Halaman

19 May 2014

Usah lihat kebelakang, bantu MB bangunkan Terengganu - Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin UMNO Terengganu akan kembali lebih kukuh.

  Beliau mengharapkan agar semua kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, (BN) Terengganu tidak lagi melihat kebelakang dan meneruskan usaha memimpin serta membangunkan negeri demi kesejahteraan rakyat.

"Kita harap juga pimpinan politik yang tidak menjadi wakil rakyat bersama seperti ketua-ketua bahagian, pemimpin wanita pemuda dan rakyat saya fikir agak merasa lega, maka itu kita harus menumpukan kepada terus masa depan Terengganu dan bagaimana Menteri Besar baru boleh mengambil alih dengan keadaan yang agak licin,"katanya.



MENTERI BESAR HADIR JAMUAN SAMBUTAN HARI GURU SMIF




Majlis Jamuan sempena sambutan Hari Guru, Sek Men Ibrahim Fikri telah dihadiri oleh Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To' Puan Halina Zakaria petang semalam, di Seberang Takir.

Guru-guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang telah meraikan Menteri Besar Terengganu yang kebetulan adalah merupakan Pengerusi PIBG sekolah berkenaan dan bekas pelajar sekolah berkenaan.
Kegembiraan amat terserlah kepada insan-insan yang mengenali secara dekat YAB Menteri Besar Terengganu ini.

Dato’ Hj Ahmad Razif dalam ucapannya melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama kepada beliau selama ini, khususnya dalam mencemerlangkan bidang pendidikan. 


Sekitar Program UCB di Hatiku.

KENANGAN…pegawai dan staf Kolej Universiti Bestari (UCB) bergambar kenangan selepas menjalani Program UCB Di Hatiku yang diadakan di kolej universiti itu, semalam.

Program yang bertujuan untuk menyuntik semangat bekerja di kalangan peserta dan mewujudkan semangat kecintaan kepada UCB itu dirasmikan oleh Pengerusi Ekskutif UCB, Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor.

Antara aktiviti yang diadakan.
Antara aktiviti yang diadakan ialah mendengar ucaptama dari Pengerusi Ekskutif UCB, Solat berjemaah, Mesra kumpulan (ice-breaking), Bina Kumpulan, permainan membentuk minda dan penyampaian hadiah.

Tengku Mahmud berkata, beliau mahu seluruh warga UCB terus bekerja lebih gigih supaya kolej universiti itu akan menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang berjaya di negara ini dan hasrat untuk menjadi sebuah universiti penuh akan tercapai dalam masa beberapa tahun lagi.- Aminudin Ismail.


Tekun melakukan aktiviti minda.

Naib Cancelor UCB sampaikan hadiah.


   

18 May 2014

28 sekolah Dun Langkap terima kek Dato' Sabri.

Potong...majlis penerimaan kek di SMK Pelong.
Oleh: Aminudin Ismail.

BAGI menghargai jasa dan meraikan guru bersempena Sambutan Hari Guru 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Langkap, Dato'Sabri Mohd Nor melalui Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (AMPT) mengagihkan sebiji kek kepada setiap buah sekolah di kawasan itu, hari ini.

Bermula jam 8 pagi beberapa petugas AMPT bergerak kepada empat kumpulan untuk mengagihkan kek itu di 28 buah sekolah di DUN Langkap.

Semua guru mengucapkan terima kasih kepada Dato' Sabri kerana turut bersama meraikan hari guru melalui sumbangan kek itu dan menganggap sumbangan itu amat bermakna kerana Adun Langkap itu sememangnya menghargai jasa guru dan begitu mengambil berat tentang pendidikan di kawasanya.

Sementara itu, Dato' Sabri mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Dun Langkap dan beliau mahu guru-guru terus memberi perkhidmatan terbaik supaya lebih ramai yang akan mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan dan sekaligus menaikan nama Langkap dalam bidang pendidikan di negeri ini.

 

PERMASALAHAN RAKYAT DIKENALPASTI DAN DICARI KAEDAH PENYELESAIANNYA- KATA DATO' HJ AHMAD RAZIF



Menteri Besar Terengganu, Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman menyatakan pendekatan awalnya ialah mengenalpasti permasalahan rakyat dari pelbagai sudut untuk dianalisa, dikaji dan dicari kaedah terbaik penyelesaiannya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Malam Media, anjuran bersama Kelab Wartawan Terengganu  (KAWAT) dan juga Unit Komunikasi Negeri Terengganu di sebuah hotel di Kuala Terengganu malam tadi.

Katanya, melalui  penyenaraian tentang masalah itu, analisa akan dibuat untuk mencari cara dan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah rakyat yang menjadi keutamaan pendekatan pembangunan negeri.



Qari Terengganu johan tilawah

Qari Terengganu, Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.

Dengan kemenangan berkenaan, masing-Masing menerima sebuah kereta Proton Preve 1.6 CVT Executive sumbangan Tabung Haji, wang tunai RM30,000, piala pusingan dan iringan, sijil penyertaan serta pakej ibadat haji.

Ahmad Tirmizi, 29, yang memperdengarkan bacaan surah al-Imran bermula ayat 177 memperoleh markah 91.67 peratus manakala Hanimzah, 32, (ayat 23 surah al-Israq) pula meraih 88.67 peratus.

Mereka akan mewakili negara dalam Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula 16 hingga 21 Jun ini.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sementara itu, Tirmizi bersyukur kerana percubaan kali keempatnya itu membuahkan hasil dan bakal membawa nama negara ke pentas antarabangsa tidak lama lagi.

Anak jati Dungun itu mempersiapkan diri dengan bertawakal, ikhtiar serta bekerja keras membuat persiapan termasuk latihan hampir setahun lalu merupakan faktor kejayaannya.

Selain itu, Terengganu turut muncul johan keseluruhan dengan mengumpul 85.17 peratus.

Majlis tilawah tahun ini yang bertemakan ‘Wassatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' menyaksikan 30 peserta mengambil bahagian, iaitu masing-masing 14 qari dan 14 qariah serta dua johan menunggu.

Manakala pemarkahan dibarisi 15 hakim yang dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.


MENTERI BESAR MENGUNJUNGI SEK.MEN.KOMPLEKS SEBERANG TAKIR TEMPAT BELIAU PERNAH MENGAJAR DI SINI.. JUMPA KAWAN-KAWAN DAN MURID


Menteri Besar, Dato' Hj Ahmad Razif Abdul Rahman pada pagi ini (18 Mei) berkesempatan hadir di Sek Men. Kompleks Seberang Takir, yang pernah beliau bertugas menjadi guru di sini suatu masa lalu.

Kehadiran beliau bertepatan dengan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu ke 14 dan sambutan Hari Guru yang diadakan oleh sekolah berkenaan.

Kawan-kawan yang pernah sama-sama mengajar dengan Menteri Besar tentu sekali amat gembira dan terharu dengan kehadiran sahabatnya yang kini telah diberi kepercayaan memikul amanah yang lebih besar iaitu sebagai Ketua Kerajaan Negeri Terengganu.





Iskandar rai guru DUN Jabi.

RAI BERSAMA...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, sempat merakam gambar sendiri (selfie) bersama beberapa guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi ketika beliau hadir pada Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah itu, pagi tadi.

Walaupun mempunyai satu lagi majlis rasmi yang perlu dihadirinya di Dun Jabi tetapi wakil rakyat itu tetap meluangkan masa seketika bersama-sama guru sekolah itu untuk meraikan sambutan hari guru dan beliau sempat beramah mesra dan bertanya khabar kepada beberapa guru sekolah itu.

"Jika seseorang itu pujian dan sanjungan kerana kehebatan, ketingian ilmu dan kemuliaan peribadinya, tidaklah berguna semua itu sehingga beliau mengenangkan jasa guru yang membawanya ke tahap itu. 

"Selamat Hari Guru kepada semua insan yang pernah menitipkan ilmunya kepada seorang murid walaupun satu huruf. Saya bangga dengan anda semua," kata Iskandar.- Aminudin Ismail

 

MENTERI BESAR RAIKAN GURU DAN MURID SEK.KEB.KOMPLEKS SEBERANG TAKIR SEMPENA HARI GURU


Sempena sambutan Hari Guru yang diadakan di Sekolah Keb.Kompleks Seberang Takir, Menteri Besar Terengganu, Dato' Hj Ahmad Razif Abdul Rahman mengambil kesempatan hadir ke majlis berkenaan pagi ini sebelum ke Majlis Sambutan Tiga Abad Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Kegembiraan amat terserlah di kalangan guru-guru dan murid-murid sekolah berkenaan berikutan kehadiran Menteri Besar Terengganu dan isteri To' Puan Halina Zakaria , kedua-duanya (Dato' Ahmad Razif dan isteri) adalah berasal dari profesion guru/pendidik, malah isteri Menteri Besar adalah guru di sekolah ini.


Pelawa Pengamal Media Sumbang Idea-MB

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mempelawa pengamal media memberi cadangan dan idea baharu dalam aspek penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat bagi memastikan agenda pembangunan negeri ini berjalan lancar.

Beliau berkata pengamal media adalah antara golongan yang sering turun padang dan terawal dalam mengetahui permasalahan dihadapi rakyat dalam pelbagai urusan harian mereka.

 "Justeru marilah bersama-sama kita bekerjasama ke arah pembangunan Terengganu yang lebih maju dengan keseimbangan menyeluruh dengan kebajikan rakyat terus diutamakan.



"Saya sangat berharap pengamal media di negeri ini terus membuat laporan tepat dan berkualiti dan saya sendiri akan berusaha memberi kerjasama yang diperlukan anda semua," katanya ketika berucap di majlis mesra media anjuran Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di sini yang dihadiri 300 pengamal media di negeri ini.

 Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam dan Presiden KAWAT Ayob Mamat

. Ahmad Razif turut merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang membuat liputan dengan baik sepanjang krisis politik negeri ini minggu lalu.

 "Fokus kita semua selepas ini ialah untuk menang semula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kita kalah dan mengekalkan kemenangan di kerusi DUN sedia ada dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

 "Saya adalah menteri besar ke-14 dan kebetulan akan menghadapi PRU14, lupakan semua yang berlaku, kita semua rapatkan barisan untuk capai impian yang satu demi kemenangan yang diimpikan," katanya.