Halaman

10 March 2014

Sekitar BR1M Batu Rakit.

Seorang pemuda menerima BR1M dari kakitangan BSN.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI 415 penduduk dari beberapa buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Batu Rakit, hari ini.

Dari jumlah itu seramai 359 menerima wang sebanyak RM300 manakala bakinya menerima RM450 setiap seorang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, berkata pemberian wang BR1M yang berakhir kira-kira jam 1 tengahari itu berjalan lancar, hari ini.

Penerima meneliti baucer mereka.
“Pemberian wang BR1M ini membuktikan bahawa kerajaaan di bawah Barisan Nasional menunaikan janjinya dan saya mengharapkan penduduk di Batu Rakit ini akan terus memberi sokongan kepada BN supaya BR1M ini serta beberapa agenda lain akan dapat diteruskan,” katanya.

Seorang penerima, Mohd Alimi Arifin, 29, berkata dia mengucapkan terima kasih kapad Dato Seri Najib Tun Razak kerana memberi BR1M kepada rakyat Malaysia kerana ia boleh membantu rakyat untuk membeli keperluan harian.

Seorang lagi penerima, Nor Amira Ali, 23, berkata, dia gembira atas keperihatin kerajaan terhadap golongan muda sepertinya dengan menghulur bantuan berjumlah RM300 dan akan terus memberi sokongan kepada kerajaan supaya nasib rakyat Malaysia akan terus terbela.

Pemberian wang tunai BR1M melalui tuntutan baucer itu diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), Pejabat Daerah Setiu (PDS) dan Dun Batu Rakit.
Semak IC sebelum bagi wang.

Kakitangan BSN mengeluarkan resit.

Alimi menunjukan wang diterimanya RM450.

Amira...bagi ibu separuh.
Orang ramai beratur untuk menerima BR1M.

 

Membelai ikan di sungai Kampung Pelong.

JINAK...Pengerusi JKKK Kampung Pelong, Abdul Rahman Abu Bakar (kiri) sedang memberi makan sekumpulan ikan di Taman Santuari Kelah, Kampung Pelong, Setiu, semalam.

Taman Santuari yang terletak di sebatang sungai di Kampung Pelong itu memiliki pelbagai jenis ikan, antaranya ialah ikan kelah dan lampang.

"Kita mula membiakan ikan ini sejak 2011 lagi dimana ikan kelah sebanyak 2,000 anak dan lampang sebanyak 10,000. "Lebih separuh ikan itu dapat membesar dan membiak dengan baik.

Abdul Rahman@Shafie.
Paling ramai ialah ikan lampang manakala ikan kelah sekitar 10 peratus daripada jumlah ikan lampang," katanya.

Menurutnya, orang ramai boleh datang memberi makan dan melihat beribu-ribu ikan di santuari itu di mana lokasinya sekitar hanya 500 meter daripada pekan Kampung Pelong.

"Kita bercadang mahu manjadikan kawasan santuari ini sebagai satu tempat kehadiran pelancong luar dan dalam negeri ke daerah Setiu ini dan mereka boleh menyentuh ikan-ikan ini kerana ia jinak ketika memberi makan," katanya.- Aminudin.


Merendam kaki untuk terapi ikan.

Seorang penduduk menunjukan larangan memancing

Antara penduduk kampung yang hadir.


JKKK Pelong bergambar kenangan di jeti santuari.

Seorang kanak-kanak memberi makan ikan.
Sungai di Kampung Pelong yang dihuni beribu ikan.
Sebahagian ikan yang menghampiri jeti.

 

09 March 2014

"Bikers" beri motivasi kepada pelajar.

Bazlan (baju putih, tengah) bersama 'biker' dan pelajar.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI 25 penonggang motosikal berkuasa tinggi dari dua persatuan motosikal menyertai satu program motivasi pelajar di tiga buah sekolah menengah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit, di Batu Rakit, hari ini.

Penonggang dari Terengganu teachers Bikers Club dan Tour de France dari Singapura itu mengunjungi tiga buah sekolah itu bagi memberi peransang dan motivasi kepada semua pelajar sekolah terbabit.

Sekolah yang mula dikunjungi kumpulan itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting diikuti SMK Sultan Mizan dan SMK Batu Rakit.

Bazlan sedang berucap di SMK Padang Kemunting.
Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, pada mulanya dijangka seramai 40 'bikers' akan menyertai program itu tetapi disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan ia hanya disertai seramai 25 orang.

"Kehadiran anggota 'bikers' ini adalah untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh bagi menjamin kehidupan pada masa hadapan.

"Selain itu, menjalani kehidupan yang lebih sempurna seperti memiliki motosikal besar ini ia memerlukan gaji yang besar dan apabila bergaji besar, jawatan yang kita pegang itu juga mestilah yang besar dan tinggi," katanya.

Selain itu, katanya, pelajar juga dapat berkongsi pengalaman hidup di kota besar Singapura daripada 'bikers' daripada Singapura. Manakala, 'bikers' dari guru-guru di Terengganu pula menceritakan pengalaman kehidupan mereka sehingga boleh bergelar seorang guru yang kini adalah satu kerjaya yang baik di negara ini.

Sehubungan itu, Bazlan mengharapkan semua pelajar ditiga buah sekolah yang dikunjungi penonggang motosikal berkuasa tinggi itu supaya belajar bersungguh-sungguh supaya mereka juga suatu hari nanti dapat memiliki motosikal berkuasa tinggi dan mampu menjalani kehidupan yang lebih baik.
Antara guru dan 'biker' yang hadir.

Pelajar SMK Sultan Mizan mendengar ucapan.


Pelajar memerhati guru mereka menonggang.
Cenderahati untuk ketua 'bikers'.

 

Kaum wanita perlu rebut peluang dalam bidang keusahawanan

Oleh: Noraini Jusoh

Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) memperuntukkan lebih RM20 juta menerusi Bajet 2014 untuk membantu wanita di negeri ini menceburi bidang perniagaan serta Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Mohd Iskandar Jaafar berkata, kaum wanita perlu merebut peluang keemasan itu untuk mendapatkan bantuan modal, pinjaman atau dana khas samada bagi memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.

“Kita sedia maklum ramai usahawan di Terengganu terdiri daripada golongan wanita. Malah, kerajaan negeri meletakkan satu belanjawan khusus untuk golongan ini bagi menceburi bidang perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.

"Justeru, saya menyeru kaum wanita di luar sana mengambil peluang ini untuk meningkatkan kebolehan mereka samada dalam bidang keusahawanan atau bidang-bidang lain yang boleh membantu kepada perkembangan komuniti itu sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program Jom Bersama-sama Avon Meraikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Mydin Mall Kuala Terengganu, semalam.

Mengulas mengenai program berkenaan beliau berkata, sambutan Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun merupakan penghargaan terhadap kaum wanita seluruh dunia.

“Program anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd ini merupakan satu bentuk pengiktirafan badan kerajaan dengan kerjasama sektor korporat terhadap golongan wanita dan patut dicontohi pihak lain.

“Selain memenuhi tanggungjawab sosial korporat, tidak ketinggalan mereka turut mengiktiraf peranan dan fungsi yang dimainkan oleh wanita dalam membangunkan komuniti dan juga masyarakat,” ujarnya.

 

Le Tour de Langkawi 2014 Stage 10- Kenyir - Kuala Terengganu
















UniSZA, UKM jalin kerjasama capai kedudukan 300 universiti terbaik Asia

Oleh: Noraini Jusoh

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam usaha menjadi antara 300 universiti terbaik di Asia dalam tempoh tiga tahun lagi.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA, Profesor Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkata UniSZA dan UKM akan menjalankan pelbagai kerjasama termasuk dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

"Kita mahu menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan secara bersama yang diharapkan dapat memberi impak besar terhadap masyarakat di Pantai Timur dan Pantai Barat berdasarkan kedudukan universiti kami di Pantai Timur dan UKM di Pantai Barat.

"Kami juga sangat berterima kasih kepada UKM kerana sudi bekerjasama. Sebagai universiti yang masih baharu, kerjasama sebegini diharap dapat memastikan UniSZA terus ke hadapan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis ramah mesra dan majlis menandatangani Surat Hasrat (LOI), di UniSZA, baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Profesor Datuk Dr Mazlin Mokhtar, berkata beliau juga mengharapkan hubungan itu dapat memastikan kedua-dua universiti berada dalam kedudukan universiti terbaik di Asia.

"UKM sentiasa memandang ke hadapan dan kita berhasra gabungan keistimewaan UNiSZA dan UKM mengukuhkan lagi penyelidikan yang dapat memberi impak kepada masyarakat setempat.

"Penyelidik-penyelidik di UKM akan bekerjasama dengan penyelidik UniSZA dan penggabungan ini diharapkan dapat mencetuskan hasil penyelidikan yang boleh dimanfaatkan kerajaan mahupun masyarakat," katanya.

Beliau berkata, seramai 25 profesor dan pakar penyelidik UKM turut hadir pada majlis itu bertujuan untuk saling mengenali dan berbincang mengenai kepakaran masing-masing.

 

300 kelapa sawit milik Ladang Rakyat terbakar.

Seorang anggota Bomba sedang memadam api di Ladang Rakyat, semalam.
Oleh: Aminudin Ismail.

LADANG RAKYAT Sdn Bhd syarikat milik kerajaan negeri Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM30,000 apabila sebanyak 300 pokok kelapa sawit berusia lapan bulan terbakar berpunca akibat terkena percikan bara api daripada kebakaran belukar berhampiran ladang itu, kelmarin.

Pengurusnya, Mohd Zukri Mamat berkata, bagaimanapun, kebakaran yang berlaku petang dan malam kelmarin itu tidak merebak ke kawasan pokok kelapa sawit dewasa kerana beberapa pekerja dan anggota Bomba memadamkan kebakaran dengan segera.

Zukri..padam serta merta.
"Kebetulan ketika kejadian beberapa pekerja dan anggota bomba ada berhampiran tempat kejadian dan api dapat dipadamkan serta merta.

 "Api berpunca daripada percikan bara api menyebabkan beberapa pokok kelapa sawit itu terbakar. Dalam usaha memadam api itu, beberapa pokok lain terbakar sehingga merosakan kira-kira 300 pokok kelapa sawit berdekatan," katanya ketika ditemui Teganukita di kawasan Ladang Rakyat, semalam.

Zukri berkata, sehingga kini tiada pokok dewasa yang terbakar walaupun terdapat percikan bara api di dalam kawasan tanaman kelapa sawit itu.

"Hari ini (semalam) berlaku beberapa percikan bara api di kawasan pokok dewasa tetapi alhamdulillah, ia dapat dipadam segera oleh anggota Bomba dengan kerjasama beberapa pekerja," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi kebakaran itu, Kamerul Bieza Mohd Kassim berkata, sehingga semalam, kira-kira hampir separuh kawasan yang terbakar berhampiran Ladang Rakyat itu sudah pulih dan tiada lagi api di kawasan berkenaan.

"Hanya tinggal kira-kira 150 hektar lagi yang masih terbakar manakala yang lainnya sudahpun padam tetapi ada kawasan baru yang terbakar, kelmarin iaitu berhampiran Pagar Besi iaitu di kawasan seluas kira-kira 50 hektar," katanya.

Bieza menerangkan sesuatu kepada seorang wartawan akhbar.
Bieza mengharapkan penduduk kampung tidak bimbang dengan kawasan kebakaran itu kerana ia terletak agak jauh daripada kawasan perkampungan dan pihak Bomba (kira-kira 100 anggota) akan terus berusaha memadam dan mengawal api daripada terus merebak," katanya.
Seorang anggota Bomba sedang menganalisa kebakaran.

Beberapa anggota menjalankan tugas.
Jentera ladang turut membantu pemadaman.

Bieza (tiga dari kiri) bersama anggotanya dan Zukri(kiri).
Komander Bieza menunjukan rajah kawasan kebakaran.