Halaman

19 April 2014

Cari kejujuran dalam UMNO- Ahmad Said.

Ahmad..setialah pada UMNO.
Oleh: Aminudin Ismail.

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mahu semua ahli UMNO supaya jangan mudah berkecil hati, jangan mudah mengambil hati dan jangan mudah makan hati.

Tetapi sebaliknya, beliau mahu semua ahli UMNO memberi fokus sepenuhnya kepada parti untuk mempastikan UMNO akan terus utuh dan mendapat tempat di hati rakyat negeri ini.

Katanya, sekiranya itu berlaku ia akan menyukarkan perjalanan parti dan beliau juga mengharapkan semua ahli UMNO perlu bermuhasabah diri serta seiasekata dalam semua hal supaya tidak timbul perbalahan dan perpecahan yang boleh merosakan parti.

Ahmad berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Retreat UMNO Bahagian Marang di Gambang, Khamis lalu.

Menurut Ahmad, semua ahli UMNO perlu ada jatidiri, perlu mencari kejujuran dalam UMNO dan mengelakan sebarang persengketaan.

"Kita perlu mencari kejujuran dalam UMNO, niat kita, kita perlu muhasabah diri, kalau kita ada target, kita hendaklah bermula dari sekarang dan kita hendaklah seia sekata, kita muhasabah diri," katanya sambil mengharap semua ahli UMNO bekerja bersama-sama untuk parti tanpa memikirkan sebarang persengketaan.

 Ahmad berkata, jika semua pihak boleh memperbetulkan segala kesilapan, beliau menaruh keyakinan besar bahawa UMNO dan Barisan Nasional mampu kembali utuh di Terengganu.

Sehubungan itu, Ahmad mahu pemimpin dan ahli UMNO mula mengerakkan parti untuk mampastikan kemenangan besar UMNO dalam PRU ke 14 nanti. Katanya, beliau mahu semua pihak menyelesaikan segala masalah dalaman parti dan jangan menyalahkan antara satu sama lain.

Selain itu, katanya, menambah keahlian dan mengadakan program untuk memantapkan parti perlu dilaksanakan. "Insya Allah, kalau kita jujur dan ikhlas Tuhan akan memberi jalan kepada perjuangan kita ini," katanya dengan penuh harapan supaya UMNO akan terus maju dan mendapat tempat di hati rakyat negeri Terengganu. 

Katanya, semua pihak perlu ikhlas berkhidmat untuk parti dan rakyat supaya UMNO akan terus mendapatkan kepercayaan untuk mentadbir negeri ini.

 

berita penuh

(19 April 2014) - Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said di Program Transformasi Komuniti Bergerak dan sampai bantuan banjir di Seri Bandi, Kemaman.

Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra

Penerima bantuan banjir gembira menerima duit tunai bantuan banjir yang disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said.





berita penuh

(19 April 2014) - Menteri Besar Terengganu merasmikan asrama dan surau serta sampai cek Dana CSR ICONOFFSHORE di Sekolah Kebangsaan Kijal, Kemaman.

 Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra.

Menteri Besar menyampaikan replika cek RM35,000.00 dari ICONOFFSHORE untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman.







berita penuh

Sekitar Pra Pelancaran 20 Tahun GiatMara Batu Rakit/ Tingkatkan hubungan dengan GiatMara- Bazlan.

Bazlan bergambar kenangan bersama staf GiatMara.
Oleh: Aminudin Ismail.

KIRA-KIRA 100 jemputan hadir pada Majlis Pelancaran Permulaan (Soft Launch) 20 Tahun Giat Mara Batu Rakit yang diadakan di perkarangan pusat latihan kemahiran itu di Batu Rakit, hari ini.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman itu turut dihadiri wakil Pengarah Mara, Pengarah GiatMara negeri, Pengurus GiatMara Batu Rakit Renie Kasriana Kaman dan beberapa jemputan lain termasuklah guru besar sekolah dan beberapa Pengerusi JKKK Dun Batu Rakit.

Dalam ucapanya, Bazlan mahu pemimpin masyarakat di Dun Batu Rakit sentiasa menjalinkan hubungan rapat dengan pihak pentadbiran GiatMara supaya segala aktiviti dapat dilakukan bersama.

Bazlan mencuba membuat 'layer' cake.
"Tanpa kita sedari, GiatMara Batu Batu Rakit ini sudah 20 tahun wujud. Selepas ini kita harap Pengerusi JKKK, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri biar kita tahu bahawa ada GiatMara di Batu Rakit ini yang boleh membantu anak-anak di kawasan kita ini untuk mempelajari kursus kemahiran yang kita tawarkan," katanya.

Bazlan mahu semua pihak semua mengambil berat tentang pelajar yang melanjutkan pelajaran di GiatMara itu supaya masa depan pelajar yang mengikuti kursus akan lebih terjamin apabila mereka manamatkan pengajian mereka.

Pada majlis itu juga Bazlan sempat melawat tempat pengajian kursus 'Confentionary and Bakery' di mana wakil rakyat itu mencuba kek yang dibuat sekumpulan penduduk Batu Rakit yang melakukan kursus segera di tempat itu.
Pengurus GiatMata Batu Rakit berucap.

Antara jemputan yang hadir.

Jemputan mendengar ucapan Bazlan.

Penduduk turut hadir memberi sokongan.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir,

Pengerusi JKKK menerima penghargaan.

Staf menerima surat perlantikan.


 Tenaga pengajar menerima surat perlantikan.
SUK Dun menerima surat penghargaan.

Pengarah GiatMara memberi surat penghargaan .

Wakil Pulau Redang turut menerima penghargaan.

Peserta kursus bergambar bersama produk yang dihasilkan.

Seorang tenaga pengajar menunjukan kek yang dihasilkan


 

berita penuh

Penduduk Kampung Seri Kenangan berkhemah.

Antara remaja yang turut berkhemah.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 50 penduduk Kampung Seri Kenangan, Langkap, Setiu mengambil keputusan untuk bermalam di dalam khemah yang dibina berhampiran balairaya kampung itu bagi menjayakan Program Perkhemahan Tahunan Seri Kenangan 2014, malam tadi.

Program yang dirasmikan oleh Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor itu bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk serta membentuk kerjasama erat antara ahli keluarga.

Pengerusi JKKK kampung itu, Mohamad Saad berkata, sebanyak kira-kira 15 buah khemah didirikan di kawasan itu dan mereka mula berkhemah itu sejak pagi semalam.

Antara yang hadir majlis perasmian.
"Sepatutnya lebih ramai lagi yang akan menyertai perkhemahan ini tetapi disebabkan hujan lebat berlaku petang ada yang menarik diri. Apapun, hujan tadi merupakan satu rahmat kepada penduduk kerana kampung ini sudah lama tidak berlaku hujan," katanya.

Katanya, Kampung Seri Kenangan adalah sebuah kampung yang penuh dengan kerjasama antara penduduk dan setiap kali program diadakan di kampung itu ramai yang menghadirinya.

 Dalam pada itu, dalam ucapan perasmiannya, Sabri mahu penduduk terus mengekal perpaduan dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional supaya segala program yang dirancang akan dapat dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Tahniah kepada penduduk kerana sentiasa memberi kerjasama penuh terhadap program ini sehingga ramai yang datang pada malam ini dan atas kemaufakatan dan kerjasama terhadap setiap program itulah kampung ini menang anugerah cemerlang peringkat kebangsaan," katanya yang turut merasmikan mesyuarat UMNO cawangan kampung itu.

Turut hadir ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Langkap, Wan Nasiah Wan Majid dan Penyelaras UMNO Dun Langkap, Jazlan Mohd Amin.
Sabri...kekalkan kemuafakatan.

Antara jemputan yang hadir.

Isteri YB Sabri (tengah) turut hadir.

Dua kanak-kanak gembira berkhemah.

Gotong royong sebelum berkhemah.

Siapkan khemah walaupun hujan.
Jazlan...kekalkan prestasi UMNO di Seri Kenangan.

 

berita penuh

Mangsa banjir terus terima bantuan

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, sebentar tadi menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Pembahagian Bantuan Banjir kepada mangsa banjir di sekitar Kampung Ibok, Kemaman.- Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra.

Dato' Seri Haji Ahmad Said menyampaikan bantuan banjir kepada salah seorang mangsa warga emas di Ibok, Kemaman.






 

berita penuh

18 April 2014

Gotong royong bina rumah pindah di Kampung Che Long.

KENANGAN...beberapa penduduk yang menjalankan gotong royong membina sebuah rumah seorang penduduk bergambar kenangan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Dato' Mohd Jidin Shafee dan Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar di Kampung Che Long, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Mohd Jidin berkata, program gotong royong yang membabitkan kira-kira 50 penduduk itu bertujuan menyambut cadangan Menteri Besar Terengganu supaya membaiki rumah lebih kepada konsep bergotong royong.

"Bukan sahaja kita cepat melaksanakan tugas tetapi ia menjimatkan belanja (kerajaan) dan ia bolih merapatkan silaturrahim antara penduduk supaya sentiasa berkenalan dan bekerjasama.

"Program ini adalah program pertama di di Dun Permaisuri yang membabitkan perpindahan rumah. Selepas ini kita akan buat konsep seperti ini juga tetapi ia adalah membaiki rumah. Saya rasa amat gembira kerana pada pagi ini sambutan daripada penduduk adalah amat baik dan saya harapkan ianya akan berterusan di program-program yang akan datang," katanya.

Hati-hati...Mohd Jidin sedang memahat kayu.
Katanya, Kerajaan Barisan Nasional sememangnya sentiasa membantu rakyat yang memerlukan bantuan dan melalui program pada pagi ini sebanyak RM11,000 diperuntukan menyiapkan rumah ini," katanya.

Sementara itu anak kepada pemilik rumah itu, Mohd Zainuddin Ismail mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi mengadakan program ini untuk memindah dan membina semula rumah ibunya.

"Sebenarnya rumah ibu saya ini terletak di Kampung Besut iaitu kira-kira lima kilometer dari tapak ini.Tetapi ianya terpaksa dipindahkan kerana sering berlaku banjir dan rumah inipun pada asalnya sudah rosak.

"Kesudian kerajaan negeri terutamanya kepada Dato' Mohd Jidin untuk mengadakan program ini dan membantu membaikpulih rumah ibu saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya.- Aminudin Ismail.
Pembinaan semula rumah seorang penduduk.

YB Is turut membantu menyiapkan kerja.

Penduduk gigih bergotong royong.

 

berita penuh