Halaman

27 February 2014

SEKITAR MAJLIS PENGAMBILALIHAN CHICKEN COTTAGE LIMITED (UK) OLEH TI GLOBAL FOOD HOLDINGS LTD (Anak Syarikat Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.) DIRASMIKAN OLEH MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO’ SERI HAJI AHMAD SAID DI KUALA LUMPUR

Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra










SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN LTDL 2014 DAN MEMPERKENALKAN PASUKAN PELUMBA DI DATARAN HELANG, LANGKAWI



































26 February 2014

RM200,000 atasi masalah hakisan sungai di Payong.

Sabri dan Adnan memerhati tebing yang runtuh.
Oleh: Aminudin Ismail.

MASALAH hakisan tebing Sungai Payong Anak berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Payong Baru, Setiu yang kini menghampiri sebatang jalan akan dapat diatasi apabila Jabatan Pengairan Dan Saliran bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja menghalang hakisan tebing itu daripada terus berlaku tidak lama lagi.

Jurutera Daerah Setiu, Mohamad Adnan Fauzi, berkata pihaknya akan membuat dua pilihan iaitu membuat penyelesaian secara jangka pendek dan jangka panjang.

“Penyelesaian jangka pendek ialah kita akan membuat bagaimana untuk mengelakan tebing sungai ini daripada runtuh dan menghampiri jalan.

Pemandangan hakisan Sungai Payong Anak, Langkap.
“Kalau kita tengok, runtuhan itu sudah hampir dengan jalan, jadi yang itu nanti kita akan membuat penyelesaian jangka pendek iaitu kita akan membina struktur (gabian) bagi menghalang runtuhan itu,” katanya.

Penyelesaian jangka panjang pula, katanya, pihaknya akan cuba perhatikan apakah kaedah paling sesuai untuk dilakukan bagi mengelakan hakisan daripada terus berlaku.

“Kita akan buat satu kertas kerja untuk dihantar kepada kerajaan negeri ataupun persekutuan bagi memohon peruntukan untuk menyelesaikan masalah hakisan sungai itu. Saya rasa kita memerlukan peruntukan sekitar RM500,000,” katanya.

Adnan berkata demikian selepas bersama-sama Adun Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor membuat lawatan ke tempat hakisan itu di Kampung Payong, hari ini.

Sebelum ini, Teganukita melaporkan hakisan Sungai Payong Anak mengalami hakisan yang teruk sehingga satu meter menghampiri sebatang jalan yang menghubungkan Kampung Payong Lama ke jalan utama dan kira-kira 15 meter menghampiri pagar sekolah.

Sementara itu, Dato’ Sabri berkata, beliau berharap supaya JPS dapat mengatasi masalah hakisan sungai itu dengan segera kerana bimbang dalam masa beberapa tahun lagi, ia akan menghakis jalan yang menjadi laluan penduduk Kampung Payong Lama.

“Selain itu, melihat keadaan persekitaran sungai itu yang agak menarik, beliau bercadang akan menjadikan kawasan itu sebagai tempat riadah dan berkelah dengan membina beberapa kemudahan untuk pengunjung,” katanya.

 

Program Cakna Alam hijaukan Kampus UNISZA Tembila


YB Mohd Mahdi Musa menanam pokok simbolik pelancaran program cakna alam

Oleh: Mohammad Ishak 

Program Cakna Alam UNISZA yang dilancarkan hari ini diharap mampu menghijau lanskap kampus universiti berkenaan dengan pelbagai tanaman tumbuhan selain satu usaha menangani isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar.

Program yang diilhamkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang dilancarkan pada 4 Jun 2009 bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Kampus UNISZA Tembila, Besut, tidak ketinggalan menyertai kempen berkenaan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti memmabitkan pelajar dan masyarakat setempat menghijaukan seluruh kawasan kampus.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa ketika melancarkan program itu mahu aktiviti menghijaukan kawasan dengan tanaman pelbagai sepsis pokok dan tumbuhan akan diteruskan pihak pengurusan universiti.

Majlis pelancaran itu dihadiri lebih 300 jemputan termasuk pelajar dan pemimpin komuniti setempat seperti Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berhampiran.

Timbalan Naib Canselor (Akademik) Dr Mohd Ikhwan Toriman berkata, sempena pelancaran itu pihaknya mengadakan pelbagai aktiviti seperti penanaman pokok, pertandingan memancing, memasak berasaskan ubi dan labu, pameran pendidikan dan pemeriksaan secara percuma.

Kampus Cawangan Tembila dengan keluasan hampir 1000 ekar kini hanya dibangunkan dengan bangunan pentadbiran, kolej kediaman dan kemudahan lain perlu diberi keutamaan dengan tanaman pokok untuk kelihatan hijau.

Zoo Kemaman bertaraf antarabangsa

Oleh: Suriati Ali 

 Kemudahan di Taman Rekreasi dan Mini Zoo (TRMZ), Bukit Takal, Kemaman akan ditingkatkan secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi standard piawaian antarabangsa, sekaligus menjadikannya zoo bertaraf dunia. 

TRMZ meliputi tiga fasa kini dalam pembinaan fasa kedua yang menelan belanja kira-kira RM60 juta, membabitkan tanah seluas 24 hektar serta dilengkapi pelbagai kemudahan yang menepati piawaian ditetapkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Encik Mustafar Khalid, berkata pihaknya mahu menyediakan ruang lebih besar bagi meletakkan pelbagai jenis haiwan seperti yang ditetapkan piawaian antarabangsa bagi menjadikan zoo ini bertaraf antarabangsa.

Katanya, apabila siap kelak bakal meliputi pakej Safari Afrika dan Safari Australia mengandungi Aviari Burung, Meredah Belukar Australia, Savana Afrika, Wild Asia serta Penempatan Gajah Terengganu.

“Pembinaan fasa kedua itu akan disiapkan selewat-lewatnya Disember tahun ini dan ia akan mula beroperasi untuk tontonan umum bermula awal tahun depan.

“Kami yakin dengan pembinaan fasa kedua yang menyediakan berbagai lagi sepsis haiwan dari dalam dan luar negara termasuk dari Afrika serta Australia akan menarik lebih ramai pelancong ke TRMZ,” katanya. Katanya, haiwan Afrika akan menjadi tarikan uatam pelancong termasuk zirafah, badak sumbu, kijang, singa, dan cheetah (harimau bintang).

“Malah pengunjung juga berpeluang melihat haiwan dari Australia yang comel seperti kanggaru, beruang koala, kuda serta burung,” katanya ketika menerima Lawatan Bersama Media ke TRMZ.

Lawatan anjuran Unit Komunikasi (UKOM) Terengganu tersebut disertai kira-kira 50 pengamal media seluruh Terengganu antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh DAN Radio Televisyen Malaysia (RTM).

 Beliau berkata, sebaik fasa kedua itu beroperasi sepenuhnya pihanknya akan menjalankan promosi secara menyeluruh bagi menari pelancong untuk berkungjung ke situ.

“Sebelum ini, kami tidak hebahkan mengenai TRMZK kepada umum kerana ia masih dalam proses pembinaan, malah tidak menyiapkan secara sempurna, justeru sebaik fasa kedua ini siap kita akan mempromosikan secara menyeluruh serta mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan dan luar negara.

 “Kami ingin memberi perkhidmatan terbaik dan kualiti zoo bertaraf antarabangsa supaya pengunjung berpuas hati dan secara tidak langsung member gambaran yang baik terhadap pembinaan zoo ini,” katanya.

Menurut seramai 378,477 orang berkunjung ke TRMZK sejak mula beroperasi dan dirasmikan pada 11 April 2009 serta jumlahnya di jangka meningkat berlipat kali ganda apabila fasa kedua ini siap sepenuhnya nanti dengan tarikan tambahan mini taman air.

 

FM Plastik Industri perlu 100 pekerja baru.

Sharifuddin....tingkat kuantiti.
Oleh: Aminudin Ismail.

PEMBEKAL plastik tahan lasak utama kepada Petronas ,FM Plastik Industri Sdn Bhd, di Kawasan Perindustrian Jakar, Kemaman akan membesarkan perniagaanya dengan melabur sebanyak RM12 juta untuk mempertingkatkan pengeluaran.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Sharifuddin Musa berkata, kilang yang beroperasi sejak sembilan tahun lalu itu beroperasi di atas tapak seluas dua ekar dan menggunakan dua buah mesin yang mampu menghasilkan empat tan plastik seminggu.

Katanya, pengurusan kilang dalam proses terakhir untuk menambah dua lagi mesin baru yang setiap satunya beharga enam juta.

 "Sebelum ini jualan plastik tahan lasak yang dihasilkan itu mencecah RM10 juta setahun dan dengan penambahan dua mesen baru itu kita menjangkakan jualan akan meningkat satu kali ganda daripada jualan sebelumnya.

 "Kini kita mempunyai 100 pekerja dan dengan penambahan mesin baru itu juga akan membuka 100 lagi peluang pekejaan baru kepada penduduk setempat," katanya.

Menurutnya, selain untuk pasaran tempatan ia juga di eksport ke Singapura, manakala bahan mentah untuk menghasilkan produk terbabit diperoleh dari Terengganu dan Thailand.

Katanya, kilang anak syarikat kumpulan FEDGROUPS itu menghasilkan plastik beg tahan lasak untuk kegunaan PETRONAS dan ia hanya menumpukan pengeluaran terhadap produk plastik tahan lasak sahaja.

 

490 murid terima e-book di Dun Langkap.


TERIMA...seorang murid sedang menerima e-book daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor pada Majlis Penyerahan E-book yang diadakan di Dewan Sivik, Sungai Tong.

SERAMAI 490 murid  daru sekolah Dun Langkap menerima e-book sumbangan kerajaan Negeri Terengganu di Dewan Sivik Sungai Tong, Setiu, hari ini.

Menurut urusetia majlis, murid-murid  itu ialah dari SK Alur Lek kasar seramai tujuh orang, SK Bari (Sg.Tong)(6), SK Batu 29 seramai 52 orang dan SK Bukit Mundok lapan orang.

"Lain-lain ialah SK Chalok seramai 53 murid, SK Jelapang (17), SK Fikri (22), Kampung Jaya (3), SK Tayor (7), SK Kg.Bukit (10), SK Kampung Rahmat (46), SK Langkap (20), Lubuk Teras(10).

"SK M.Menyusut (12), SK Pak Ba (9), SK Payong Baru (16), SK Pelong (18), SK Seri Langkap (28, Sungai Las (6), Sungai Lerek (29), Sungai Tong (25), SK Bukit Putra (34), SK Chalok Barat (36) dan SMK Chalok Model Khas (16)," katanya.

Majlis dirasmikan oleh Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, dalam ucapanya Sabri murid-murid memanfaatkan pemberian e-book itu dan ibubapa perlu mamantau anak-anak mereka tidak melayari sesuatu yang tidak berfaedah.- Aminudin Ismail.
Ibubapa yang hadir memberi sokongan.
Wakil Ketua PPD turut berucap.

Mohd Shahrul. (SK Kasar)..gembira.

Mohd Syafiq...terima kasih.
Antara jemputan yang hadir.