Halaman

26 June 2014

Sekitar Mesyuarat Perwakilan LPP Setiu/ Usah tukar syarat tanah- Mohd Jidin.

Mohd Jidin menyampaikan surat penghargaan kepada Pengurus PPK Setiu,  turut bersama Shamsuddin (kanan) dan  Abdul Halim (kiri).
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 140 perwakilan hadir untuk memilih jawatankuasa baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Setiu yang diadakan di Dewan Majlis Daerah, Sungai Tarom, hari ini.

Majlis perasmian majlis itu dilakukan oleh Dato' Mohd Jidin Shafee, Adun Permaisuri yang juga Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Dalam ucapanya, Mohd Jidin berkata, kerajaan akan mengemaskinikan bebeberapa kawasan jalapang padi Setiu termasuklah Permaisuri dan Jelapang bagi mempertingkatkan pengeluaran.

Antara perwakilan yang hadir.
"Kepada yang mahu menukar syarat (tanah pertanian) kerajaan membuat keputusan tidak meluluskan permohonan kerana ini untuk membantu (penambahan pengeluaran padi) melainkan kepada mereka yang sudahpun menambun tanah untuk mendirikan bangunan," katanya.

Mohd Jidin juga mahu petani khususnya ahli PPK supaya bersungguh-sungguh mengusahakan setiap projek pertanian dan tidak hanya melakukan untuk sementara waktu sahaja.

Katanya, petani juga perlu menjadikan pertanian untuk menaikkan taraf hidup mereka kepada kehidupan yang lebih baik dan berpendapatan tinggi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu, Shamsuddin Mat Rani, Dato' Abdul Halim Awang, wakil kepada Pengerusi LPP Negeri, Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Penolong Pegawai Daerah Setiu dan Ahli Jemaah Pengarah PPK Setiu.

Peserta melawat gerai pamiran.
Pemenang cabutan bertuah.

Penyampain cek turut diadakan.
Antara ahli PPK yang terima surat penghargaan.


Wartawan Bernama turut menang cabutan bertuah.
Jemputan mendengar ucapan Dato' Mohd Jidin.