Halaman

23 February 2019

MAWADDAH Perkasa Kaum Wanita


KUALA NERUS, 23 Februari- Majlis Permuafakatan Wanita Terengganu (MAWADDAH) yang dilancarkan hari ini dibarisi wanita-wanita profesional dari pelbagai latar belakang, akan berperanan sebagai badan penasihat kerajaan dalam memperkasakan kaum wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, penubuhan MAWADDAH dibawah portfolionya itu selari dengan usaha kerajaan yang berhasrat memperluas peranan dan sumbangan wanita dalam proses pembangunan negeri ini khususnya.

21 February 2019

Kerajaan Negeri Dengar Keluhan Penarik Beca Terengganu


KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Keperitan hidup dan keluhan penarik-penarik beca Terengganu berikutan kekurangan hasil pendapatan sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri akan berbincang untuk mencari penyelesaian bagi memastikan mereka mendapat bantuan.

Beliau yang turun bertemu sekumpulan penarik beca di Pasar Kedai Payang, baru-baru ini memaklumkan akan memastikan golongan itu turut mendapat perhatian dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya juga difahamkan bahawa Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri telah memberikan peruntukan berjumlah RM200 sebulan untuk membantu meringankan beban mereka.
Abdul Wahab Abdul Rahman, 74, sifatkan pelanggan semakin kurang berminat naiki beca.

“Di bawah portfolio pelancongan, para penarik beca juga dibantu dengan promosi pelancongan sebagai salah satu elemen keunikan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menyampaikan sumbangan kepada sekitar 20 penarik beca di kawasan tersebut.

Ditanya tentang pelan untuk membangunkan industri beca negeri itu, Hanafiah menyatakan kebanyakan penarik beca yang ada kini dianggap sebagai generasi terakhir bagi kerjaya berkenaan.

19 February 2019

Penderitaan Pesakit Kulit Kronik Dapat Perhatian



KEMAMAN, 19 Februari- Penderitaan Umi Kalsum Ibrahim,55, yang terlantar akibat penyakit kulit kronik ‘psoriasis’ di Kampung Chendor Baru mendapat perhatian Zahiyah Rahman isteri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Hanafiah Mat yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai.

18 February 2019

Sama-Sama Meriahkan Program Saidatina Aisyah 2019 Sabtu Ini



KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Orang ramai khususnya wanita dijemput hadir beramai-ramai ke Program Hari Saidatina Aisyah 2019 yang bertemakan `Wanita Inspirasi' sempena sambutan Hari Wanita di Peringkat Negeri Terengganu, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu ini (23 Februari).

17 February 2019

Forum Terengganu Sejahtera DUN Chukai Dapat Sambutan Hangat



KEMAMAN, 17 Februari - Program Pimpinan Cakna Rakyat kawasan Chukai melalui Forum Terengganu Sejahtera mendapat sambutan yang hangat apabila diserbu pengunjung dari pasar tani dan pasar pagi di Padang Astaka baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, program itu merupakan kali yang kedua diadakan, selepas program kali pertama yang menampilkan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.