Halaman

02 May 2014

Pemuda UMNO Malaysia anjur Forum mengenai Hudud/ Sekitar Jambori Orang Muda Besut.

Khairy bersama Zaihan (kiri), Mahadi, Johari, Pehimi dan Iskandar ketika melancarkan Jambori Orang Muda di Kota Putera, hari ini.
Oleh: Aminudin Ismail. 

PEMUDA Umno Malaysia akan menganjurkan satu forum bagi memperjelaskan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dua minggu akan datang.

 Ketua Pergerakannya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sendiri akan menjemput beberapa tokoh agama dan pakar undang-undang dalam forum itu nanti.

“Pemuda UMNO sebagaimana pandangan daripada UMNO sendiri, kita terima dan kita tidak menolak hukum hudud sebagai hukum Allah.

“Kita hanya melihat dari sudut pelaksanaannya, justeru pemuda UMNO kita akan mengadakan satu forum dalam masa yang terdekat.

Khairy berjenaka dengan seorang penerima hadiah.
“Saya sendiri akan jemput beberapa tokoh agama untuk memberi pandangan dan juga pakar undang-undang syariah dan juga undang-undang perlembagaan supaya kita dapat pandangan yang lebih jelas dari sudut pelaksanaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jambori Orang Muda Besut, Di Kota Putera, Besut, hari ini.

Khairy berkata, pihaknya akan menganjurkan forum itu dalam masa dua minggu lagi selepas beliau baru sahaja berbincang dengan beberapa tokoh termasuk Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis dan beberapa tokoh lain.

Dalam pada itu, pada sidang medianya itu juga, Khairy mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kekacauan ketika perhimpunan membantah GST di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Putera, Mahadi Musa, Adun Jertih, Mohd Pehimi Yusof,, Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Ketua Pergerakan Pemuda Terengganu, Johari Abu Bakar.

Sementara itu, pelbagai aktiviti diadakan sempena Jambori Orang Muda Besut yang diadakan itu, antaranya ialah pertunjukan silat, permainan wau, pertunjukan pemotoran, pertandingan bola jaring, pertandingan bola sepak dan cabutan nombor bertuah.
Meriah..antara pengunjung yang hadir.

Doa memulakan majlis.

Pameran pemotoran.

Khairy bersama dua bakal pendaki Everest dari Besut.

Tangkas..persembahan silat.

Pengunjung turut merakam gambar.
Tertarik...Khairy melihat persembahan silat.

Peserta bermotor yang mengiringi Khairy.
Pemenang cabutan bertuah menerima hadiah.


 

01 May 2014

Alif juara memancing Kampung Sekati.

MENANG...Pengarah Pejabat Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasioanal Daerah Kuala Terengganu, Burhanuddin Daud menyampaikan hadiah kepada juara Pertandingan Memancing Kampung Sekati, yang diadakan di tali air kampung itu, baru-baru ini.

Pertandingan yang disertai 120 peserta itu adalah anjuran bersama KRT, Gerakan Belia 4B, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK)  dan  UMNO Cawangan Sekati.

Pemenang pertama pertandingan yang menawarkan hadiah peti televisyen, kipas dan blander itu ialah Muhammad Alif Razali yang berjaya menaikan ikan belukur seberat 82 gram, kedua Syed Amiruddin Syed Ahmad dan ketiga Muhammad Nadwi Iqbal.- Aminudin Ismail


30 April 2014

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam- Besut juara.

Sebahagian kadet yang menyertai perbarisan.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI kira-kira 250 Kadet Pertahanan Awam negeri ini berjaya menamatkan perkhemahan selama empat hari di sebuah resort di Setiu, hari ini.

Perasmian penutup perkhemahan itu dilakukan oleh Pengarah Jabatan Pertahanan Awan (JPAM) Terengganu, Lt. Kol (PA) Che Adam A, Rahman.

Sepanjang empat hari perkhemahan itu, anggota kadet itu didedahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya ialah Kawad Kaki, Menyelamat, Melawan Kebakaran dan Pertolongan Cemas.

Che Adam menyampaikan sijil penyertaan.
Che Adam, dalam ucapannya berkata objektif penubuhan Kadet Pertahanan Awam itu adalah untuk memberi kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran, menyelamat yang boleh diguna pakai oleh pelajar.

"Selain memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama ataupun fahaman.

"Antara lain ia juga bertujuan untuk menanam semangat kerjasama diantara pasukan, semangat patriotisma dan semangat cintakan negara," katanya.

Turut hadir ialah Mohd Nazri Ismail, Penyelia Ko-kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri yang mewakili Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Pegawai JPAM Daerah dan pengetua-pengetua beberapa sekolah menengah.

Dalam pada itu, Kadet Pertahanan Awam Daerah Besut sekali lagi menjadi juara keseluruhan pertandingan pada perkhemahan tahun ini selepas menang pada tahun lalu manakala tempat kedua ialah Daerah Setiu.
Doa memulakan majlis.

Che Adam memeriksa perbarisan.

tabik hormat dari Pengarah JPAM negeri.
Tetamu jemputan yang hadir.


Ketua kontinjen menerima sijil penyertaan.

Nazri Ismail menyampaikan hadiah pemenang aktiviti.

Kadet menerima hadiah.

Tetamu jemputan khas yang hadir



Sedia...Kadet Pertahanan Awam dalam perbarisan.

 

29 April 2014

Peniaga pasar Chabang Tiga berpindah ke pasar baru

Oleh; Esah Abdullah

 Seramai 284 peniaga di Pasar Chabang Tiga Kuala Terengganu akan mula berpindah ke pasar yang baharu mulai 4 Mei ini.

 Pasar baharu yang jaraknya kira-kira 200 meter daripada pasar sedia ada itu dibina atas Sungai Hiliran dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk ruang niaga yang lebih selesa dan tersusun.

Selain itu lebih 200 tempat letak kereta juga disediakan untuk kemudahan pengunjung yang sebelum ini menghadapi masalah apabila berkunjung ke pasar tersebut.

Pengarah Jabatan Perkhidmaatan Perbandaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Encik Ghani Idris berkata, sebanyak 298 lot ruang niaga disediakan di kawasan seluas 4,800 meter persegi itu.

"Projek yang mula dibina pada Jun 2010 itu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM15 juta dalam usaha memberi keselesaan kepada peniaga dan pengguna," katanya dalam sidang media di pejabat MBKT Kuala Terengganu petang semalam.

Menurut beliau, walaupun peniaga berpindah ke tapak pasar baharu, pihak MBKT masih mengekalkan kadar sewaaan yang rendah antara RM30 hingga RM60 sebulan kecuali petak sayur pemborong RM5 sehari.

Malah katanya, konsep pembinaan dan penyusunan ruang niaga juga dipersetujui hasil perbincangan dengan persatuan peniaga di pasar berkenaan.

Beliau berkata, projek pembinaan pasar baharu itu merupakan sebahagian daripada pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan melibatkan keseluruhan kawasan 14,600 meter persegi.

``Selain pasar baharu di kawasan tersebut turut dibangunkan unit-unit rumah kedai oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri dengan sebuah syarikat,'' katanya.
 

28 April 2014

Sekitar Pemberian Dana Raya 2013 Dun Tepoh, hari ini.

KIRA-KIRA tiga ribu penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh menerima Wang Dana Hari Raya 2013 berjumlah RM300 dan RM200 tiap seorang yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.

Pelbagai aksi penerima wang dana itu sempat dirakam jurugambar pelatih Teganukita, Nur Eziera Parahana Aziz untuk tatapan pembaca blog Teganukita serta mengambarkan kegembiraan penduduk Dun Tepoh atas keperihatan Menteri Besar untuk memberi sumbangan dana itu walaupun kawasan itu dimenangi pembangkang pada Pilihanraya Umun lalu.

Majlis perasmian pemberian dana itu dilakukan oleh Timbalan Pengarah UKOM, Ruslan Abdul Rahman yang mewakili Pegawai Khas Menteri Besar.- Aminudin.
Seorang wargaemas terima RM200.

Fatah Husin (ADO K.Trg) menyampaikan dana.
Terima Kasih kerajaan BN.

Zaiful Zaman..."tak sangka dapat."
Ahmad Fadillah (OKU)...bersyukur.

Putih Taib, 85, turut dapat dana.
Hasma Wati Salleh...kerajaan perihatin.

Warga emas beratur mendapatkan dana raya.
Antara yang hadir menerima wang dana raya.

Sebahagian penduduk mendengar ucapan perasmian.-

Ruslan bersalaman dengan penduduk Dun Tepoh.-Aminudin.



GAMBAR BOLEH MENCERITAKAN SEGALA...

KAWASAN BN TEWAS TETAP TERIMA DANA RAYA 2013 - RM1.3 Juta untuk DUN Tepoh.

Oleh: Aminudin Ismail.
Gambar-gambar oleh: Nana
Ruslan..sokong BN.

Seramai kira-kira 5,500 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh, Parlimen Kuala Nerus sudahpun menerima Wang Dana Raya 2013 yang membabitkan peruntukan berjumlah 1.4 juta.

Peruntukan besar itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional  (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said tidak pernah meminggirkan kawasan yang tewas malah rata-rata penerima yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Ahmad Said atas sumbangan dana raya itu.

Hari ini seramai 2,048 menerima wang dana itu dengan peruntukan berjumlah  melebihi RM520 ribu yang diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak. Sebelumnya seramai 3 000 lebih telah menerima bantuan berkenaan berjumlah RM820 ribu menjadikan keseluruhannya melebih RM1.3juta.

Seorang penerima, Saiful Zaman Ismail, 26, berkata beliau amat bangga dengan keprihatinan kerajaan BN yang menyalurkan bantuan dana raya itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat tentang masalah rakyat, termasuk di kawasan yang dimenangi pembangkang.
Mesra..Roslan bertanyakan sesuatu kepada penerima.

"Saya rasa terkejut juga kerana tidak sangka kawasan Tepoh ini juga mendapat wang dana raya walaupun kawasan ini dimenangi pembangkang. Keperihatinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said tetap menyalurkan sumbangan ini menunjukan beliau yang pemimpin yang begitu cakna kepada rakyat, saya amat berterima kasih kepada beliau," katanya.

Seorang OKU, Ahmad Fadillah Mohamad, 35, dari Wakaf Tengah berkata beliau menganggap tindakan Menteri Besar yang tidak meminggirkan pemberian Wang Dana Raya itu kepada penduduk DUN Tepoh menunjukkan beliau seorang yang mengambil cakna terhadap semua penduduk di negeri ini.

"Saya amat bersyukur hari ini kerana dapat jugak wang dana raya ini. Walaupun lewat sikit tetapi ini membuktikan kerajaan BN menunaikan janjinya dan saya begitu berterima kasih kepada kerajaan BN terutamanya Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said," katanya.

Seorang wargaemas, Putih Taib dari Mengabang Telong juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana perihatin dengan golongan berpendapatan rendah.

"Terima kasihlah Dato' Ahmad Said kerana bagi duit raya ini, ingat dah tak dapat tapi akhirnya dapat juga. Sumbangan ini amat bermakna bagi saya dan akan mengunakan duit ini untuk membeli barang dapur," katanya.

Majlis perasmian dilakukan oleh Timbalan Pengarah Unit Kominikasi Negeri (UKOM) Terengganu, Ruslan Abdul Rahman mewakili Pegawai Khas Menteri Besar dan Pejabat Menteri Besar.

Turut hadir ialah Penolong Pagawai Daerah Kuala Terengganu, Fatah Husin dan Penghulu Kanan Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Wan Sulaiman Wan Ahamad.

Dalam ucapannya, Ruslan mahu penduduk Tepoh kembali memilih BN dalam pilihan raya akan datang supaya agenda pembangunan di kawasan Dun itu dapat diteruskan dengan lebih banyak lagi di samping memperkukuhkan kedudukan kerusi BN dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.

"Saya mengharapkan penduduk di Dun Tepoh ini kembali menilai semula apa yang dilakukan PAS sejak parti itu mentadbir dengan DUN Tepoh sejak setahun lalu berbanding dengan apa sudah dilakukan oleh BN sebelumnya,' ujarnya.

"Demi untuk pembangunan dan kesejahteraan penduduk di DUN ini saya merayu kepada semua supaya memilih BN pada pilihanraya akan datang".
Seorang penduduk menerima dana raya.

"Terima kasih kepada BN kerana menyalurkan bantuan ini, saya gembira kerana Dato' Seri Ahmad Said tetap memberi wang dana ini kepada penduduk Dun Tepoh, membuktikan beliau sememangnya seorang mengambil berat kepada rakyat di mana sahaja berada.





27 April 2014

KSU rasmi Tadika Pulau Redang.

MESRA..Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah dan Kemas Malaysia (KKLBW), Datuk Seri Ibrahim Muhamad (duduk) melihat aksi beberapa murid Tadika Pulau Redang, sambil diperhati ADUN  Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman ketika beliau melawat kelas selepas merasmikan tadika itu, di Pulau Redang, semalam.

Tadika yang bernilai RM350 ribu itu siap kira-kira tiga lalu dan kini mempunyai 20 murid berusia lima dan enam tahun.

"Dengan adanya bangunan sendiri ini, murid-murid tadika dapat belajar dengan lebih selesa dan saya mengucapkan terima kasih kapada KKLBW kerana menyediakan tadika ini untuk memberi banyak kemudahan pembelajaran kepada kanak-kanak tadika di Pulau Redang ini," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Datuk Hassan Mohd Amin, Ketua Pengarah Kemas dan Pengarah Kemas Negeri Terengganu.- Aminudin Ismail.
Ibrahim menyampai sumbangan kepada kanak-kanak.

Hassan dan Bazlan memerhati Ibrahim tandatangan buku lawatan.

Ibrahim menandatangi papantanda perasmian.