Halaman

05 July 2014

SERIKANDI anjur Tadarus di Seri Iman.

KENANGAN...Ahli dan jawatankuasa Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) bergambar kenangan bersama isteri Menteri Terengganu, To' Puan Halina Zakaria (8 dari kiri) selepas selesai majlis tadarus Al Quran dan berzanji yang diadakan di Seri Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.

Dr.Norazita menyampaikan ceramah.
Seramai kira-kira 100 ahli Serikandi dari seluruh negeri hadir menjayakan program bagi mengimarahkan bulan Ramadan itu manakala ceramah agama pula disampaikan oleh Dr. Norazita Omar, seorang pensyarah dari UNISZA.

"Terima kasih kepada semua ahli Serikandi yang hadir pada hari itu, juga kepada isteri  MB, To' Puan Halina kerana mengadakan program itu di Seri Iman serta kepada Dr. Norazita yang memberi ceramah yang begitu berkesan kepada hadirin pada hari itu," kata seorang ahli Serikandi kepada ketika menghubungi Teganukita.-aminudin. 
Sebahagian ahli Serikandi yang hadir.

 

04 July 2014

300 berbuka di kediaman Mohd Jidin di Setiu.

Sebahagian penduduk yang hadir untuk berbuka puasa.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI lebih 300 penduduk dan jemputan khas hadir pada majlis berbuka puasa anjuran pejabat DUN Permaisuri yang diadakan di kediaman Ahli Dewan Undangan (Adun)  kawasan itu, Dato' Mohd Jidin Shafee, di Kampung Banggol, Permaisuri, hari ini.

Majlis yang menjadi acara tahunan setiap kali bulan Ramadan itu turut diadakan acara penyampaian wang saguhati untuk golongan warga emas bersempena bulan puasa ini.

Isteri Zulkifly menyampaikan sumbangan.
"Seramai 150 wargaemas menerima sejumlah wang sumbangan yang disampaikan oleh Dato' Mohd Jidin dan Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh serta isteri. Mereka ini dipilih dua orang setiap kampung mengikut kelayakan," kata seorang AJK Pemuda UMNO Setiu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Adun Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman yang berbuka bersama-sama penduduk dan beberapa ketua jabatan kerajaan.
Bazlan (kanan) berbuka bersama jemputan.
Jemputan mengaminkan doa sebelum berbuka.
Suasana sebelum majlis berbuka puasa.

 

Redang Mutiara Indah dan Selesa.

Pandangan dari lautan suasana sekitar RMBR.
Oleh: Aminudin Ismail.

PULAU Redang yang terletak di daerah Setiu sememangnya sebuah pulau yang indah dan mempesonakan dengan mempunyai beberapa buah pulau lain yang berhampiran, Pulau Redang memang wajar diberi pengiktirafan sebagai Pulau ke tiga antara yang tercantik di dunia.

Di sebalik keindahan dan kedamaian Pulau Redang itu, terdapat sebuah resort yang bertaraf sederhana yang sering menjadi tumpuan ramai kerana kedudukanya yang berhampiran pantai dan di kelilingi beberapa buah pulau.

Redang Mutiara Beach Resort (RMBR)yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari jeti utama Pulau Redang melalui jalan laut itu, juga mempunyai jeti sendiri yang membolehkan pelancong terus singgah di depan resort itu apabila mereka mahu menginap di situ.

Penginapan RMBR.
Hamparan pasir yang halus dan putih, berlatarbelakangkan bukit dan kawasan hutan semulajadi, RMBR sesuai untuk pengunjung untuk mandi manda kerana pantainya yang tidak dalam dan ombak yang  tidak besar.

Menurut Pengurus Operasinya, Mohd Khairul Azizie Mohamad, RMBR mempunyai 40 buah bilik termasuk enam banglo dan lapan bilik deluxe serta sembilan bilik baru yang akan beroperasi tidak lama lagi.

“Harga pakej bergantung kepada penginap yang tinggal di bilik manakala pada musim cuti persekolahan, cuti kelepasan am, harganya akan meningkat sedikit,” katanya mengenai resort yang buka pada Mac 1999 itu.

Mohd Khairul berkata, RMBR menagadakan beberapa kemudahan, antaranya ialah mengunjungi beberapa pulau berhampiran, ‘snorkling’, berenang di tepi pantai, melawat Taman Laut, BBQ dan beberapa aktiviti lain.

Antara aktiviti rekreasi RMBR.
“Kebanyakan penginap adalah pelancong tempatan yang datang bersama keluarga masing-masing ataupun berkumpulan seperti sekolah dan jabatan swasta serta kerajaan. Kita juga mempunyai dewan seminar yang boleh memuatkan kira-kira 30 peserta,” katanya.

Mohd Khairul berkata, terdapat juga pelancong asing datang ke resortnya, antaranya ialah dari negara barat, China, Korea dan Jepun serta dari beberapa negara Arab.

“Kebanyakan resort dan chalet di Pulau Redang ini mula dibuka pada awal Mac selepas ditutup kerana musim tengkujuh dan jumlah pelancong akan bertambah bermula bulan April hingga September,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan RMBR, Zainab Kadir berkata, kebanyakan pengunjung yang datang ke RMBR akan kembali datang untuk menginap di resort itu jika mereka kembali semula kerana berpuashati dengan layanan dan bayaran yang dikenakan berpatutan.
Bilik yang ringkas dan selesa.
Pemandangan indah 'sunrise' di RMBR.

 

03 July 2014

Bazlan dan TATIUC rai 150 anak yatim.

Bazlan dan isteri menyampaikan sumbangan Ramadan kepada anak yatim.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 150 anak yatim dirai dalam Majlis Berbuka Puasa TATIUC dengan Masyarakat dan anak-anak yatim DUN Batu Rakit  bersama Bazlan Abdul Rahman (Pengerusi Tatiuc) yang diadakan di sebuah resort di Setiu, hari ini.

Selain Adun Batu Rakit itu, majlis turut dihadiri oleh Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee, Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh, Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan Rektor TATIUC, Dr. Zunaidi Ibrahim.

YB Bazlan berbual mesra dengan anak yatim.
Selain dihidangkan dengan juadah berbuka puasa, anak-anak yatim itu diberi sumbangan sejumlah wang oleh Bazlan dan isteri manakala Zulkifly pula menyampaikan sumbangan peruntukan kepada setiap JKKK di Dun Batu Rakit.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua hadir pada hari ini dan program ini amat bermakna kepada anak-anak yatim yang dijemput khas hari ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada TATIUC dan Pejabat DUN Batu Rakit kerana menganjurkan program ini," kata Bazlan.






Mohd Jidin turut hadir memenuhi jemputan.
Zulkifly menyampaikan sumbangan cek kepada seorang JKKK.
Antara staf Tatiuc yang hadir.

Antara jemputan yang hadir.

Anak yatim sedang mencedok makanan.
Ketua Biro Utusan (kanan) bersama wartawan yang hadir.

Pegawai media Tatiuc bersama isteri Bazlan (kiri).

 

'Bikers' Besut berbakti di rumah PPRT.

'Bikers' bergambar kenangan bersama penduduk.
Oleh: Mohammad Ishak.

RAMADAN memberi banyak keinsafan kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan harian selain menjalankan aktiviti yang dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Selain beribadah di masjid dan surau ada pihak yang melakukan kerja kebajikan dengan membantu golongan miskin dan mereka yang menghadapi kesulitan hidup.

Kelab Bikers Besut (KBB) tidak ketinggalan menawarkan khidmat sukarela kepada penduduk setempat dengan berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, kelmarin.

Penduduk pilih pakaian
Mereka mengadakan kerja gotong royong membaiki rumah yang uzur serta membersih kawasan persekitaran yang didapati kotor dan tidak terurus.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lay Out Tok Saboh, Rasid Jusoh berkata, pihaknya bangga menerima kunjungan sekumpulan 30 ahli kelab berkenaan untuk mengadakan khidmat sukarela sempena Ramadan.

Katanya, sempena kehadiran ahli kelab berkenaan ke PPRT terbabit mereka juga turut membawa bersama bekalan makanan dan pakaian terpakai untuk diagihkan kepada penghuni di perumahan terbabit.

Beliau berkata, penduduk amat gembira dan mengambil sendiri pakaian terpakai yang dibawa oleh ahli kelab untuk dijadikan pakaian oleh keluarga masing-masing.

Malah,katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Besut turut memberi sokongan dengan menghantar beberapa pegawai untuk mengadakan kaunseling bersama penduduk yang menghadapi masalah.
Rashid berharap, lebih banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain mencontohi kelab berkenaan mengadakan aktiviti kemasyarakatan sepanjang Ramadan tahun ini dengan tumpuan ke rumah orang miskin dan OKU.

 

Azizi gigih usaha kedai telefon bimbit.

Azizi bergambar di dalam kedainya di Shahbandar.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEKALIPUN terpaksa bersaing dengan kedai alat telekomunikasi lain yang banyak sekitar Bandar Kuala Terengganu ini, namun berkat kegigihannya dalam perniagaan itu, kedai telefon Syahril Azizi Omar yang terletak berhampiran Shahbandar tetap menjadi tumpuan ramai.

Memulakan perniagaan itu hampir 15 tahun lalu, Azizi yang dahulunya berniaga berhampiran Flat Kolam berpindah ke Syahbandar kira-kira lapan tahun lalu dan kini kedainya mempunyai pelbagai kemudahan alat telekomunikasi.

Perkhidmtan yang baik serta selain dilengkapi pilihan pelbagai aksesori yang menepati citarasa pelanggan serta jaminan kualiti antara yang punca daya terikan pelanggan untuk berkunjung ke kadainya.

“Persaingan bukanlah bermakna kita perlu mengalah untuk meneruskan perniagaan tetapi sebaliknya ia memberi saya samangat untuk berniaga dengan lebih gigih dan baik lagi supaya ramai akan memilih kedai saya untuk membeli barang telefon bimbit ini,” katanya yang berasal daripada Chendering itu.

Sedang melayani seorang pelanggan.
Kedainya yang dibantu dua pekerja itu mula beroperasi kira-kira jam 9 pagi dan tutup pada 10 malam bagi membolehkan mereka yang bekerja datang kedainya selepas waktu bekerja.

“Selain orang muda, kakitangan kerajaan dan swasta juga adalah pelanggan saya dan Alhamdulillah setakat ini sambutanya amat mengalakan kerana saya menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan tanpa memikirkan keuntungan yang lebih,” katanya.

Menurut Syahril, 39, beliau akan terus menjadikan kedai telefonnya sebagai sebuah kedai alat telekomunisi yang menjadi tumpuan ramai di Bandar Kuala Terengganu kerana itulah beliau akan mempastikan barangan di kedainya lengkap dan perkhidmatan yang memuaskan.

“Yang penting barangan yang dijual itu berkualiti dan terkini supaya pelanggan akan berpuashati apabila membelinya,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar , Dato’ Ahmad Razif kerana mahu mengkaji semula dan menangguh kenaikan cukai pintu di Bandar Kuala Terengganu.

 

02 July 2014

MENTERI BESAR SARANKAN PUSAT TAHFIZ DI FELDA BELARA DAN BERSETUJU DIBINA MASJID BARU


Di mana sahaja ada kesempatan dan ruang Menteri Besar Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman akan hadir menemui penduduk dan jemaah di masjid dan surau.



Dua hari lepas, beliau dan isteri To’ Puan Halina Zakaria hadir menunaikan solat sunat terawih bersama-sama dengan penduduk di Felda Belara.

Kebetulan Belara terletak dalam Parlimen Kuala Nerus dan Dato’ Hj Ahmad Razif adalah ketua Umno Bahagian. Turut sama mengiringi beliau Timbalan Ketua Bahagian yang juga Pegawai Pembangunan Kuala Nerus,  Dato’ Basir Ismail.

Pemimpin veteran Felda Haji Abdul Rashid yang amat menngenali  Ahmad Razif  teramat gembira dan terharu di atas kesudian pemimpin nombor satu negeri itu datang berterawih di Masjid Felda Belara.
Sebaik selepas menunaikan solat terawih, Dato’ Hj Ahmad Razif dijemput untuk menyampaikan ucapan kepada makmum.

Dato’ Ahmad Razif menyarankan agar pusat tahfiz al Quran  diwujudkan di Felda Belara untuk memberi peluang kepada anak anak muda mempelajari al Quran dan sekaligus memahaminya bagi mewujudkan masyarakat Quranik.

Beliau juga bersetuju untuk membina masjid baru di rancangan felda berkenaan sesuai dengan kedudukannya sebagai felda dalam Bandaraya Kuala Terengganu dengan sebahagian kosnya ditanggung oleh pihak Felda dan selebihnya oleh Kerajaan Negeri.

Dato’ Hj Ahmad Razif dan isteri kemudiannya menikmati hidangan ‘moreh’ bersama-sama jemaah masjid tersebut iaitu kuih tradisional, ‘onde-onde’ dan ‘lepat tikam”.







PERPADUAN ADALAH PERKARA YANG PALING PENTING, PERLU DAN UTAMA- KATA AHMAD RAZIF

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

“Dalam apa jua kajian dan perbincangan para pemikir, akhirnya perkara yang paling penting ditemui ialah perpaduan, maka perpaduan adalah perkara yang perlu diutamakan,” kata Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman.

Oleh itu katanya, beliau memulakan amanah sebagai Menteri Besar Terengganu dengan mengutamakankan perpaduan dan akan terus berusaha mewujudkan suasana itu di dalam kerajaan dan di setiap bahagian atau Parlimen di negeri ini.

“Biarlah segala masalah sebelum ini dapat diselesaikan sebab kita tidak boleh meminggirkan sesiapa bagi mewujudkan perpaduan dan ketua-ketua Umno Bahagian adalah tunggak  utama parti,” katanya.

Manakala kerajaan yang terbentuk kehadiran beliau bersama barisan pimpinan dalam kerajaan sebenarnya adalah disebabkan oleh kejayaan dan kemenangan parti dalam pilihan raya, tegasnya.

“Oleh itu tidak dapat tidak, kita mesti memperkukuh dan memperkuatkan parti kita, sekaligus memperkuatkan kerajaan kita yang terbentuk dari kejayaan parti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di seluruh Bahagian Negeri Terengganu di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman Kuala Teregganu semalam.

Katanya, sebagai Menteri Besar ke 14 beliau selepas ini akan berdepan dengan Pilihanraya Umum (PRU) ke 14 amat mengharapkan kerjasama dan sokongan semua bagi memastikan Barisan Nasional (BN) Terengganu menang dengan lebih selesa dan bukannya dengan kedudukan kerusi  sekarang 17-15.

Di samping mengucapkan penghargaan dan terima kasih kesemua pimpinan bahagian dan petugas parti, Dato’ Hj Ahmad Razif mahu melihat ‘perpaduan’ terus diutamakan di bahagian-bahagian dan Dewan Undangan Negeri (DUN)  bagi menjamin kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang itu.







01 July 2014

Bekerja bersama saya- Pengarah APMT

BINCANG…Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (AMPT) Omar Adam (kanan) berbincang sesuatu dengan Ketua Unit, Unit Komunikasi (UKOM) negeri, Ruslan Abdul Rahman ketika beliau hadir pada pertemuan dengan jawatankuasa Program Iftar Ramadan UKOM 2014, di pejabat UKOM, Jalan Pejabat, hari ini.

Omar, 41, yang mula memegang jawatan Pengarah AMPT hampir sebulan lalu mahu semua kakitangan APMT dan UKOM bekerja bersama-samanya untuk mempastikan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman berjalan baik dan lancar.

Omar bersama Ruslan dan Mohd Razif (tiga dari kanan)
Katanya, sebagai orang baru, beliau amat memerlukan kerjasama itu dari semua pihak dan beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dengan melakukan beberapa tranformasi untuk kebaikan bersama dalam melancarkan perjalanan APMT dan UKOM.

Omar juga menekankan soal ketulusan waktu bekerja dan mendahulukan soal-soal keagamaan dalam menjalankan tugas supaya setiap kerja yang dilakukan akan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Dalam ucapannya itu juga, beliau akan meneliti semula soal tugasan kakitangan APMT di peringkat DUN supaya mereka boleh memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan membangunkan rakyat di negeri ini dan merapatkan hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, walaupun sibuk dengan tugas lain, Omar berkata, beliau akan cuba meluangkan masa untuk datang ke pejabat UKOM bagi bertemu dengan pegawai dan kakitangan unit itu.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Mohd Razif Abdul Majid ,wakil dari Parlimen Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.-aminudin.
Omar mendengar pandangan seorang kakitangan UKOM.

 

30 June 2014

JKKK Gong Lingai, Batu Rakit buat sumbangan Ramadan.

AMAL RAMADAN...Seorang penduduk Kampung Gong Lingai, Batu Rakit gembira menerima beberapa keperluan dapur daripada ADUN kawasan itu, Bazlan Abdul Rahman sebagai persiapan menghadapi Ramadan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Dewan Serbaguna kampung itu, baru-baru ini. 

Beberapa penduduk yang berpendapatan kecil dari kampung itu menerima sumbangan yang disediakan oleh JKKK Kampung Gong Lingai itu dan Bazlan mengucapkan tahniah serta syabas atas komitmen JKKK itu yang begitu cakna dengan penduduk dengan mengadakan pelbagai aktiviti.

Ketika berkunjung ke kampung itu, Bazlan juga sempat melawat kawasn penanaman pokok serai dan beliau sempat menanam beberapa pokok tanaman itu sebidang tanah yang diusahakan oleh penduduk kampung terbabit.- aminudin.