Halaman

15 June 2019

Kerajaan Negeri Majukan Sekolah DAR

KEMAMAN, 15 Jun - Kerajaan negeri akan mencari jalan bagi membantu Sekolah Rendah Islam (DAR) di Terengganu supaya teras dan visi yang dipegang guru-guru DAR akan terus kukuh dan berkembang.


Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersedia membantu guru-guru dari pelbagai segi termasuk meningkatkan latihan, pembelajaran dan sebagainya.

13 June 2019

Kerajaan Negeri Biayai Ibu Bapa Pelajar Kritikal Ke Mesir

KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan RM10,000 bagi kos penerbangan dan penginapan kedua ibu bapa Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri yang sedang kritikal di Hospital Safarat, Mesir.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata kedua ibu bapa kepada pelajar Universiti Al Azhar akan melawat anak mereka dengan pembiayaan daripada kerajaan Terengganu.

Katanya lagi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim akan menemani ibu bapa pelajar tersebut ke Mesir bagi melancarkan lagi urusan berkaitan.


"Bantuan susulan akan diberi mengikut keperluan semasa keluarga pelajar tersebut.

"Kita berharap beliau akan segera sembuh seperti biasa," katanya.

Terdahulu kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf yang berasal Kampung Bukit Perah, Ajil mula tular di media sosial kerana rayuan derma kilat apabila keluarganya memerlukan lebih RM40,000 untuk membiayai kos pembedahan Mohd Fahmi setelah dia tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala.

Sementara itu, ibu Mohd Fahmi, Norhayati Jusoh, 51, berkata anak sulung dari empat beradik itu ada mengadu sakit kepala melalui perbualan di aplikasi Whatsapp.

"Saya tidak sangka kesihatannya semakin teruk sebegini dan dimaklumkan Mohd Fahmi masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan.

"Saya mengharapkan doa dari semua pihak agar anak saya diberi kesembuhan secepat mungkin," katanya yang kini sedang membuat persiapan untuk ke Mesir.

Pelajar Tahun Tiga Jurusan Syariah Islamiah di universiti itu dikejarkan ke hospital tersebut pada pukul 2.07 pagi semalam (8.07 pagi waktu Malaysia).

Dengan persetujuan dari pihak bapa Fahmi, pihak AZHAR CARE telah menawarkan penggunaan Acc dibawah seliaan NGO Azhar Care. Untuk makluman Azhar Care adalah dibawah pengurusan bekas student Mesir iaitu Ustaz Alif Mahari dan team.

Jadi buat masa sekarang, sebarang sumbangan dana untuk membiayai perubatan Mohammad Fahmi diminta untuk disalurkan ke akaun di bawah seliaan Azhar Care.

Maklumatnya sperti berikut :

MAYBANK

Penama : AL AZHAR CARE

Jenis akaun : Semasa

No Akaun : 563028620997

Ref : Perubatan Fahmi