Sehingga
hari ini, ramai yang tidak tahu siapakah yang mula membuat nasi dagang. Sebut
sahaja nasi dagang, hanya ramai yang tahu ianya berasal dari Negeri Terengganu,
sebuah negeri yang berada di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.
Mengikut
seorang tua yang saya temui, nasi dagang pada mulanya tidak dibuat oleh orang
tempatan negeri Terengganu tetapi ianya dibuat oleh orang Bugis yang datang
berdagang. Nasi dagang mulanya dibuat secara tidak sengaja oleh orang Bugis
yang berada di Terengganu.
