Halaman

14 January 2013

RM1.3 juta baik pulih bangunan Dewan Undangan Negeri

Oleh; Esah Abdullah



Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang sedang dibaik pulih, membabitkan perbelanjaan keseluruhan kira-kira RM1.3 juta.

Yang Dipertua DUN Terengganu Dato’ Haji Tengku Putera Tengku Awang berkata proses baik pulih yang bermula November lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada Mac depan.

“Baik pulih meliputi ukiran tembaga atau 'peleh' pada bahagian bumbung di mana sebelum ini bangunan berkenaan di baiki di bahagian dalam yang membabitkan peruntukan RM1.1 juta,” katanya.

Menurutnya, bangunan yang digunakan sejak tahun 1982 itu sudah dua kali melalui proses membaik pulih. Beliau berkata demikian pada majlis perkahwinan anak perempuannya Tengku Nur Hakimah, 23, dengan Mohamad Izuddin Ismail, 24, di kediamannya.

 Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis itu yang diiringi Setiausaha Kerajaan Datuk Haji Mazlan Ngah.

Majlis turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan negeri serta bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jerteh.

Kira-kira 10,000 tetamu daripada pelbagai golongan hadir memeriahkan perkahwinan anak ketiga hasil perkongsian hidup dengan isteri To’ Puan Hajah Halijah Ali.

Tengku Nur Hakimah merupakan seorang peguam yang bertugas di Kuala Lumpur, manakala pasangannya Mohamad Izuddin, Pegawai Teknologi Maklumat (IT) yang juga anak bongsu kepada Pegawai Pembangunan Dun (PPD) Bukit Tunggal, Haji Ismail Nik.

 



Kepimpinan BN dan Umno perlu tingkatkan program bersama golongan sasar

Oleh: Noraini Jusoh

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno perlu memperbanyakkan program bersama golongan sasar agar mudah mendapat kepercayaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, bagi parlimen Kuala Terengganu sendiri, pihaknya kini mengurangkan program yang hanya melibatkan kalangan ahli sahaja.

"Sekarang, kita lebih banyak mengadakan program yang melibatkan orang ramai terutama pengundi muda serta pengundi pertama kali.

"Selain itu, kecanggihan teknologi juga diaplikasikan untuk mendekati golongan muda khususnya kerana mereka lebih senang menggunakan Facebook, Twitter dan pelbagai laman sosial lain untuk berhubung,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas selesai menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan anjuran Yayasan Taqwa dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Tabung Haji Kuala Terengganu, di Dewan Seri Budi, baru-baru ini.

Katanya, kepimpinan BN dan Umno perlu peka dengan kehendak golongan muda dan tahu menggunakan kecanggihan teknologi untuk berhubung dengan golongan ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

"Apabila parlimen dibubarkan, mandat akan diserahkan kepada rakyat dan merekalah yang berhak membentuk kerajaan yang akan memerintah negara ini,” ujarnya.

Justeru, hubungan yang baik antara kepimpinan BN dan Umno dengan golongan sasar harus dijaga agar kerajaan BN dan Umno akan terus kekal memerintah negara tercinta.

 

Lautan 10,000 penyokong bangkit semangat Titans

Oleh: Aida Abd Rahman

Sokongan padu kira-kira 10,000 penyokong yang membanjiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin ternyata menjadi kunci kebangkitan T-Team untuk mengalahkan Kelantan selaku pemegang status juara trebel musim lepas. 



Kejayaan membenam The Red Warriors di gelanggang sendiri dengan jaringan 1- 0 itu sudah cukup memberi motivasi dan menyuntik semangat anak buah Peter James Buttler bagi memungut tiga mata berharga pada perlawanan berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Encik Abdul Rashid Jusoh, berkata The Titans kini menanam tekad untuk terus melakar kemenangan menentang finalis Piala Malaysia yang lalu, ATM pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan, selasa ini (15 Januari).

Mengulas perlawanan kelmarin, beliau berkata atas usaha keras dan semangat jitu barisan kejurulatihan, pemain-pemain, pengurusan serta semua pihak yang terlibat terutama para penyokong berjaya menterjemahkan apa yang diidamkan pasukannya terutama memungut tiga mata di laman sendiri .

“Tidak siapa menduga Titans kini memiliki peminat melebihi 10,000 orang. Sejak penubuhannya lima tahun lalu, cuma beberapa ratus sahaja penyokong yang hadir menonton setiap kali pasukan bermain di gelanggang sendiri.

“Bagaimanapun, kini semuanya berubah kerana walaupun tiket sudah habis dijual, peminat masih berlegar di kawasan stadium sehingga sanggup masuk walaupun terpaksa berdiri di tepi pagar untuk menyaksikan aksi pemain baru T-Team," katanya.

Encik Abdul Rasid berkata, kecuali pemain impot, George Boateng dan Caleb Folan, dan bekas pemain Terengganu, Marzuki Yusof dan Mazlizam Mohamad, tiada pemain ternama ataupun berpengalaman dalam pasukan Titans musim ini.

 Bagaimanapun, katanya  itu semua tidak menghalang peminat bola sepak tempatan untuk datang menyokong T-Team dan kebangkitan itu memberi motivasi kepada pemain muda untuk membalas sokongan peminat dengan mempamerkan persembahan terbaik.

 "Kalau dulu kami tidak merasakan apa kelebihan walaupun bermain di tempat sendiri, kini semuanya sudah bertukar dan pemain kami menjadi lebih bersemangat untuk memberikan persembahan terbaik untuk penyokong mereka.

“Dalam perlawanan itu, terbukti pemain telah berjaya mengikut skrip yang direncanakan oleh Ketua Jurulatih,     selain dibantu pemain import yang menepati ciri-ciri dikehendaki pasukan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Titans tidak digelar pasukan bintang, anak buahnya akan terus memberi tentangan sengit dan mencabar mana-mana pasukan lawan biarpun penyandang juara berganda pada musim lalu.







13 January 2013

Hutan Lipur Sekayu paling popular

Oleh: Aida Abd Rahman

Seramai 398,048 pengunjung direkodkan melawat 11 hutan lipur dan Hutan Taman Negeri Terengganu sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu, Hutan Lipur Sekayu menjadi lokasi paling popular dan menerima kedatangan pengunjung tertinggi apabila merekod jumlah 122,985 orang membabitkan 121,930 (tempatan) dan 1,055 (luar negeri).

Pengerusi Jawatankuasa pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata selain Hutan Lipur Sekayu (Hulu Terengganu), Hutan Lipur Lata Tembakah pula mencatat jumlah pengunjung kedua tertinggi iaitu 109,095 diikuti ketiga, Hutan Lipur Belatan seramai 91,572 orang.

“Selain itu, Hutan Lipur Cemerong (Dungun) turut menjadi pilihan ramai pelawat dari dalam dan luar Terengganu, iaitu 55,440 pengunjung, diikuti Rimba Bandar Bukit Bauk seramai 11,362 orang pelawat.

“Tidak terkecuali, lokasi hutan lipur dan Hutan Taman Negeri Terengganu, Hutan lipur Air Menderu (4,454 pelawat), Hutan Lipur Lata Payung (1,578 pelawat) dan Hutan Lipur Jambu Bongkok (1,177 orang),” katanya.

 Datuk Abdul Rahin berkata, kerajaan negeri akan melihat keperluan dari aspek kemudahan dan fasiliti yang perlu diselenggara serta ditambahbaik bagi memenuhi keperluan pengunjung sekali gus menjadikan destinasi itu sebagai pilihan ketika musim cuti persekolahan dan hari minggu.

 

Adun Tepoh seru pelajar ILP bina kemahiran

Oleh: Noraini Jusoh

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Haji Muhammad Ramli Nuh menyeru pelajar baru Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu membina kemahiran sepanjang menuntut di pusat kemahiran terbabit.

Beliau yang merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri berkata, pelajar ILP tidak seharusnya mensia-siakan peluang yang telah diberikan kepada mereka untuk meneruskan pengajian.

"Para pelajar tidak perlu berasa rendah diri walaupun tidak dapat menyambung pengajian di universiti kerana tidak semestinya kurang cemerlang dalam akademik bermakna kita tidak mampu berjaya.

"Malah, berbekalkan kemahiran yang diperolehi semasa mengikuti pengajian di ILP, para pelajar mampu berdikari contohnya dengan membuka perniagaan sendiri, sedangkan ramai pelajar universiti yang menganggur kerana hanya mengharapkan dapat bekerja dengan kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup minggu suaikenal sesi Januari 2013 di Dewan Kuliah Utama, ILP Kuala Terengganu, hari ini.

"Dengan kemahiran juga mampu jadikan kita orang hebat dan selari dengan Wawasan 2020, negara perlukan orang yang mempunyai kemahiran seperti anda (pelajar ILP) dalam melahirkan tenaga kerja yang lebih berdaya saing,” katanya.

Katanya, para pelajar juga perlu menghormati tenaga pengajar dan pensyarah agar pembelajaran mereka sentiasa diberkatiNya.

 

Program 1JKKK 1Polis bantu kurang jenayah

Oleh; Esah Abdullah


Program Satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (1JKKK) Satu Polis (1Polis) dan Satu Masjid (1Masjid) Satu Polis (1Polis) yang diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu telah membantu mengurangkan kadar jenayah kerana masyarakat terus berhubung dengan pihak keselamatan.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Jamshah Mustapa berkata, pelaksanaan program ini bersifat komuniti dan lebih dekat kepada masyarakat merupakan langkah alternatif dalam usaha untuk mengurangi kadar jenayah di negeri ini.

“Yang jelasnya, kadar jenayah menurun sejak kita mempergiatkan program komuniti kepolisan dengan turun bertemu masyarakat dan kita harap ia terus memberikan impak yang positif, sekaligus mewujudkan suasana yang harmoni serta bebas dari gejala jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Jom Kayuh Cegah Jenayah Komuniti Kepolisan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Terengganu di Kampung Gong Lingai, Batu Rakit semalam.

Hadir sama ke majlis berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat.

Katanya, program komuniti kepolisan seperti Jom Kayuh Cegah Jenayah dan Hari Kesedaran Jenayah yang sedang giat dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan keyakinan masyarakat bahawa polis bukan sekadar mencegah jenayah semata-mata.

 “Tanpa sokongan dan kerjasama masyarakat adalah mustahil sesuatu jenayah itu dapat dikesan secara menyeluruh kerana komuniti berperanan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, seramai 160 peserta mengambil bahagian dalam program Jom Kayuh Basikal yang baru diperkenalkan itu membabitkan anggota polis, badan Ngo dan masyarakat tempatan.

 

Sokongan rakyat terhadap BN makin kuat

Oleh: Suriati Ali

 Sokongan rakyat terutama peringkat akar umbi di negeri ini dilihat semakin kuat kerana mereka menyedari keupayaan Barisan Nasional (BN) yang telah membawa satu anjakan pembangunan kepada Terengganu berbanding masa lalu.

 Tanggapan pihak tertentu kononnya rakyat di negeri ini semakin menolak UMNO khususnya Barisan Nasional (BN) disifatkan satu kenyataan yang tidak berasas dan menyimpang dari fakta yang sebenar.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, YB Haji Khazan Che Mat, berkata pihaknya menyifatkan kenyataan seperti ini hanyalah cubaan pihak-pihak tertentu yang semakin gelisah dengan arus sokongan semasa BN yang terus bersemarak.

"Malah dengan keupayaan BN yang ditunjangi UMNO mentadbir negeri dan membela nasib rakyat secara menyeluruh membuatkan golongan yang tersepit ini tidak senang duduk sehingga memaksa mereka mencipta dakyah palsu sedemikian rupa.

 “Kita menafikan sekeras-kerasnya pelbagai dakwaan karut yang datang daripada pembangkang, mereka gemar menidakan apa yang dilaksanakan kerajaan kerana mahukan perhatin,” kata ketika berucap di satu majis baru-baru ini.

 Katanya, pembangkang bimbang bantuan dan kebajikan yang ditaburkan kepada rakyat akan memberi kesan negatif terhadap puak itu.

 “Kita percaya rakyat di negeri ini akan menilai rekod pentadbiran kerajaan yang ada sekarang berbanding fitnah yang dilemparkan.

 "Sebab itu kita tidak hairan dengan fitnah dan dakwaan tanpa asas yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

 YB Khazan yakin selagi BN berjaya mentadbir dengan baik dan peka terhadap tuntutan rakyat, segala tohmahan yang dilemparkan tidak akan meninggalkan kudis.

 

Yayasan Taqwa belanja RM21,500 untuk bantuan persekolahan

Oleh: Noraini Jusoh

Yayasan Taqwa membelanjakan RM21,500 bagi program penyampaian sumbangan persekolahan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dalam parlimen Kuala Terengganu yang diadakan di Dewan Seri Budi, semalam.

Majlis yang dianjurkan Yayasan Taqwa dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Tabung Haji tersebut melibatkan 100 pelajar sekolah rendah termasuk anak yatim piatu di parlimen itu.

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Tabung Haji Terengganu, Tuan Haji Adnan Salleh berkata, sumbangan tersebut merupakan keprihatian Yayasan Taqwa yang merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam membantu pelajar yang kurang bernasib baik.

"Diharap pelajar yang mendapat sumbangan ini dapat menggunakannya sebaik mungkin,” ujarnya ketika berucap dalam majlis tersebut.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Difahamkan, setiap pelajar yang terpilih menerima bantuan bernilai RM215 dalam bentuk pakaian sekolah, kasut serta alat tulis.

Sementara itu, Dato’ Wan Ahmad Farid berkata, peranan untuk membantu golongan yang memerlukan dan membuat kebajikan bukan setakat tanggungjawab kerajaan semata-mata.

"Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi-agensi berkaitan hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam membantu meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha yang dilakukan Yayasan Taqwa dan Kelab Sukan dan Rekreasi Tabung Haji dalam menganjurkan program yang memberi makna yang besar kepada ibu bapa yang kurang berkemampuan bagi menampung kos persekolahan anak-anak.

 

Kerugian hampir RM 1 Juta Kebakaran kedai di Kampung Alur Lintang,Besut



Oleh: Mohammad Ishak 

Sederet enam kedai di Kampung Alur Lintang, Besut,musnah dalam kebakaran awal pagi menyebabkan kerugian ditaksirkan hampir RM1 juta.

Kedai terbabit ialah kedai komputer, kedai menjual mesin jahit, bengkel membaiki motosikal dan rumah kediaman.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.10 malam tadi menyebabkan semua premis berkenaan musnah dalam kebakaran yang dianggap terbesar di Besut tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu,Nor Mahathir Mohamad ketika ditemui di tempat kejadian berkata pihak bomba menerima panggilan menerusi talian 999 daripada orang awam yan g memaklumkan kejadian itu.

Katanya, empat jentera bomba dari balai bomba Kampung Raja dan Permaisuri bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan bagi mengawal kebakaran berkenaan.

Bagaimanapun,katanya, kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa keranaa semua penghini dipercayai tinggal di rumah berasingan.

Nor Mahathir berkata, kejadian itu dipercayai litar pintas dari sebuah bengkel motosikal dan siasatan lanjut sedang dilakukan oleh pasukan bomba.

Penduduk perlu rebut peluang, jika mahu tambah pendapatan keluarga

Oleh: Suriati Ali

 Penduduk setempat terutama suri rumah diminta lebih proaktif dan bijak merebut peluang yang ditawarkan kerajaan dengan mengikuti kursus tertentu supaya dapat menambah sumber pendapatan ketua keluarga.

 Ahli Parlimen Setiu, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafie, berkata kerajaan menawarkan pelbagai pilihan, termasuk menawarkan kursus jahitan, masakan dan perniagaan di serata kawasan semata-mata mahu melihat rakyat menempuh kehidupan lebih selesa.

“Kita sewajarnya merebut peluang itu kerana jelas dapat menambah sumber pendapatan suami, selain mampu menjadi pendapatan utama bagi mereka bergelar ibu tunggal..

“Bagi mereka yang sudah mempunyai perniagaan kecil-kecilan pula, seperti menghasilkan karipap, pau atau pelbagai jenis kuih di rumah, kerajaan melalui jabatan tertentu ada menawarkan pinjaman untuk membesarkan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kelas Bimbingan Agama, di Kampung Bukit Chempaka, Kuala Terengganu, kelmarin.

 Dato’ Haji Mohd Jidin turut mengingatkan penduduk kampung supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai isu yang dilontarkan pembangkang, termasuk berkaitan penggunaan kalimah Allah dan `Amanat Haji Hadi’ .

 Katanya, isu itu sangat sensitif, jangan mudah percaya dengan apa yang diperkatakan itu kerana percaya pemimpin pembangkang mempunyai agenda tersendiri untuk kepentingan parti.

 

Kalimah Allah eksklusif untuk umat Islam

Oleh: Aida Abd Rahman

Penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain adalah tidak bertepatan dan selari dengan prinsip al-Quran, al-Sunnah dan Ijma’ kerana agama yang benar di sisi Allah s.w.t hanyalah agama Islam.

Firman Allah dalam surah Ali Imran yang bermaksud `sesungguhnya agama di sisi Allah adalah agama Islam’.

Sehubungan itu, pandangan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam atas tujuan maslahat dakwah islamiyah tidak dapat diterima umat Islam kerana banyak cara serta kaedah lain yang boleh digunakan bagi tujuan maslahat dakwah, selain daripada penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Malah, roh kalimah Allah bukan hanya sekadar sebutan atau seruan mahu pun panggilan bagi tuhan semata-mata tetapi ia melambangkan akidah atau agama bagi orang yang menggunakannya.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot berkata, penggunaan kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan agama lain.

Beliau berkata, perkara berkenaan jelas disebut di dalam al-Quran menerusi surah al-Ikhlas yang menyatakan bahawa Allah itu bersifat Maha Esa dan surah Taha yang bermaksud tiada Tuhan lain melainkan Allah.

"Sekiranya penggunaan kalimah ini dibenarkan, maknanya mereka menyamakannya dengan konsep triniti dan sekiranya dikatakan semua agama itu sama, maka boleh jatuh hukum kufur, syirik dan murtad.

"Jangan keliru dengan hukum kerana ia sudah ditetapkan di dalam al-Quran, hadis serta ijtimak ulama dan perkara ini tidak boleh dikompromi," katanya.

Menurut beliau lagi, sesiapa yang membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible berbahasa Melayu boleh jatuh kufur dan murtad.

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu dianggap sebagai cubaan untuk melemahkan masyarakat Islam dan jati diri orang Melayu di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berpendapat, tindakan tersebut seperti ada agenda tersirat kerana isu itu telah diselesaikan sebelum ini dan tidak sewajarnya dibangkitkan semula.

 "Isu penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan jelas oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, sehubungan itu kenyataan Guan Eng perlu dipersoalkan kerana jelas cuba mencabar keputusan Majlis Fatwa.

"Tindakan biadab Guan Eng ini seperti cuba mencairkan identiti dan agama Islam secara terus. Tiada keperluan untuknya mencampuri urusan kesucian agama Islam," katanya.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi menyatakan Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah telah mencetuskan semula polemik yang telah lama reda.

Katanya, isu ini tidak seharusnya ditimbulkan semula dan menggesa pihak yang berkenaan merujuk kepada ahli ulama terlebih dahulu.

Sebalik polemik itu, dua pemimpin utama parti pakatan rakyat, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) dan juga Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepakat menyatakan kalimah Allah boleh digunakan penganut agama lain.

 Bayangkan, Abdul Hadi sendiri mewakili parti yang mendakwa memperjuangkan Islam menegaskan pendirian itu, di satu majlis ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang duduki di sisinya si satu majlis dan sidang media, baru-baru ini.

Tindakan itu jelas memperkecilkan pendirian dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui kenyataan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bahawa kalimah Allah eksklusif bagi umat Islam.

Ketua pembangkang itu meremehkan pendirian tersebut dengan memberi gambaran seolah-olah MAIS tiada kaitan dengan kerajaan Selangor pimpinan PKR.

Dalam situasi itu sudah tentu Khalid tersepit antara patuh titah Sultan atau akur pendirian parti berhubung isu itu. Bagaimanapun, Khalid pada sidang medianya selepas itu akur dengan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada ketetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010.

"Mengikut warta kerajaan, lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain. "Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat," katanya.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Khalid seperti tidak ikhlas dengan perakuan itu apabila mengaitkan soal lagu negeri Selangor yang mengandungi kalimah Allah dan turut dinyanyikan golongan bukan Islam. Manakala Hadi pula lebih tersepit apabila isu itu mendapat tentangan bukan sahaja daripada Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustafa Ali, Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malah Ketua Dewan Ulama Pas, Dato'  Harun Taib juga menegaskan parti itu tidak akan bersetuju dengan sebarang cubaan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Harun berkata, walaupun penggunaan kalimah Allah dibolehkan untuk bukan Islam namun kalimah suci itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada Bible versi bahasa Melayu.

"Penggunaan kalimah Allah bukan tak boleh digunapakai (oleh penganut Kristian tetapi), saya rujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng nak pakai dalam kitab Bible, nak tukar kalimah 'God' kepada kalimah Allah yang itu saya tak setuju,” katanya.

Dalam pada itu, Tindakan Dewan Pemuda Pas Terengganu yang mempersoalkan penggunaan kalimah Allah dan Nabi Muhammad s.a.w dalam lagu kebesaran negeri serta logo-logo pasukan keselamatan jelas menggambarkan tahap kedangkalan ilmu golongan itu.

 Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti pengajian dan pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menegaskan kenyataan itu semata-mata bermotifkan politik.

Katanya, isu lagu, logo dan lambang sebenarnya berbeza dengan isu tuntutan penggunaan kalimah Allah secara rasmi oleh bukan Islam khususnya penggunaan dalam Bible berbahasa Melayu. Malah beliau juga menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam itu merupakan niat jahat mereka semata-mata bertujuan mengelirukan umat Islam di negara ini.

“Penggunaan kalimah Allah pada lagu, logo dan lambang adalah kerana amalan itu ada nilai sejarahnya tersendiri yang menyentuh sensitiviti orang Melayu. Paling penting amalan itu menyentuh sensitiviti orang Melayu dan juga mendukung institusi raja-raja yang sudah terbentuk di negara ini sejak dulu lagi,” ulasnya.

 

MPP UniSZA dapat sentuhan NC baru

Oleh; Esah Abdullah


Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima kenderaan khas MPV Nazaria untuk melancarkan perjalanan aktiviti.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Yahya Ibrahim berkata, aktiviti yang dijalankan MPP merupakan cerminan universiti tempat mereka menimba ilmu.

“Setiap program yang diadakan hendaklah bersifat nasional dan international dalam usaha mentransformasikan UniSZA menjadi universiti ulung di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) di Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

Prof Dr Yahya yang berpengalaman lebih tiga tahun sebagai Timbalan NC bahagian HEPA Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memulakan tugas baru sebagai NC di UniSZA mulai awal Januari lalu.

Sementara itu Presiden MPP UniSZA, Encik Mohammad Marzuqi Zainal Adlan, 24, berkata dengan adanya kenderaan khas mereka akan lebih pro aktif selepas ini.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer itu melahirkan rasa gembira kerana sebelum ini pergerakan mereka agak terbatas, terpaksa berkongsi kenderaan dengan bahagian lain serta menggunakan kenderaan sendiri untuk ke destinasi program.

 “Saya dan barisan Ahli Jawatankuasa (24 orang) MPP mengucapkan terima kasih kepada NC yang baru Prof Dr Yahya yang memahami tugas dan cabaran MPP yang membawa imej universiti pada setiap program yang dijalankan.

Katanya, tugas dan tanggung jawab MPP begitu besar dalam menjaga kebajikan pelajar serta nama baik universiti di mata umum.

 

Buku “Kenali Loghat Terengganu” dilancar

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Buku kosa kata ‘Kenali Loghat Terengganu’ yang mengandungi himpunan longhat Terengganu dan produk yang diharapkan mampu membantu promosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, dilancarkan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, malam tadi.

Datuk Abdul Rahin bersama penulis buku Kenali Loghat Terengganu merasmikan buku berkenaan di hotel Permai
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, yang menyempurnakan majlis tersebut berharap buku tersebut boleh dijadikan ‘ole-ole’ kepada pelancong yang datang ke negeri ini.

“Sebelum ini kita telah melakukan beberapa langkah untuk mengantarabangsakan loghat Terengganu. Duta TMT 2013, Zizan Raja Lawak juga banyak membantu kita untuk tujuan tersebut,” katanya.

Buku berkenaan ditulis Presiden Persatuan Sasterawan Terengganu (Pelita), Tuan Sharif Tuan Putera dan diterbitkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anak kelahiran Kampung Petai Bubus itu telah menghasilkan 117 cerpen, 120 buah puisi, 24 karya perseorangan dan bersama penulisan biografi dan antologi cerpen.

Datuk Abdul Rahin berkata, pihaknya berharap buku berkenaan dapat membantu masyarakat luar mengenali lebih dekat budaya berbahasa negeri ini yang terkenal dengan slogannya ‘Negeri Cantik Mudaya Menarik”.

“Rakyat Terengganu dikurniakan daya kreativiti yang tinggi apabila mencipta kraf songket dan batik berkualiti, seni anyaman daripada panda, buluh dan mengkuang, keunikan makanan tradisional dan lekuk-lekuk barangan tembaga.

“Pada masa yang sama, masyarakat Terengganu memilki sejumlah kosa kata atau loghat yang tidak dituturkan masyarakat luar,” katanya.





UMNO Besut arah bilik gerakan beroperasi


Idris keitka melawat peti undi Bandar Jertih malam tadi

Oleh: Mohammad Ishak 

Tanda-tanda hadirnya pilihan raya semakin dirasai dan petugas parti sudah tidak sabar lagi untuk menabur bakti dan khidmat bagi mempastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di negara ini.

Berikutan itu UMNO Bahagian Besut memulakan langkah awal semalam dengan mengarahkan semua bilik gerakan supaya beroperasi mulai semalam.

Ketua Umno Bahagian itu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, semua bilik gerakan boleh dibuka dan ketua cawangan serta pengerusi peti undi juga perlu mengadakan perjumpaan atau mesyuarat lebih kerap bermula sekarang.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, malam tadi memulakan lawatan rasmi ke bilik gerakan Peti Undi Bandar Jertih dan menemui semua petugas parti sambil menyampaikan kata-kata semangat.

Bagi menjamin kekuatan parti di bahagian itu beliau juga meminta ketua cawangan mendapatkan lima ahli Pas di kawasan masing-masing yang mirip Umno supaya menarik mereka menyertai parti Umno.

Katanya, ini kerana semakin ramai ahli Pas kini dalam keadaan serba salah untuk menyokong parti itu berikutan banyak isu dan percangahan pendapat di kalangan pemimpin mereka sejak akhir-akhir ini.

Idris berkata, selepas proses mengajak ahli parti itu diperolehi oleh dari semua cawangan pihaknya akan menganjurkan majlis Selamat Tinggal Pas (STP) secara besar-besaran.

“Kita yakin cawangan terbabit mampu menarik penyertaan ahli Pas menyertai Umno berdasarkan perkembangan semasa dalam parti pembangkang itu,” katanya.

UMNO Hulu Besut gempur Kampung Lubuk Kawah


Nawi (dua dari kanan) menyampaikan kerusi roda kepada warga emas

Oleh: Mohammad Ishak 

UMNO Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, memulakan gerak kerja pilihan raya dengan mengempur perkampungan Lubuk Kawah dengan mengadakan program ziarah dari rumah ke rumah,

Diketuai ADUN Hulu Besut, YB Nawi Mohammad bersama 300 pendokong parti masuk kampung dan menemui penduduk terutama mereka yang uzur, warga emas dan golongan miskin.

Penyelaras Program,Zahari Mat berkata, sepanjang tempoh program turun padang itu pihaknya menziarah 122 rumah sambil mengagihkan bantuan makanan dan menyampaikan kerusi roda kepada pesakit.

Katanya, perjalanan dari rumah itu turut disertai pemuda dan puteri Umno, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan anggota sukarelawan.

Menurutnya, kehadiran mereka secara konvoi menggunakan motosikal dan kereta produa viva turut menerik perhatian penduduk setempat.

Beliau berkata, pemilihan peti undi Lubuk Kawah adalah sebagai permulaaan kepada program turun padang secara beramai-ramai yang diketuai pemimpin dalam usaha mendekati pengundi.

Zahari berkata, kejayaan program itu mendorong ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad yang merancang untuk mengadakan gerak kerja sama ke kawasan selain seluruh DUN berkenaan.

12 January 2013

300 peserta berbakti di PPRT Pengkalan Atap,Kuala Besut


Sebahagian peserta bergambar kenangan bersama YB Dr A Rahman Mokhtar

Oleh: Mohammad Ishak 

Penempatan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Pengkalan Atap,Kuala Besut, yang dilanda ombak besar ahkir tahun lalu terus mendapat perhatian komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan yang mengadakan khidmat sosial dan gotong royong.

Gabungan Sukarelawan MAYC Besut bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sukarelawan Majlis Belia Malaysia (MBM) menghabiskan masa sehari di kampung itu hari ini.

Program gotong royong itu disertai 300 peserta mewakili pertubuhan berkenaan yang dimulakan jam 8 pagi dan berakhir 4 petang memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan kawasan serta rumah penghuni yang tertimbus dengan pasir.

Lebih membangkitkan semangat peserta apabila Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Abdullah Md Zin hadir pada sebelah bagi manakala Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhar pada tengahari sambil beramah mesra dengan peserta.

Penyelaras program Wan Adilah Wan Nawang berkata, sukarelawan yang mewakili NGO terbabit dikerah bagi membantu mangsa bencana ombak yang melanda penempatan mereka baru-baru ini.

Katanya, berbekal semangat kesukarelaan peserta bergabung tenaga mengadakan kerja gotong royong dengan memberi tumpuan kepada kebersihan sekitar yan g dipenuhi dengan sampah sarap akibat bencana berkenaan.

Menurutnya, walapun tempat itu sudah banyak kali dijadikan sasaran pelbagai pihak untuk mengadakan gotong royong tetapi ia perlu pemerhatian berterusan kerana dalam tempoh dua minggu rumah mereka tiga kalim dilanda musibah.

“Tugas NGO membari bantuan sekadar mampu dan tenaga anak muda digembelingkan bagi menjayakan kerja amal itu,” katanya.

Jualan Pau Rahimah laris

Oleh: Suriati Ali

 Walaupun hanya bermula dengan adunan tiga kilogram (kg) gandum sehari untuk menghasilkan pau pada awal memulakan perniagaan lapan tahun lalu, kini pemilik Pau Rahimah mampu menghabiskan 100 kg gandum sehari.

 Berkat usaha dan kesabaran tinggi, Puan Rahimah Sulong, 50, kini mampu tersenyum berikutan hasil jualan pau yang diusahakan semakin mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan sehingga mencecah 5,000 biji sehari .

Lebih membanggakan, perniagaan yang dibantu tujuh orang saudara itu mampu memperoleh keuntungan mencecah RM5,000 sebulan berbanding di awal perniagaan iaitu hanya RM40 sebulan.

Kejayaan dikecapi itu hasil dorongan keluarga dan sikap cakna Jabatan Pertanian Negeri Terengganu (JPNT) yang memberi sumbangan berupa bengkel dan peralatan, bernilai lebih RM60,000.

 Bantuan itu termasuk dua mesin pengadun, satu pemanas dan pengukus yang boleh menghasilkan pau dalam kapasiti lebih besar dengan rasa dan mutu lebih baik.

 Pada mulanya, Puan Rahimah dari Kampung Tanjung Sabtu, Manir, Kuala Terengganu, hanya menjalankan perniagaan di rumah dengan bantuan arwah ibu.

Selain mempunyai niat ingin membantu meringankan beban suami menyara tujuh anak yang masih kecil dan bersekolah.

 Katanya,idea untuk memulakan perniagaan pau ini dicetuskan adik yang prihatin dengan kesusahan kami sekeluarga.

 “Dengan bermodalkan sedikit simpanan iaitu kira-kira RM2,000, saya mengambil keputusan menceburi bidang ini dengan bahan mentah dan mesin adunan.

“Pada awalnya, saya membuat kuih di rumah dengan purata 200 biji sehari dan menjualnya kepada pemilik warung kopi berdekatan serta beberapa jiran,” katanya.

 Selepas dua tahun berniaga di rumah, usahanya mendapat perhatian JPNT yang menawarkan sebuah bengkel bernilai RM30,000, semata-mata mahu melihat perniagaan Pau Rahimah terus maju.

 “Syukur Alhamdulillah, dengan bantuan itu, saya mampu mengeluarkan 6,000 pau sehari. Produk Pau Rahimah diedarkan di sekitar Kuala Terengganu termasuk di 10 asrama sekolah, kedai runcit, restoran dan penjaja tepi jalan.

 “Bagaimanapun, ia belum dapat memenuhi permintaan yang ada kala menjangkau 10,000 biji sehari,” katanya yang berharap dapat menambah mesin pengadun bagi meningkatkan pengeluaran.

“Besar harapan saya agar perniagaan ini bukan saja menjana pulangan lumayan, tetapi memberI manfaat kepada masyarakat setempat, terutama suri rumah bagi memberi pendapatan sampingan,” katanya.

 Produk Pau Rahimah boleh didapati dalam bentuk sejuk beku dan sedia dimasak. Pelbagai perisa ditawarkan termasuk kacang,, daging, ayam, kelapa, sardin dan kaya dengan harga antara RM0.40 sen sehingga RM 0.70 sebiji.


 

Umno anjur program Selamat Tinggal Pas

Oleh: Kamarudin Mat Akib

Badan Perhubungan Umno Negeri akan menganjurkan lebih banyak program Selamat Tinggal Pas bagi membolehkan lebih ramai ahli dan penyokong Pas keluar parti itu dan menyertai Umno.

Ketua Penerangan Umno Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kebelakangan ini ramai ahli Pas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan perjuangan parti itu kerana mereka sudah muak dengan pemimpinnya yang melakukan tindak tanduk bertentangan dengan matlamat asal penubuhannya.

“Kita akan mengadakan program tersebut di seluruh negeri bagi membolehkan mereka ini mengisiytiharkan keluar Pas dan masuk Umno,” katanya.

Baru-baru ini, lebih 200 ahli dan penyokong Pas mengisytiharkan keluar parti itu dan menyerahkan borang keahlian Umno masing-masing kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang kebetulan dalam lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Dato’ Haji Ahmad Razif berkata, pihaknya yakin dengan bantuan bekas pemimpin Pas yang sudah masuk Umno, lebih ramai ahli dan pengikut Pas dapat dikumpul untuk menyertai program Selamat Tinggal Pas.

“Kita akan memberi peluang kepada mereka untuk menyerahkan borang keahlian Umno kepada pemimpin Umno negeri, termasuk Menteri Besar (Dato’ Seri Haji Ahmad Said),” katanya.

Pelbagai isu yang melanda Pas, termasuk Amanat Hadi, pakatan dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP serta pengguguran cadangan melaksanakan hukum hudud, menyebabkan ramai ahli dan pengikut parti itu tidak lagi mempercayai kepimpinan Pas sekarang ini.

Mereka berpendapat tidak ada gunanya meneruskan perjuangan dalam parti itu yang sebelum ini bertegas mahu memperjuangkan Islam, sebaliknya kini sudah menyeleweng jauh dari matlamat asal.



11 January 2013

Majlis Ramah Mesra antara Pemimpin dan anggota PDRM


Idris (kanan) dan Nawi (kiri) menyarung baju sukan kepada Kamaruddin

Oleh: Mohammad Ishak 

Bukan mudah untuk mengumpul pemimpin dan anggota polis dalam satu majlis kerana mereka sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing terhadap rakyat dan masyarakat.

Halangan itu bagaimanapun cuba dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Besut, apabila mereka berjaya mengumpul seluruh anggota pelbagai pringkat dalam satu majlis bersama pemimpin kerajaan di daerah itu pagi ini.

Lima daripada pemimpin daerah ini terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diketuai ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri,ADUN Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh, Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Muhamad Pehimi Yusof (Kota Putera).

Seramai 300 anggota polis dari daerah Besut menghadiri majlis yang berlangsung di Dewan Perumahan PDRM Besut di Kampung Keluang, dekat Kampung Raja.

Ketua Polis Daerah, Superentandan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pihaknya bangga dengan kehadiran empat ADUN berkenaan untuk hadir dan beramah mesra dengan anggota pasukan keselamatan.

Idirs yang mewakili pemimpin terbabit ketika berucap pada majlis itu mahu anggota PDRM menjalankan tugas dengan bijak sana terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).

Katanya, kejayaan PDRM sebelum ini yang berjaya mewujudkan keamanan ketika diadakan pilihan raya hendaklah diteruskan kerana ia akan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Pada majlis itu semua anggota polis yang hadir turut menerima sumbangan baju sukan untuk aktiviti sukan dan riadah yang disampaikan Idris.

AMANAT KEDUA HADI AWANG: HAK BUKAN ISLAM DIIZINKAN MENJADI RAKYAT TETAPI TIDAK BOLEH JADI PEMERINTAH, ORANG ISLAM SAHAJA BOLEH JADI PEMERINTAH, KERAJAAN DAN PEMIMPIN.


(Sila Klik Gambar)

Selepas Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan orang Umno, satu lagi ucapan Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Hadi Awang yang bersifat hukum dapat dikesan iaitu beliau menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak layak menjadi pemimpin atau pemerintah.

Kenyataan ini dengan jelas bermakna sekutunya dalam pakatan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bukan Islam tidak berhak menjadi pemimpin atau kerajaan jika diberikan mandat.

Ucapan berkenaan yang diperolehi dari rakaman ucapan asalnya berbunyi: “Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja dia boleh jadi rakyat tetapi dia boleh jadi pemerintah, boleh jadi kerajaan, boleh jadi pemimpin tetapi hak bagi bukan Islam dalam Negara Islam boleh diizinkan untuk menjadi rakyat tetapi tidak boleh jadi pemerintah”.

Kita tidak tahu samaada orang-orang bukan Islam menyedari atau tidak penegasan Haji Hadi yang jelas dan nyata meletakkan taraf orang bukan Islam hanya sebagai rakyat sahaja dalam negara ini.

Persoalannya, bila Pas bersama pakatan menujuPutrajaya, bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam yang menurutPresiden Pas itu hanya layak menjadi rakayt biasa sahaja bukan pemerintah.

Pemerintah yakni kerajaan sudah pastilah membabitkan barisan kabinet. Apakah hanya orang Islam dalam DAP dan PKR dan komponennya sahaja boleh dipilih menduduki barisan pemerintah/kabinet?

Apa akan jadi kepada Lim Kit Siang,Lim Guan Eng, Karpal Singh, R.Sivarasa dan lain-lain bukan Islam.

Sanggupkah mereka menjadi rakyat biasa sahaja kerana mereka bukan Islam? Persoalannya juga bagaimana dengan pakatan bersama dan Buku Jingga yang telah ditandatangani bersama oleh Haji Hadi (Pas), Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP) bagi menuju Putrajaya?

Apakah orang-orang bukan Islam samaada dalam DAP dan PKR menyedari atau tidak tentang penegasan Haji Hadi itu yang jelas menafikan hak mereka?

Kalau sekiranya Haji Hadi dan Pas tidak menarik balik kenyataannya tentang ketiadaan hak bukan Islam untuk menjadi pemerintah/kerajaan bermakna mereka hanya berpura-pura dalam pakatan pembangkang yang disebut pakatan rakyat itu.

Tetapi jika beliau (Haji Hadi) menarik balik kenyataan yang dibuat bermakna hukum Islam boleh diubah-ubah sesuka hati sedangkan hukum Islam tidak boleh diubah-pinda.

Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam seharusnya perlu dimaklumkan secara jelas dan menyeluruh oleh pihak pihak supaya tidak menimbulkan kekecohan, konflik dan perbalahan jika sekiranya rakyat memberi mandat kepada pakatan mereka ini.

 

Perkhidmatan Jawatankuasa JKKK dilanjutkan sehingga Jun 2013



Oleh: Mohammad Ishak 

Semua ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri ini yang khidmat mereka sepatutnya berakhir pada Disember 2012 dilanjutkan sehingga Jun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan perkhidmatan anggota organisasi itu secara outomatik.

Katanya, keputusan kerajaan itu membolehkan jentera JKKK menjalankan khidmat dan menyusun semula aktiviti bagi faedah penduduk setempat.

Menurutnya, berikutan keputusan itu semua JKKK boleh mengadakan mesyuarat bulanan seperti biasa tanpa menunggu arahan pihak Pejabat Daerah.

Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, berkata demikian pada majlis makan malam bedrsama JKKKK Kawasan Kuala Besut, malam semalam.

Hadir sama Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh serta penghulu mukim.

Beliau berharap, ahli jawatankuasa JKKK meningkatkan lagi usaha merancang aktiviti serta membantu penduduk yang memerlukan bantuan kerajaan.

“Sebagai agensi yang berkaitan rapat antara rakyat dan kerajaan jawatankuasa perlu memikirkan aktiviti yang boleh member manfaat kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata,, pihak JKKK juga diminta mengemukakan laporan kepada Pejabat Daerah jika ada kerosakan kemudahan awam di tempat masing-masing untuk diambil tindakan pihak berwajib.

PPNT bantu promosi TMT 2013

Oleh: Suriati Ali

Pelbagai pihak giat menyusun strategi bagi memastikan sasaran peningkatan 20 peratus setahun kadar pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 mampu direalisasikan.

 Kesempatan itu turut diambil Persatuan Permotoran Negeri Terengganu (PPNT) dengan diketuai presidennya, Tengku Sri Temenggong Raja, Dato' Seri Tengku Baharuddin menganjurkan Konvoi Muhibah TMT 2013 di puluhan destinasi menarik di Johor.

 Majlis pelepasan konvoi itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Dato' Haji Abdul Rahin Mohd Said bersama Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Mohd Adzlan Dagang di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Sebaik tiba dilokasi yang disasarkan, termasuk Legoland Malaysia, Restoran Banafe Village, Restoran Selasih Puteri Pan Pacific dan Puteri Harbour Family, Tengku Sri Temenggong Raja akan menampal pelekat logo TMT 2013.

 Langkah itu sebagai tanda simbolik memberitahu orang ramai mengenai keistimewaan TMT 2013 yang menyajikan puluhan acara menarik dan lokasi istimewa yang patut dilawati apabila pengunjung tiba di Terengganu.

 TMT 2013 yang mensasarkan kehadiran empat juta pelancong menyajikan pelbagai program menarik yang bermula dengan karnival 1Malaysia pada Januari, kemudiannya disusuli dengan Le Tour De Langkawi 2013 yang melibatkan seluruh daerah di negeri ini pada Februari hingga Mac.

 Acara lain, International Terengganu Starhill 4X4 Challenge 2013 (pinggiran Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak), Kenyir Lake International Triathlon 2013 di pengkalan Gawi, Tasik Kenyir dan Cabaran Reka Cipta Islam dan Perasmian Kincir Air Taman Tamadun Islam sepanjang Mac.

 Kemudiannya pada April akan berlangsung Bidong Underwater & Land Challenge (Pulau Bidong), Petronas Cub Prix (Kompleks Sukan Gong Badak), Boat On The Road (Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir), Terengganu World Invitational Jetrace Chellenge 2013 (Pantai Batu Buruk) dan Kapas-Marang International Swimathon 2013 (Pantai Kelulut, Marang).

 Bagi melancarkan perjalanan hampir 450 kilometer dari Terengganu ke Johor itu, PPNT turut mendapat bantuan Kelab Radio Amatur Skuad 99, sebagai penyelaras komunikasi dua hala (walkie-talkie) di sepanjang konvoi berlangsung.

 Dato’ Abdul Rahin,berkata langkah PPNT mempromosi TMT 2013 wajar dipuji kerana bukan saja mampu merapatkan hubungan silaturahim antara ahli malah paling istimewa dapat memperkenalkan destinasi dan acara menarik yang disajikan kerajaan negeri.

 “Pihaknya sangat mengalukan-alukannya dan berharap ada pihak lain, termasuk agensi swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan, persatuan dan kelab di pelbagai daerah bersama-sama tampil mempromosi TMT 2013 

Menurutnya, jumlah kedatangan pelancong dan kemeriahan penganjuran pelbagai program tarikan pelawat tidak hanya tertumpu pada TMT 2013 sahaja, sebaliknya akan berterusan pada tahun-tahun seterusnya memandangkan sektor itu menjadi tulang belakang ekonomi negeri.

 “Untuk rekod, sejumlah 3.8 juta pelancong mengunjungi Terengganu pada 2011, manakala 3.9 juta pelancong melawat Terengganu pada tahun lalu,” katanya.

 

Usah terlibat dengan himpunan pembangkang

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Rakyat negeri ini, khususnya mereka yang menyokong parti pembangkang diingatkan supaya tidak melibatkan diri dengan perhimpunan yang bakal dianjurkan parti pembangkang di Kuala Lumpur, esok (Sabtu).

Ketua Penerangan Umno Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rakyat perlu faham pihak pembangkang mempunyai agenda tertentu untuk mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara, yang mungkin membawa gejala buruk kepada masyarakat.

“Memang pihak penganjur memberi jaminan tida k ada rusuhan yang akan berlaku, tetapi siapa yang mampu menahan kejadian buruk daripada berlaku jika ramai orang datang ke perhimpunan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini orang ramai tidak perlu terpengaruh dengan pihak pembangkang yang memang mempunyai agenda mereka apabila merancang perhimpunan seumpama itu.

“Negara kita mempunyai undang-undang dan saluran yang sah untuk menyalurkan rasa tidak puas hati atau teguran kepada kerajaan.

“Pihak pembangkang juga mempunyai wakil sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri untuk menyalurkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan.

“Oleh itu, perhimpunan seumpama itu tidak wajar diadakan kerana ia akan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan,” katanya.

Dato’ Haji Ahmad Razif menasihatkan pihak pembangkang supaya mengadakan program yang lebih baik bagi membantu kerajaan menangani gejala sosial, terutama di kalangan generasi muda.

“Pihak pembangkang juga mempunyai tanggungjawan sosial bagi membantu kerajaan membanteras jenayah dan keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda,” katanya.


Buku Kosa Kata Terengganu dilancarkan

Oleh: Aida Abd Rahman

Buku mengandungi himpunan longhat Terengganu yang dapat membantu mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, bakal dilancarkan di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, jam 8 malam, Sabtu ini (12 Januari).

Pelancaran buku Kosa Kata Terengganu yang juga bersempena malam gala Aspirasi Darul Iman Cetusan Seribu Harapan akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Penolong Setiausaha Kerajaan Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian negeri, Encik Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil, berkata buku berkenaan yang diterbitkan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menjadi satu lagi produk bagi mempromosikan Terengganu khususnya pada TMT 2013.

Katanya, buku yang pernah diterbitkan sebelum ini ditambahbaik dengan menambah kosa kata sedia ada hasil tulisan Tuan Shariff Tuan Putera untuk menonjolkan keunikan dialek tempatan yang tidak dapat ditemui di tempat lain.

“Pelancaran berkenaan bukan sahaja dihadiri penggiat pelancongan negeri, malah turut disertai rombongan dari Kementerian Pelancongan Narathiwat Thailand yang berkunjung ke negeri ini,” katanya.



10 January 2013

Briged Sukarelawan bencana di lancar


YB Nawi bersama pemimpin Pemuda UMNO menunjukkan logo sukarelawan

Oleh: Mohammad Ishak 

Kesukaran mendapatkan khidmat sukarela bagi membantu mereka yang ditimpa bencana mendorong Pemuda UMNO Besut menubuhkan pasukan sukarelawan sendiri bagi menangani kes berkenaan.

Satu majlis pelancaran penubuhan pasukan itu diadakan di Medan Selera Jertih yang dilakukan oleh Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharuddin, Ketua Pemuda Umno Besut,Mahadi Musa dan ahli jawatankuasa pemuda bahagian itu.

Cetusan penubuhan itu lahir daripada kesedaran Pemuda Umno yang melihat tidak ada sukarelawan khas yang dapat dikerahkan terutama apabila berlakunya bencana terutama banjir di daerah itu. Pada majlis pelacaran itu,

Seramai 50 sukarelawan lelaki dan perempuan yang berminat dengan kerja-kerja sukarela tanpil mendaftar diri untuk menyertai pasukan terbabit.

Menurut Mahadi, pihaknya akan mengembangkan keahlian pasukan itu kepada pemuda dan puteri Besut dalam usaha mempermudahkan kerja-kerja sukarelawan jika diperlukan pihak berkuasa.

Ketika melancarkan pasukan itu, Nawi mahu pihak swasta dan agensi kerajaan turut menyokong pasukan itu dengan menyalurkan bantuan sesuai untuk tugasan sukarelawan terbabit.

“Penubuhan sukarelawan juga diharap dapat meningkatkan lagi keupayaan menyelamat sedia ada selain yang diseiakan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Amaran ribut Sonamu tidak jejas promosi TMT 2013

Oleh: Aida Abd Rahman

Amaran Ribut Sonamu yang dijangka melanda Terengganu sebelum ini tidak menjejaskan usaha promosi dan kempen Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 yang giat diatur kerajaan negeri sejak tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pihaknya tetap meneruskan segala perancangan yang digariskan bagi menjayakan TMT serta mencapai sasaran empat juta pelancong akan ke negeri itu sepanjang tempoh tahun ini.

“Walaupun dengan hebahan dan berita mengatakan ribut berkenaan akan melanda Terengganu dan menimbulkan ketakutan ramai, kerajaan negeri tetap meneruskan segala perancangan dan apa sahaja acara yang sudah diatur selagi ia tidak menjejaskan persiapan dan perjalanannya.

“Suasana panik (amaran ribut) itu sementara. Kadang-kadang lebih baik kita melihat dari sudut positif,” katanya kepada Teganukita, di pejabat beliau, hari ini.

Datuk Abdul Rahin berkata, tempahan penginapan dan pengangkutan daripada pelancong luar yang mahu keTerengganu sejak beberapa bulan lalu juga tidak terjejas dengan amaran ribut itu.

Katanya, hanya segelintir sahaja pelancong yang membatalkan tempahan yang dibuat dalam tempoh yang singkat dan secara `ad-hoc’ berikutan bimbang terhadap ancaman itu sekiranya mereka berada di negeri ini.

Menurutnya, sebaik sahaja amaran ribut itu dilaporkan tidak akan berlaku, kebanyakan pelancong yang menangguh percutian ke negeri ini mula menukar fikiran untuk meneruskan semula percutian ke sini.


Pas dibidas isu guna nama Allah

Oleh: Suriati Ali 

 Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat membidas tindakan pemimpin Pas yang membuat kenyataan bersama kepimpinan pakatan pembangkang lain bersetuju bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut bukan Islam di negara ini.

Katanya, pemimpin Pas tidak faham bahawa perlunya realiti masyarakat setempat sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan agama Islam, khususnya dalam isu pengunaan kalimah Allah.

 “Kita tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan tanpa melihat realiti sebenar masyarakat negara ini dan tidak wajar menyamakan Malaysia dengan negara luar seperti Indonesia dan negara-negara Arab.

“Penggunaan nama Allah oleh penganut agama lain jelas menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat negara ini, selain bertentangan dengan Perlembangaan negara,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah di Dewan Orang Ramai, Kampung Maras, Kuala Terengganu, hari ini.

 Katanya, pemimpin Pas, terutama Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berani mengeluarkan kenyataan berkaitan itu kerana mempunyai pelbagai agenda tersendiri, termasuk meraih sokongan pimpinan pembangkang bukan Islam.

“Mereka tidak sedar, apa yang diputarbelitkan itu memberi kesan buruk kepada masyarakat seagama selain menimbulkan isu perkauman.

“Dalam realiti masyarakat di Malaysia hari ini, nama Allah hanya boleh digunakan untuk agama Islam saja. Kita belum pernah dengar mana-mana penganut agama lain yang memanggil tuhan mereka dengan nama Allah.

“Sekiranya terdengar, masyarakat bukan Islam menyebut nama Allah dalam perbualan, perkara itu mungkin menjadi tabiat atau kebiasaan kerana gemar bergaul dengan masyarakat Islam,” katanya.

 

Prof Dr. Yahaya yakin mampu terajui UniSZA

Oleh: Noraini Jusoh

Prof Dr. Yahaya Ibrahim yang dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkuatkuasa 1 Januari lalu yakin mampu menerajui institusi terbabit dengan lebih dinamik.

Beliau yang merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysa Terengganu (UMT) percaya, berbekalkan pengalaman berkhidmat di UMT beliau dapat membawa suatu perubahan baharu kepada UniSZA.

"UniSZA telah lama bertapak dan usaha melakukan tranformasi bukan perkara yang mudah tanpa kerjasama semua pihak.

"Buat permulaan, saya akan berbincang dengan mereka yang terlibat bagi mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mengenalpasti peluang yang boleh diterokai bagi memperkukuh imej universiti ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada sidang media selepas selesai majlis makan malam sempena menghargai jasa beliau kepada warga UMT yang dianjurkan universiti terbabit, di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, malam tadi.

Katanya, apa yang berjaya beliau laksanakan di UMT akan dibawa ke UniSZA bagi menjayakan misi menjadikan UniSZA sebagai insitusi pendidikan terulung di negara ini.

"Pihak UMT juga telah membuka ruang untuk kita wujudkan kerjasama dan pihak kami akan gunakan ruang dan peluang yang diberi secara optimum,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan hubungan dua hala itu terus berkekalan dan warga UniSZA dapat memberikan kerjasama kepadanya dalam memastikan hala tuju universiti itu bergerak lancar dan seiring dengan matlamat kerajaan dalam memperkasa pendidikan negara.

 

Bantuan pakaian sekolah mampu ringan beban penerima

Oleh: Suriati Ali

 “Wang bantuan pakaian sekolah yang diterima ini cukup besar bagi saya dan suami kerana mampu meringankan beban, selain dapat menunaikan hajat anak kami.

 “Anak sulung dan kedua sudah lama berhajat untuk mengenakan pakaian baru bagi sesi persekolahan 2013, tetapi saya terpaksa tagguhkan dahulu untuk membelinya kerana kekurangan wang,” kata Mazlina Sapihi dari Kampung Bukit Chempaka, Batu Rakit, Kuala Terengganu.

 Dia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah di Dewan Orang Ramai, Kampung Maras, Kuala Terengganu, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit.

Seramai 2,773 penerima membabitkan perutukan RM2,773 hadir menerima bantuan pakaian sekolah untuk anak masing-masing.

 Setiap keluarga hanya layak menerima RM100 atau RM200 saja iaitu masing-masing RM100 bagi pelajar sekolah menengah dan RM100 sekolah rendah.

 Puan Mazlina turut memberitahu, wang yang ada terpaksa digunakan untuk daktar anak ketiga masuk tadika dan beli pelbagai kelengkapan lain termasuk baju, beg sekolah.

 “Tiba cuti minggu nanti, saya akan tunaikan hajat anak kami itu untuk beli pakaian seragam, kasut dan beg sekolah baru walaupun rakan sebaya sudah lama memilkinya,” katanya.

 

Terima pandangan tambah baik perkhidmatan awam : SUK

Oleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan negeri bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan pelbagai pihak bagi menambah baik sistem perkhidmatan awam negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

 “Kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan semua pihak bagi tujuan menambah baik sistem perkhidmatan dan juga pentadbiran negeri.

“Penambahbaikan itu juga seiring dengan perubahan sikap semua penjawat awam negeri ini supaya akhirnya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.

Dato’ Haji Mazlan berkata, semua penjawat awam juga harus menanam tekad baru di tahun 2013 yang baru bermula ini untuk membuang sikap yang boleh menjejaskan integriti, nilai dan etika kerja masing-masing.

Katanya, dalam usaha menambahbaik prestasi dan kecemerlangan bidang tugas, semua itu perlu didasari dengan aspek kemanusian yang mampu melengkapi kehidupan dan juga persekitaran walau di mana sahaja menjalankan tugas.

Beliau berkata, bagi mencapai tahap perkhidmatan awam yang bertaraf dunia, semua penjawat awam juga harus menyerapkan diri dengan ciri dinamik dan progresif serta tidak berada di takuk lama.