Halaman

20 January 2014

Menteri Pendidikan sumbang bot untuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)


Idris,Muhamad Pehimi dan Tengku Zaihan memotong riben tanda pelancaran

Oleh: Mohammad Ishak

Masalah keperluan bot untuk membantu kes kecemasan di laut dan sungai yang dihadapi anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana ketiadaan kemudahan berkenaan kini dapat diselesaikan apabila sebuah bot disumbangkan kepada jabatan terbabit.

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang prihatin terhadap permintaan JPAM menyumbangkan sebuah bot untuk kegunaan anggota JPAM Cawangan Jertih, menjalankan tugas penyelamat dan operasi.

Satu majlis penyerahan bot berkenaan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Pusat Jertih semalam.

Turut Hadir Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman,Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh dan Pengarah JPAM Terengganu, Meja (PA) Che Adam A Rahman.

Bot berharga RM24,700 sepanjang 19 kaki dan boleh memuatkan 12 penumpang akan dijadikan bot penyelamat terutama mangsa kemalangan di air.

Dengan adanya bot berkenaan anggota JPAM Besut tidak lagi menghadapi masalah untuk menjalankan operasi dan bantuan menyelamat jika berlaku kecemasan.

Idris berharap, pihak terbabit memanfaatkan sepenuhnya penggunaan bot itu kerana ia satu asset penting kepada tugas anggota JPAM.

Unisza wujud padang Kawat

Oleh: Suriati Ali

 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mewujudkan sebuah padang kawat mengikut standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kegunaan Kor Sukarelawan Siswa/Siswi (Kor Suksis) seluruh negara.

 Naib Canselor UniSZA Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata padang kawat yang mengikut piawaian PDRM itu dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata dengan adanya padang kawat itu, acara perbarisan serta acara-acara rasmi yang akan melibatkan insititusi pengajian tinggi lain dapat disatukan.

"Bukan semua IPT mempuyai kor suksis, jadi inisiatif yang kami lakukan ini diharap dapat dimanfaatkan oleh seluruh anggota Kor Suksis untuk mendapat latihan mahupun menyertai acara rasmi berkaitan kepolisan," katanya kepada pemberita di sini.

Prof Dr Yahaya berkata setakat ini UniSZA mempunyai 162 anggota Kor Suksis. Kor Suksis UniSZA ditubuhkan pada tahun 2007 dan sehingga tahun 2010 seramai 230 anggota telah ditauliah sebagai Inspektor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi.
 
 



Ukom anjur bicara media edisi ke-3

Oleh: Noraini Jusoh

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) meneruskan tradisi menganjur Program Bicara Bersama Media yang akan berlangsung di Hotel Permai, Kuala Terengganu bermula esok (21 Januari).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil dijangka menjadi tetamu pertama bagi program berkenaan untuk tahun ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Encik Ruslan Abd Rahman berkata, program tahunan yang memasuki edisi ketiga itu bertujuan berkongsi idea dan pendapat serta bertukar-tukar fikiran di kalangan pengamal media dengan pemimpin dalam usaha memperkasakan negeri di pelbagai portfolio dan bidang.

"Kita sasarkan untuk mengadakan program ini sekurang-kurangnya sebulan sekali dengan tetamu berbeza yang diundang khas terdiri daripada exco-exco kerajaan negeri, ketua jabatan serta tokoh-tokoh ternama.

"Selari dengan hasrat kerajaan dalam ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’, saya percaya program ini mampu menjadi platform terbaik dalam penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat melalui media yang bertindak sebagai orang tengah,” ujarnya.

Katanya, di samping menyampaikan info kepada pihak media untuk disebarkan kepada rakyat melalui penerbitan masing-masing, tetamu juga dapat menjalinkan hubungan baik dan menjadi rakan strategik dengan pihak media.

Tambah beliau, melalui program itu juga akan membuka peluang dan memudahkan pengamal media terutamanya para wartawan untuk mendapatkan penjelasan secara bersemuka mengenai sesuatu perkara atau isu yang dibincangkan.

 

Pemimpin Masyarakat Perlu Bantu Sebar Maklumat Berkaitan GST

KUALA TERENGGANU - Pemimpin masyarakat peringkat akar umbi di negeri ini bertanggungjawab membantu kerajaan menyebarkan maklumat mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri menaruh kepercayaan kepada pemimpin masyarakat untuk memainkan peranan dalam menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan dengan betul.

"Tidak dinafikan peranan mereka menjadi wakil penyebar maklumat dan dasar kerajaan.

 "Dengan ini, mereka harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secukupnya agar maklumat disampaikan adalah betul," katanya.

 Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Wisma Darul Iman, Sabtu lalu.

 Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Ahmad Maslan dan Ketua Penerangan UMNO Negeri, Dato' Abdul Rahman Bakar.



 Ahmad berkata, pembabitan anggota masyarakat seperti JKKK, kepimpin Kawasan Rukun Tetangga (KRT), pertubuhan belia dan NGO diharap dapat memberi gambaran jelas kepada masyarakat.







19 January 2014

651 remaja Dun Permaisuri terima dana RM200 seorang, hari ini

Ramai..penerima Dana Bakti Remaja Dun Permaisuri.
Teks dan gambar Aminudin Ismail.

BANDAR PERMAISURI: Seramai 651 remaja dari sembilan buah kampung di Dun Permaisuri menerima wang Dana Bakti Remaja Sessi 2 di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, di sini, hari ini.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh itu bermula kira-kira jam 11 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang.

Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata remaja berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi sumbangan sebanyak RM200 itu dan mengharapkan dana itu diteruskan pada masa depan. 

Seorang remaja menerima RM200.
Kampung yang terbabit hari ini ialah Kampung Banggol, Rhu Tapai, Kampung Bari Kecil, Bari Besar, Kampung Penarik dan Kampung Buluh Hulu, Kampung Tasik dan Kampung Pandan.

Jurucakap program, Norhairy Azli Hassan, berkata pembayaran wang Dana Bakti Remaja Dun Permaisuri hari ini berjalan lancar dan sessi ke tiga akan berlangsung esok.

"Seramai 3,217 remaja di Dun Permaisuri menerima dana itu dan esok seramai kira-kira 1,217 pula akan menerimanya. Majlis perasmian esok dilakukan oleh Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar," katanya.

Sementara itu, Zulkifly dalam ucapanya, hari ini mengingatkan remaja supaya beryukur dengan dengan penerimaan wang dana pada hari ini.

"Wang dana ini hanya diberi oleh kerajaan negeri Terengganu, negeri lain tidak beri, kita kenalah bersyukur kerana Allah mengingatkan kita supaya sentiasa bersyukur," katanya.

Zulkifly juga mengharapkan setiap remaja supaya sentiasa bersatu dan terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional supaya golongan remaja akan terus mendapat pelbagai kemudahan.
Che Zulkifly sedang berucap.

Tunggu giliran...remaja menunggu untuk cop jari.


Tetamju jemputan yang hadir


Dengar, remaja lelaki mendengar ucapan Che Zul.

Sebahagian remaja yang hadir.

Empat remaja sedang mengisi borang

Che Zul bersalaman dengan seorang remaja.

Antara petugas Dana Bakti Remaja.
Petugas dari Pejabat Daerah Setiu (PDS) memulakan tugas.

 

Tukar status hak milik 51 rumah PPRT Telaga Daing

Oleh: Aida Abd Rahman

Berita gembira bakal diterima 51 keluarga yang menetap di rumah Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di Penempatan PPRT Nelayan Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Terengganu apabila kerajaan negeri bakal menukar status pemilikan rumah mereka sebagai hak milik sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kerajaan negeri sudah bersetuju untuk meluluskan status pemilikan rumah PPRT itu sebagai hak milik dan menjadi aset mereka sepenuhnya.

“Kita dalam proses memberikan 51 rumah sebagai pemilikan sepenuhnya kepada keluarga berkenaan yang menghuni di sini sejak 2007 lagi. Manakala dua penerima yang terbaru, pada tahun ini akan diproses kemudian.

“Sebenarnya kerajaan sudahpun membuat kelulusan untuk memberikan rumah dan lot tanah kepada mereka yang menduduki rumah ini dan sekarang kita menunggu kelulusan Exco yang akan saya bawa dalam masa terdekat,”katanya selepas menyerahkan kunci rumah kepada dua penerima rumah PPRT, di kawasan itu, hari ini.

Dato’ Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri berkata , pembinaan rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dengan kos tanah bernilai RM110,000 termasuk nilai rumah RM40,000 ini membuktikan kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya yang amat memerlukan bantuan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 722 unit rumah mampu milik yang sudah dibina di Kampung Batin akan diserahkan kepada pemilik dalam masa terdekat.

Sehingga kini, katanya sebahagian nama pemilik rumah berkenaan sudah dikenalpasti dan akan diserahkan secara berperingkat-peringkat tidak lama lagi.

 

Nasib warga emas menumpang tanah orang terbela

Oleh: Aida Abd Rahman



Nasib malang sepasang suami isteri warga emas yang hidup di rumah uzur di tanah milik orang hampir 50 tahun lalu akhirnya terbela apabila mendapat rumah baharu menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), di Penempatan PPRT Nelayan, Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pasangan suami isteri berkenaan, Mat Chik Ali, 74, dan Hendon Mamat, 63, menerima rumah yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di majlis penyerahan kunci rumah berkenaan, hari ini.

“Alhamdulillah, makcik bersama suami,  anak serta cucu seramai lapan orang kesemuanya dapat berpindah ke rumah baharu yang lebih selesa dan baik hasil bantuan kerajaan.

“Rumah yang kami tinggal selama ini semakin uzur, atap rumah sering bocor apabila ribut dan sudah beberapa kali diganti baru. Lantai dan dinding juga reput dan rosak teruk. Selepas ini kami sekeluarga tidak lagi perlu menumpang di atas tanah milik orang,”kata Hendon Mamat ketika ditemui selepas menerima kunci rumah berkenaan.

Seorang lagi penerima, Shamsiah Ibrahim, 43, yang juga ibu tunggal berkata, impian untuk mendapat rumah baru yang lebih selesa akhirnya terlaksana serta tidak lagi perlu menumpang di rumah saudaranya lagi.

“Kakak sbersama empat anak berusia tujuh hingga 16 tahun dan semuanya masih bersekolah dapat memulakan hidup baru dengan lebih sempurna, apatah lagi kami sudah tiada tempat bergantung sejak kematian suami tujuh tahun lalu.

 “Walaupun kakak tidak pernah memohon rumah ini, nampaknya keprihatinan pemimpin setempat khususnya Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Batin, Encik Awang Sulaiman yang melihat keperluan kami sekeluarga untuk hidup lebih sempurna,” katanya yang bekerja sebagai tukang sapu di sekolah berhampiran.



Dato’ Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi Dan Inovasi, Tenaga, teknologi Hijau dan Air negeri berkata , pembinaan rumah yang mempunyai tiga bilik tidur dengan kos tanah bernilai RM110,000 termasuk nilai rumah RM40,000 ini membuktikan kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat khususnya yang amat memerlukan bantuan.

“Pembinaan rumah PPRT  ini membuktikan keperihatinan kerajaan bagi membela nasib rakyat, memandangkan kedua-dua penerima rumah PPRT ini sudah lama tinggal di rumah yang agak uzur , selain tanah kepunyaan orang lain.

“Sebagai kerajaan dan pemimpin yang bertanggungjawab, kita mengambil inisiatif membina rumah baru ini di atas tanah kerajaan. Alhamdulillah pembinaan kedua-dua rumah selesai dan diserahkan kepada penerima, sekali gus menyelesaikan masalah kedua-dua keluarga berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tujuan kerajaan menyediakan rumah PPRT bukan sahaja mengharapkan penerima dapat menikmati kehidupan baru yang lebih selesa, malah tumpuan anak-anak dan cucu-cucu terhadap pelajaran juga semakin sempurna dan berjaya mengubah nasib keluarga pada masa depan.










JPNT anjur Kuiz Asean 2014

Oleh: Suriati Ali 

 Kira-kira 700 pelajar sekolah menengah berumur antara 15 hingga 17 tahun di negeri ini dijangka menyertai Kuiz Asean 2014 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (JPNT.

 Pemangku Pengarah Penerangan negeri, Encik Mustaffa Abdul Kadir, berkata jumlah itu pertambahan 100 peratus berbanding penyertaan penganjuran kuiz tahun 2012 iaitu seramai 355 peserta dari Terengganu.

 "Saya berharap pada tahun ini, jumlahnya akan semakin meningkat kerana dengan kerjasama pelbagai pihak terutama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, ia akan memudahkan lagi proses untuk pelajar menyertai kuiz ini," katanya.

 Kuiz yang diadakan sekali dalam tempoh dua tahun itu akan diadakan di Vietnam pada 8 Ogos depan manakala pertandingan saringan akan diadakan pada 11 Mac, separuh akhir pada 8 April di Putrajaya dan peringkat akhir pada 10 April di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Penganjuran kuiz itu bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal di kalangan 10 negara-negara Asean kepada generasi muda.

 Ia juga bertujuan mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara Asean selain meningkatkan minat membaca dan kaedah pencarian maklumat di kalangan peserta. Encik Mustaffa berkata, jabatan penerangan di setiap daerah sedia bekerjasama dengan sekolah-sekolah yang berminat untuk menghantar pelajar mereka menyertai Kuiz Asean 2014 ini.

 "Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga akan bertanggungjawab sebagai pelaksana bagi memastikan hasrat penganjuran untuk disertai 10,000 pelajar tercapai kali ini," katanya.

 Johan akan menerima wang tunai RM2,500, trofi iringan, tablet dan sijil penghargaan manakala naib johan menerima RM1,500, trofi iringan, tablet dan sijil penghargaan dan tempat ketiga (RM1,000).

 Pemenang tempat keempat dan kelima pula akan membawa pulang wang RM750 dan hadiah iringan yang lain.

 

ADUN PEMBANGKANG JAHIL KUTUB- NAK PERLEKEHKAN ORANG LAIN, DIRI SENDIRI KURANG PENGETAHUAN



Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said telah berangkat ke Antartika kira-kira jam 11.00 malam tadi melalui Kuala Lumpur International Airport (KLIA).
 Seorang wakil rakyat pembangkang dari Kemaman yang cuba memomokkan usaha Menteri Besar Terengganu bersama Yayasan DiRaja Sultan Mizan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia.
 Melalui Facebok beliau tulis: “Mungkin dia akan bawa balik seekor ‘polar bear’ (beruang Polar)……….zoo di Kemaman yang dia bina berjuta ringgit tu masih ada ruang lagi,“mudah-mudahan kita boleh belajar dari ‘polar bear’ bagaimana nak minta salji turun bukan hujan banjir saperti berlaku di kemaman baru ni !“Salji akan jadi daya tarikkan pelancong kan…….. Tahun 2014 Tahun Melawat Malaysia!, —“
                     (ini grafik dari FB YB Pas dari Kemaman)
 Ternyata ketiadaan ilmu wakil rakyat pembangkang itu terserlah kerana ‘Beruang Polar” tidak ada di Kutub Selatan (Antartika) tempat ekplorasi saintifik berkenaan. Beruang Polar hanya wujud di Kutub Utara (Artik) dan bukannya Kutub Selatan.
  Kutub Selatan (Antartika) yang ada ialah pinguin, anjing laut, ikan paus, burung laut, beruang pola hanya wujud di Kutub Utara (Artik).
 Sungguh menampakkan betapa dhaifnya ilmu pengetahuan wakil pembangkang itu yang turut melukiskan grafik Menteri Besar bersama Beruang Polar dalam FB akaun miliknya itu.
  Itulah, bila kita hendak memburukkan orang lain, Tuhan menampakkan terus siapa diri kita yang sebenar.

Hari Keluarga WDI erat hubungan

Oleh: Noraini Jusoh

Sambutan Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman (WDI) yang diadakan saban tahun mampu menjadi platform dalam mengeratkan silaturahim sesama rakan sekerja dan keluarga masing-masing.

Lebih 800 keluarga berhimpun bagi meraikan hari istimewa warga WDI yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri, To’ Puan Hajah Norliza Mahmud, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, selain bertujuan mengeratkan hubungan dan juga mengukuhkan institusi kekeluargaan antara kakitangan kerajaan itu, majlis berkenaan juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama antara rakan sekerja.

"Dalam menjayakan sambutan ini, semua kakitangan dibahagikan tugas masing-masing dan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan.

"Semua urusan dibuat oleh mereka sendiri. Ternyata dengan semangat berpasukan dan kerjasama yang diamalkan, sambutan hari keluarga ini berjalan lancar,” ujarnya kepada pemberita selepas selesai majlis tersebut.

Katanya, sempena sambutan hari keluarga itu, sebanyak 511 hadiah cabutan bertuah turut disediakan.

Sementara itu, sambutan hari keluarga WDI tahun ini pastinya menjadi kenangan paling manis buat pemuda dari Kampung Bukit Tunggal.

Berkhidmat selama lapan tahun dengan jabatan kerajaan ternyata memberi tuah kepada Mohd Aziman Mohamad, 32, apabila memenangi hadiah utama berupa sebuah motosikal Yamaha berharga kira-kira RM6000 sempena cabutan bertuah pada majlis berkenaan.

Lebih manis apabila kakitangan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia itu turut mendapat sebuah dapur gas dalam cabutan biasa yang dibuat sebelum itu.

"Ini adalah kali pertama saya memenangi hadiah utama dalam sebarang cabutan bertuah. Tidak sangka, awal 2014 ini memberi tuah kepada saya dan perasaan gembira itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Pastinya, saya akan gunakan motosikal ini untuk kegunaan sendiri dan juga keluarga. Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya kerajaan negeri kerana tidak lupa meraikan kakitangan pada setiap tahun melalui majlis sebegini yang sememangnya cukup bermakna buat pekerja seperti saya dan rakan-rakan,” ujarnya yang pernah berkhidmat selama lima tahun di Unit Komunikasi Negeri.