|
Menteri Besar bersalaman dengan tetamu di Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan Sempena Aidilfitri 2018. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kassim. |
Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak Terengganu di perantauan akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri sebagai usaha memajukan negeri ini.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertemuan Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Anak-Anak Terengganu Di Perantauan 2018, sempena Aidilfitri itu juga pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak Perantau.
Oleh itu, majlis tersebut katanya, adalah medan yang sesuai untuk mendapatkan pandangan dan cadangan dari rakan-rakan perantau.