KEMAMAN, 11 April - Penganjuran Karnival Air Putih Sejahtera 1.0 baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya menjadi medan pertemuan pemimpin dan masyarakat apabila ramai yang hadir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim berkata, matlamat karnival berkenaan adalah untuk menjadi platform kepada kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat, medan pemimpin bertemu masyarakat dan kolaborasi antara Pejabat Khidmat Masyarakat, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), jabatan-jabatan kerajaan dan NGO.