Halaman

01 March 2014

Le Tour de Langkawi 2014 Stage 2 - Sg Petani - Taiping

















28 February 2014

90 kanak-kanak sertai terapi pasir di Bukit Keluang


Sebahagian kanak-kanak yang menyertai trapi pasir

Oleh: Mohammad Ishak 

Seramai kanak-kanak dari Kelas pendidikan Khas mewakili 32 sekolah di daerah Besut menyertai program terapi pendidikan yang berlangsung di Pantai Bukit Keluang, dekat Jertih, semalam.

Program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) memberi pendedahan kepada kanak-kanak yang bermasalah seperti lembik dan tidak bermaya untuk melakukan senaman dalam laut dan pasir.

Kaedah itu dikatakan mampu memulihkan anggota kanak-kanak apabila ditanam dalam pasir buat beberapa ketika.

Selain itu, peserta juga juga diberi latihan berendam dalam air paut bagi membantu memulihkan anggota dan saraf.

Program tahunan itu turut dibantu guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu, Kelantan.

Melalui Program Hidroterapi Laut berkenaan juga dapat membantu kanak-kanak bermasalah dengan system pergerakan sarap apabila mereka lebih lama berada dalam pasir apabila tubuh mereka ditanam lebih lama.

150 sertai bersih pantai (WWF-Malaysia) Penarik Baru.

Lima murid SK Mangkok gembira dapat kumpul botol air plastik terbuang.
Oleh: Aminudin Ismail.

CAKNA kepada pembiakan tuntung dan penyu, seramai 150 peserta mengambil bahagian dalam program Gotong Royong membersih kawasan pantai berhampiran tempat Pusat Penetasan Penyu dan Tuntung Kampung Penarik Baru, Setiu, hari ini.

Pegawai Kanan Biologi (WWF-Malaysia), Program Pemuliharaan Penyu Terengganu, Sharifah Ruqaiyah Syed Mustafa, berkata program anjuran WWF Malaysia itu turut disertai murid-murid SK Mangkok seramai 40 orang, Persatuan Wanita Kampung Panarik-Mangkok (Pewanis) (20 orang) dan  Majlis Daerah Setiu (10 orang).

Sharifah Ruqaiyah...pulihara Penyu/ tuntung.
"Turut sama menjayakan program itu sekumpulan pelajar kursus Biologi Marin UMT (42 orang) dan kakitangan D'Jungle, Penarik Inn (14) serta beberapa penduduk kampung," katanya juga merangkap pemangku Ketua Program Pemuliharaan Penyu Terengganu.

Ruqaiyah berkata, program itu adalah yang pertama kali diadakan pada tahun ini dan selepas ini, pihaknya merancang beberapa akan mengadakan program lagi.

"Selain memupuk semangat cintakan alam sekitar, program membersih pantai ini juga boleh membantu pendaratan tuntung di pantai ini.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini," katanya mengenai program gotong royong sukarela untuk penyu dan tuntung itu.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Perhilitan Negeri, Hasni Abu Bakar.



Empat anggota Pewanis membersih pantai.
Murid SK Mangkok rajin membersih pantai.

Pelajar Bio-M UMT gembira menyertai program,

Lima penuntut UMT bersama-sama mengangkat penapis cahaya.

Hamidah (pewanis)...hargailah pantai.

Antara sampah yang dikumpul.
2 anggota WWF turut membersih pantai.
Penuntut lelaki UMT 'berpakat' mengangkat papan terbuang,

Dua murid SK Mangkok  yang menyertai program.
Ruqaiyah sedang mendengar sesuatu dari seorang ahli WWF.

Hasni...pulihara telur penyu.
Paul Tam..pemilik D'Jungle.
 Penuntut UMT sempat bergambar bersama 'logo' yang mereka buat.

 

Kampung Yak Yah, gamit pelancong

Oleh: Suriati Ali 

Kampung Yak Yah yang terletak di sebelah Taman Rekreasi Mini Zoo Bukit Takal, Kemaman, menawarkan produk pelancongan baru kepada pelancong , iaitu kunang-kunang atau kelip-kelip.

 Kawasan sepanjang sungai kampung itu yang merupakan habitat kunang-kunang terbesar di Malaysia, mempamerkan panorama menakjubkan pada waktu malam dengan kehadiran puluhan ribu kunang-kunang. Sungai Yak Yah kini menjadi tumpuan pelancong, khususnya di kalangan peminat kunang-kunang atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni.


Mereka yang berpeluang menyusuri Sungai Yak Yah di kawasan sepanjang 13 kilometer, pasti akan terpukau dan teruja dengan keindahan kerlipan cahaya dari haiwan kecil yang mengasyikkan itu.

 Sebaik saja bot dinaiki bergerak, pelancong akan terpesona apabila melihat begitu banyak kelip-kelip mengerumuni pokok-pokok Berembang, Putat dan Bebaru yang tumbuh subur sepanjang perjalanan mereka menyusuri sungai tersebut.

 Dengan menaiki River Cruise, pastinya akan memberi pengalaman baru yang amat berharga kepada pengunjung, khususnya mereka yang gemar menikmati anugerah alam semulajadi.

 Cuba bayangkan, puluhan ribu cahaya kunang-kunang menghiasi pokok-pokok di sepanjang sungai tersebut seolah-olah terdapat pesta lampu yang bergermerlapan di situ.

 Kini Kampung Yak Yah bukan saja dilawati pelancong dari negeri-negeri lain di Malaysia, tetapi ia turut menjadi tumpuan pelancong dari Jepun, Singapura, China, Taiwan dan Hong Kong.


 Beberapa pelancong dari Belanda melawat kawasan itu apabila mendapat maklumat mengenai keunikan aktiviti melihat kunang-kunang di sepanjang Sungai Yak Yah dari agen-agen pelancongan yang turut membantu mempromosi aktiviti berkenaan.

 Terdapat empat spesies kunang-kunang di Sungai Yak Yah di mana haiwan kecil yang unik itu dikatakan membiak dengan begitu banyak dari bulan Julai hingga Oktober pada setiap tahun.

 

Baja percuma untuk penanam tembikai di Batu Rakit.


TERIMA...Bazlan menyampaikan beberapa bungkusan beg baja kepada seorang wakil penduduk sebagai sumbangan untuk mempastikan pengeluaran tanaman tembikai yang diusahakan beberapa petani di kawasan Dun Batu Rakit dapat dapat dipertingkatkan selain meringan bebanan petani, di Batu Rakit, baru-baru ini.

Bazlan berkata, pada hari pertama pembahagian baja dilakukan di Kampung Gong Darat Batu Rakit sebanyak sembilan beg di Kampung Pecah Rotan sebanyak 11 beg.

"Pada hari kedua kita memberi baja ini di tempat penanaman di Kampung Padang Kemunting sebanyak 20 beg dan dipecah rotan 35 beg dan jumlah kesemuanya ialah 75 guni baja," katanya.

Bazlan berkata, ia adalah sebagai tanda sokongan wakil rakyat terhadap penanaman tembikai itu dan juga diharap petani dapat memanfaatkan sebaik mungkin baja yang diberi itu.

"Kita memberi kepada mereka yang benar-benar mahu mengusahakan tanaman termbikai ini dan ia diharapkan dapat meringan bebanan petani terbabit. Selepas ini, Insya Allah kita akan beri lagi," katanya.- Aminudin Ismail.