Halaman

19 July 2019

Operasi Jejaki ‘Pak Belang’ Dipergiat

DUNGUN, 19 Julai - Operasi mengesan dan menjejaki dua ekor harimau belang sesat yang berkeliaran di Kampung Besol, Dungun dipergiatkan dengan radius sekitar dua kilometer dari lokasi pak belang itu berkeliaran semalam.


Pengarah Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof memaklumkan seramai 22 anggota Perhilitan dan empat anggota polis terlibat dalam operasi berkenaan.

‘Pak Belang’ Tumpas

DUNGUN, 19 Julai - Seekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Besol, Bukit Besi di sini sejak semalam akhirnya berjaya ditangkap di kampung tersebut petang tadi.


Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ‘pak belang’ itu berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam operasi yang bermula pagi tadi.

Jelasnya, keadaan itu sedikit melegakan orang kampung namun operasi mencari seekor lagi harimau tetap diteruskan.


“Jabatan Perhilitan Malaysia masih lagi mengekalkan perangkap, kerana maklumat yang diterima menyatakan hanya ada seekor tertangkap, jadi seekor lagi masih berkeliaran.

“Harimau pertama ditangkap selepas terkena ubat ubat pelali sebelum menembaknya dan menyebabkannya rebah dan harimau itu berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan jabatan Perhilitan,” katanya semasa ditemui media dalam operasi mencari harimau itu.

Jelasnya lagi, harimau yang ditangkap itu akan dibawa ke tempat dan lebih selamat untuk dirawat dan dijaga.

“Haiwan itu dijangka dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) secepat mungkin,” tambahnya selepas dimaklumkan oleh Pegawai Perhilitan.

Semalam, kira-kira pukul 9 pagi, dua ekor harimau itu ditemukan berkeliaran di kawasan kampung Besol sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk malah turut tular di laman sosial.

Sehubungan itu, satu operasi khas bagi mengesan dan menangkap harimau berkenaan telah dijalankan sejak semalam.

Operasi itu melibatkan Jabatan Perhilitan Pahang, Jabatan Perhilitan Perak, Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu, Perhilitan Daerah Dungun, dan Perhilitan Daerah Kuala Berang.

18 July 2019

Sebelas Rumah Terjejas Ribut Dibaiki Segera

KEMAMAN, 18 Julai – Sebanyak 11 buah rumah yang mengalami kerosakan termasuk atap diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah segera dibaiki.


Pengarah Majlis Tindakan DUN Cukai Hanafiah Mat berkata, pihaknya mengambil tindakan pantas membaik pulih kesemua rumah mangsa ribut tersebut agar penghuninya terus dapat tunggal dalm keadaan selamat dan selesa.

Kelibat 'Pak Belang' Gemparkan Penduduk

DUNGUN, 18 Julai - Kelibat dua ekor harimau belang yang ditemui berhampiran kawasan perumahan, membimbangkan penduduk di Kampung Besol, Hulu Dungun, di sini.


Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, selepas menerima laporan daripada penduduk beliau segera menghubungi Jabatan Perhilitan Daerah Dungun.