuran Kerajaan Terengganu yang cedera dipukul mendapat perhatian Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Mohd Nor bekas pesara tentera menarik perhatian rakyat Malaysia kerana kejayaannya berjalan kaki sejauh 600 kilometer dari Kuala Besut ke Putrajaya, September tahun lalu.

Beliau menunaikan nazar dengan berjalan kaki berikutan kejayaan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Julai tahun lalu.

Katanya, beliau juga akan terus menyertai berjalan kaki jika ada pihak yang sedia menganjurkanya untuknya kerana sudah menjadi minat sejak berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya tidak serik dan pengalaman dipukul sekumpulan lelaki Ahad lalu tiudak mematahkan semangatnya untuk meneruskan aktiviti berkenaan,” katanya ketika dikunjungi ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman di rumahnya di Kampung Pulau Meranti, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian Ahad lalu sekumpulan lelaki bertopeng dikatakan memukul Mohd Nor di hadapan Pejabat Penyelaras DUN Jertih, Gong Kemuntong ketika beliau baru masuk ke keretanya.

Berikutan kejadian itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut,Kampung Raja, sebaik beliau keluar wad Selasa lalu.

Sementara itu, Tengku Zaihan berkata, Mohd Nor masih kuat semangat untuk meneruskan aktiviti berjalan kaki dan jika ada pihak sedia menganjurkanya pada masa akan datang.

Tengku Zaihan juga kecal kerana ada pihak membuat berita palsu dengan menyebarkan pejalan kaki terbabit sudah meninggal dunia selepas dipukul pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, banyak penyebaran melalui Facebook yang memaparkan jenazah Mohd Nor sedang disembahyangkan kerana mati akibat kejadian berkenaan.

Tengku Zaihan berkata, beliau datang menemui Mohd Nor kerana beliau antara individu yang berjaya kepada negeri ini sehingga sanggup berjalan kaki sejauh 600 kilometer dalam tempoh 13 hari bermula dari Dataran Kuala Besut.

Beliau berharap, tiada lagi penyebaran berita palsu mengenaji kematian pejalan kaki itu kerana ia tidak benar sama sekali.

Semua yang layak akan diberi bantuan- Bazlan.

Bazlan ketika berucap di Batu Rakit, semalam.
Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

BATU RAKIT: Pengerusi JKKK Dun ini diminta supaya mempastikan semua penduduk Batu rakit yang layak menerima bantuan daripada kerajaan tidak tertinggal daripada senarai penerima. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata beliau tidak mahu melihat orang yang sama menerima bantuan setiap kali majlis diadakan.

"Saya mengharapkan perkara ini tidak berlaku dan Pengerusi JKKK hendaklah mempastikan tiada orang yang sama menerima bantuan dan sentiasa memantaunya supaya ia tidak betindih.

"Biar semua orang menikmati (bantuan kerajaan), biar semua orang akan menerima, dan bantuan ini ada perbagai bentuk, hari ini kita bagi duit dan ada yang kita baiki rumah dan macam-macam lagi dan kalau boleh kita tidak mahu orang sama menerimanya," katanya.

 Bazlan berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Masih Ada Yang Sayang (Mayang) di sini, semalam. Turut hadir di majlis itu ialah Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh. 

Seramai 100 penduduk berpendapatan rendah di Dun Batu Rakit menerima bantuan itu yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan dan petani.

Bazlan juga mengucapkan terima kasih kepada penduduk Batu Rakit kerana sentiasa menyokong Barisan Nasional dan mengharapkan sokongan itu akan diteruskan bagi menjamin kemajuan dan pembangunan kawasan Dun itu.
Terima..Zulkif menyampaikan bantuan kepada seorang penduduk.

Dengar...sebahagian 100 penerima yang hadir.

 

10 January 2014

1,960 remaja Seberang Takir terima RM200 seorang.

SEMAK..beberapa remaja sedang menyemak nama mereka sebelum menerima wang dana remaja sebanyak RM200 setiap seorang di Program Bakti Remaja Dun Seberang Takir, yang diadakan di Bangunan Penyelaras Dun itu, Selasa lalu. (7hb Januari 2013)

PA Adun Seberang Takir, Mohd Nor Abdul Rahman, berkata program itu diadakan selama empat hari iaitu pada 2hb, 5hb, 6hb dan berakhir 7hb.

Ahmad Razif bersama seorang penerima.
"Seramai kira-kira 1,960 remaja dari 14 JKKK Dun Seberang Takir menerima wang dana itu. Pembahagian diberi kepada 500 remaja pada satu sesi dan ianya berjalan lancar," katanya. 

"Pembahagian wang dana itu membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional begitu perihatan kepada golongan remaja dan ia boleh meringankan beban saya untuk membeli barangan keperluan harian," kata seorang penerima ketika ditemui.

Sementara itu, Adun Seberang Takir Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman yang merasmikan program itu mengharapkan golongan remaja supaya terus menyokong kerajaan sekarang supaya kerajaan boleh meneruskan usaha untuk membantu dan membangunkan golongan itu, katanya.-oleh Aminudin Ismail.
Hadir..sebahagian remaja yang hadir.




 

Sekitar dua YB kunjungi pesakit di Dun Batu Rakit.

Bazlan bersama Zulkifly mendengar sesuatu dari seorang pesakit di Kampung Mengabang Panjang.
Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

BATU RAKIT: Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh bersama Adun kawasan ini, Bazlan Abdul Rahman menghabiskan masa hampir empat jam mengunjungi 14 pesakit di tiga buah kampung di dun itu untuk menyampaikan bantuan, hari ini.

Program yang dianjurkan oleh pejabat Parlimen Setiu dengan kerjasama Dun Batu Rakit itu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga pesakit serta mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat setempat.

Turut sama dalam lawatan itu ialah isteri Zulkifly, Husainah Mohamad dan isteri Bazlan, Siti Zaimah Mahmod, Setiusaha UMNO Bahagian Setiu, Mohd Azmi Nazir, beberapa Pengerusi JKKK , Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Dun Batu Rakit.

Tuan Akmal, (76) menerima sumbangan RM200.
Dalam lawatan itu pesakit menerima sumbangan sejumlah wang tunai dan sebuah hamper yang disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Setiu dan Pejabat Dun Batu Rakit. 

Bazlan berkata, kampung-kampung yang dikunjungi pada hari ini ialah Kampung Mengabang Panjang, Kampung Mengabang Lekor dan Kampung Pagar Besi.

"Selepas ini kita akan melawat pesakit di kampung-kampung lain pula di kawasan Batu Rakit ini untuk menghulurkan bantuan kepada pasakit bagi meringankan bebanan mereka," katanya.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam Teganukita yang turut bersama dalam lawatan itu:-
Makan pagi..peserta program makan pagi di Mengabang Panjang.
Bersiap..rombongan bersiap ke rumah pasakit.

Bazlan dan Che Zul di rumah W.Yusof (53) yang mengidap 'stroke'.
Bazlan bersama isteri di rumah Gayah Yaakob.
Di rumah Jamilah zakaria yang baru kematian suami.
Bersama Yusof Ismail yang mengalami penyakit saraf di Mengabang Panjang.
Turut mengunjungi rumah Fatimah Dol, vateran UMNO.
2 Yb berbual mesra dengan seorang pesakit yang dikunjunginya.
Mesra..Isteri YB Zul (kiri) bersama seorang pesakit.
Belai..Isteri YB Bazlan memegang bayi di rumah seorang pesakit

Teliti..Bazlan dan Zulkifly meneliti borang pesakit kronik seorang pesakit yang dikunjunginya.
Kunjung...Bazlan bersama beberapa anggota rombongan menuju ke rumah pesakit.

 

UMT tubuh CHG

Oleh: Suriati Ali

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menggerakkan Kumpulan Bencana Pesisir (CHG) yang dianggotai oleh beberapa ahli akademik bagi menjalankan penyelidikan dalam usaha membantu menangani banjir di negeri ini.

 Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Ibrahim Komoo berkata, mereka yang mempunyai kepakaran dalam aspek itu akan memfokuskan usaha mengurangkan kesan bencana itu kepada penduduk.

 Katanya, pasukan itu akan bertindak sebagai kumpulan yang berfikir secara ilmiah di mana bukan sahaja kajian dilakukan namun mencari satu alternatif untuk respons terhadap bencana itu di peringkat awal dengan kadar segera. 

"Ketika ini, memang saya lihat warga UMT sangat aktif dalam menggerakkan bantuan jangka masa pendek kepada mangsa, justeru itu, kita tubuh pasukan ini bagi membantu masyarakat untuk menghadapi bencana ini bagi jangka masa panjang dengan bantuan pakar-pakar ilmiah yang kita miliki.

"Pasukan ini akan menjalankan kajian, mencari maklumat tentang corak dan senario banjir yang melanda setiap tahun, memantau hakisan, mengumpul data impak kerugian yang dialami bagi memudahkan tindakan seterusnya," katanya

 Mengulas lanjut, beliau memberitahu, melalui kajian awal secara realistik membolehkan tindakan-tindakan jangka masa pendek dan sederhana dilaksanakan seperti bentuk bantuan, kaedah penyampaian maklumat awal serta tindakan menyelamat diberikan kepada penduduk yang terlibat.

 Jelasnya, ketika ini, pasukan ini akan mendapatkan maklumat tentang bencana ini untuk tempoh 10 hingga 20 tahun terdahulu bagi membuat perancangan dan pemerhatian seterusnya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri mahupun jabatan-jabatan berkaitan bagi memudahkan maklumat diperoleh.

 "Kita tidak mahu pasukan yang hanya membuat kajian sahaja dan apabila bencana melanda, kita tidak berbuat apa-apa. Kita mahu sebuah kumpulan yang proaktif dengan bencana dari segi kajian serta tindakan. 

"Untuk tempoh beberapa bulan ini, pasukan ini akan buat penelitian, analisis, kumpul maklumat, sediakan peta banjir serta data impak bencana dan selepas kita kenalpasti perkara itu.

 ''Kalau perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak kita akan lakukan dan untuk peringkat awal kita mungkin akan beri tumpuan kawasan berhampiran dengan UMT dahulu," jelasnya," ujarnya.



JPJ beroperasi pada setiap Sabtu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu membuka perkhidmatan kaunter pelbagai kepada orang ramai di tiga pejabatnya iaitu di Kuala Terengganu, Besut dan Kemaman pada setiap Sabtu.

Pengarah JPJ Terengganu, Tuan Abdul Rahman Emang Anyie berkata urusan di Bahagian Pelesenan Memandu, Bahagian Pelesenan Kenderaan dan Bahagian Penguatkuasaan akan bermula Sabtu ini.

 Ia dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang, katanya.

 

Isteri Mohd Noor kesal FB sebar kematian suami

Keluarga Mohd Noor Mat yang mencipta sejarah berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya pada September lepas, menafikan khabar bahawa beliau meninggal dunia selepas diserang sekumpulan lelaki. 

Isterinya Zamilah Abdul Latiff, 45, berkata fitnah itu yang disebar menerusi laman sosial Facebook sejak kelmarin turut disertakan dengan gambar orang ramai mengusung jenazah.

"Saya amat sedih bila ada pihak yang sanggup memutar belit kejadian itu dan membuat berita palsu," katanya, semalam.

Beliau berkata suaminya yang diserang sekumpulan lelaki berhampiran Dewan MDB Gong Kemuntong, Jerteh pada Ahad lalau, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia susulan kecederaan pada kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Selepas dirawat hampir empat hari, dia dibenar keluar pagi semalam dan sudah semakin sihat," katanya. 

Menurut Zamilah, adik iparnya juga sudah membuat laporan polis berhubung serangan terhadap Mohd Noor.

Pada 22 September lalu, Mohd Noor, 46, yang bekerja dengan Yayasan Islam Terengganu menunaikan nazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya susulan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

Beliau mengambil masa 12 hari untuk menamatkan perjalanan sejauh 600 kilometer itu.


09 January 2014

SMK Pelong ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2016.

Daftar..ibubapa mendaftar anak mereka di SMK Pelong.
Oleh: Aminudin Ismail. 

BANDAR PERMAISURI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Langkap, dekat sini bakal menjadi sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di negeri ini menjelang 2016.

Penolong Pegawai Pendidikan Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Setiu, Alias Husin berkata, pihaknya sedang berusaha kearah mencapai sekolah kluster itu dengan meningkatkan prestasi sekolah dari pelbagai aspek.

“Pada 2016 nanti, kita target sekolah ini akan menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua aspek termasuklah ko-kurikulum dan akademik.

“Dari segi Gred Purata Sekolah (gps) sekolah ini adalah antara 20 buah sekolah terbaik di di negeri Terengganu dan kita yakin sasaran untuk menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan akan tercapai,” katanya.

Alias ketika berucap di SMK Pelong.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan guru-guru mencari alternatif bagaimana untuk mempertingkatkan jumlah pelajar yang mendapat ‘Straigh A’ dalam peperiksaan.

“Sekolah ini ada nama di Terengganu, sebagaimana Sekolah berasrama penuh lain. Cuma setakat ini kita perlukan lebih banyak bilangan pelajar mendapat straight A,” katanya ketika berucap pada Majlis pendaftaran dan taklimat pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4 sekolah itu, hari ini.

Dalam pada itu, Alias mengharapkan semua pelajar sentiasa menjaga disiplin ketika belajar di sekolah itu kerana segala perlakuan mereka akan direkodkan dan sekiraya pelajar ada masalah disiplin, itu akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti.

Sementara itu, Pengetua SMK Pelong, Che Adam Che Muda berkata, seramai 10 pelajar baru tingkatan 4 dan 18 pelajar tingkatan 1 (panggilan kedua) mendaftar di sekolah itu, hari ini.
Hadir...sebahagian pelajar dan ibubapa yang hadir.


 

Pelan Strategik TISB sasar nilaian aset bersih RM2.0 bilion

Oleh: Noraini Jusoh

Syarikat pegangan pelaburan utama negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TISB) melancarkan Pelan Strategik lima tahun bermula 2014 menumpukan pada pembangunan dan ekonomi mampan yang menyasarkan nilaian aset bersih kepada RM2.0 bilion dengan purata peningkatan sebanyak 20 peratus setahun.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kejayaan dalam penyediaan pelan strategik ini terhasil melalui kerjasama strategik TISB beserta anak syarikatnya dengan mengorak langkah sebagai satu entiti yang melengkapi fungsi dan peranan masing-masing.

“Sasaran ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan dan usaha daripada 16 buah anak syarikat termasuk dua syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu TDM Berhad dan Golden Pharos Berhad, sembilan buah syarikat bersekutu dan lima buah syarikat bagi lain-lain pelaburan di bawah Kumpulan Syarikat TISB.

“Pihak TISB akan menstruktur semula sektor sedia ada dengan pengoptimumkan sinergi di kalangan syarikat tersebut contohnya sektor pembuatan makanan halal, bio teknologi, pelancongan dan perhotelan serta pelaburan hartanah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Terengganu Incorporated Sdn Bhd yang diadakan serentak dengan Majlis Penutup Program Latihan Pengarah Korporat di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, penyediaan pelan strategik ini merupakan perancangan yang komprehensif dan sangat penting supaya arah tuju perancangan dan pengurusan TISB menjadi lebih teratur, berkesan dan jelas.

“Ianya turut menggariskan hala tuju syarikat beserta langkah-langkah yang akan diambil bagi membentuk sesebuah organisasi yang berwawasan dan berprestasi tinggi di masa hadapan,” ujarnya.

Tambah beliau, pelan strategik tersebut turut memperhitungkan faktor perkembangan, cabaran dan keperluan semasa yang perlu ditangani bagi terus menumpukan perhatian kepada agenda yang komprehensif merangkumi empat komponen iaitu `statekeholders, financial, governance and internal process dan` learning and growth’.

“Berdasarkan kepada komponen tersebut, ianya akan dijadikan sebagai asas yang kukuh untuk membina pencapaian kuantitif bagi pertumbuhan yang berterusan dalam era ekonomi berdasarkan pengetahuan (k-economy),” katanya.

Katanya, dengan urus tadbir korporat yang baik TISB akan memainkan peranan utama dalam menyediakan masa depan yang mampan untuk manfaat seluruh rakyat Terengganu selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dalam ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’.

 

Jangan buat sebarang andaian kes tembak : MB

Oleh: Aida Abd Rahman

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mahu orang ramai tidak membuat sebarang andaian sehingga menjejaskan keharmonian dan menimbulkan ketakutan kepada orang awam berhubung insiden enam das tembakan yang dilepaskan ke rumah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kapas, Isnin lalu.

“Kita perlu menyerahkan kes itu kepada polis untuk menyiasatnya dari segenap aspek dan sudut dan tidak boleh membuat sebarang andaian mengenai insiden itu sehingga menimbulkan suasana tidak menentu dan sebagainya.

"Kali pertama berlaku di Terengganu. Saya pun merasa dukacita juga kerana dulu tidak pernah berlaku tembak-menembak pun. Baru-baru ini, rompakan di Paka, kemudian di Marang, terbaru, tiga hari lalu, di Kuala Menjing (Hulu Terengganu). Ini mungkin yang keempat tembakan di Terengganu sejak lebih 10 tahun lalu. Trend dia atau macamana kita tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Tambah beliau, kerajaan negeri akan menyerahkan kes yang disifatkan sebagai terpencil itu, untuk tindakan polis sepenuhnya bagi mengenalpasti punca dan motif tembakan berkenaan sama ada ugutan atau membabitkan kes-kes lain.

Dalam kejadian Isnin lalu, enam das tembakan dilepaskan ke arah rumah YDP Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kapas.

Ketika kejadian pada 6.15 pagi, Encik Ibrahim Mohamad, 55, bersama isteri dan seorang anak mereka berada di dalam rumah dan mereka terdengar beberapa bunyi letupan tetapi tidak mengesyaki ia adalah bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah kediaman mereka.

Kejadian itu hanya disedari pada 8.30 pagi apabila isteri YDP majlis daerah itu keluar untuk membersihkan kawasan rumah dan melihat kesan pecah pada cermin keretanya serta menemui serpihan peluru di perkarangan rumah banglo setingkat itu.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata wanita berkenaan kemudian menelefon suaminya yang ketika itu berada di pejabat dan memaklumkan mengenai perkara itu.

Polis dapati enam das tembakan dilepaskan iaitu dua terkena pada rumah manakala empat lagi pada kereta Mercedes Benz CLK320 mangsa, katanya pada sidang akhbar , Isnin lalu.


Minta peniaga kongsi idea

Oleh: Suriati Ali

Golongan peniaga berjaya di negeri ini di minta bersama-sama membantu kerajaan negeri menyampaikan maklumat dan idea bernas berkaitan perniagaan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi, YB Roslee Daud, berkata Usaha itu diyakini mampu melahirkan lebih ramai usahawan IKS berprestasi tinggi selain mampu bersaing dengan mereka yang telah berjaya mencipta nama di serata negara.

 Katanya, bagi usahawan IKS mereka memperoleh ilmu daripada mana-mana agensi berkaitan, mendapat kemudahan, menerima bantuan kerajaan pula diharapkan dapat memanfaatkanya secara maksimum dan sebarkan maklumat itu.

“Saya mahu tengok kalau usahawan yang berada di Kuala Terengganu tahu mengenai pelbagai program dan kemudahan yang disediakan kerajaan, bagi mereka yang tinggal di Bukit Besi pun tahu mengenai perkara sama,” katanya.



 Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi 2014, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur, hari ini. Bengkel yang diadakan itu adalah susulan daripada penubuhan Majlis Sekreatariat Pembangunan Usahawan Bumiputera.

 Katanya, kerajaan negeri melalui YPU menubuhkan Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu sebagai platform penyelarasan program dan aktiviti antara pelbagai agensi keusahawanan di negeri ini.


 “Menjadikan sekretariat berkenaan sebagai platform perundingan yang lebih efektif dalam menyelaraskan hala tuju usahawan di negeri ini.

"Selain membantu kerajaan membentuk hala tuju pembangunan keusahawanan di Terengganu, sekretariat juga membantu mengumpulkan maklumat bagi memantau dan menilai pencapaian prestasi program pembangunan keusahawanan negeri di masa hadapan.

 "Matlamat utama penubuhan sekretariat ini antara lainnya untuk mengoptimumkan penggunaan sumber antara agensi bagi memaksimumkan pelaksanaan program dan aktiviti ke arah meningkatkan impak program dan seterusnya meningkatkan kualiti keusahawanan di negeri ini, “ katanya.



 Sebanyak 18 agensi dilantik sebagai anggota jawatankuasa sekretariat tersebut, termasuk SME Corp, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Kraftangan Malaysia serta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).