Halaman

17 May 2014

KEMESRAAN SULTAN DAN MENTERI BESAR

Kemesraan terserlah...

Menteri Besar, Dato' Hj Ahmad Razif Abdul Rahman mengiringi Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di majlis Sambutan Hari Keluarga Maidam 2014 di Stadium Tertutup Gong Badak sebentar tadi.




Sultan Mizan terhibur aksi bola sepak kayu

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terhibur dengan aksi bola sepak kayu ketika mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Hari Keluarga Maidam.
Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Aksi spontan pemain memakai kain sarung sambil mengawal bola dalam perlawanan akhir bola sepak kayu menghiburkan dan mencuit hati Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Majlis Sambutan Hari Keluarga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.



Keberangkatan baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Halina Zakaria.

Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Salleh. Sebelum itu, baginda dan tetamu dihiburkan dengan persembahan silat oleh 50 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin.

Kira-kira 2,000 peserta di kalangan pegawai dan kakitangan bersama keluarga masing-masing memeriahkan sambutan tahunan jabatan yang menyediakan pelbagai acara sukaneka dan aktiviti menarik.

Sementara itu, Mohd Rozali berkata keberangkatan Sultan Mizan dan Sultanah ke sambutan berkenaan merupakan yang pertama selepas penstrukturan semula pentadbiran institusi Islam di Terengganu yang diketuai beliau sejak 2012.

“Saya dan seluruh pegawai dan kakitangan Maidam amat bersyukur kerana tuanku sudi berangkat ke majlis kami, malah kelihatan baginda terhibur dan gembira dengan permainan yang diadakan tadi.

“Itulah hadiah untuk kita dan saya sendiri, di mana acara sukan ini (Hari keluarga) adalah kali pertama selepas penggabungan dan penyusuanan semula institusi agama negeri yang terdiri daripada empat jabatan, iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Maidam, Mahkamah Syariah (pentadbiran) dan Mufti (pentadbiran) berada bawah satu bumbung,” katanya.

 Mohd Rozali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Maidam berkata, penggabungan itu menyebabkan pertambahan kakitangan kepada 700 pegawai dan kakitangan berbanding sebelum ini hanya 260 orang.

 

PERDANA MENTERI HADIR MAJLIS PERKAHWINAN ANAK MANTAN MENTERI BESAR

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said di Telok Kalong Kijal Kemaman.






TERUSKAN KERJA DAN TANGGUNGJAWAB SEPERTI BIASA- MB



Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman berkata,  semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan wakil rakyat boleh meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa.

"Keadaan selesai selepas jumpa Perdana Menteri, tidak ada pertukaran Exco dan portfolio lagi buat masa ini,” katanya.


"Kita dah keluarkan arahan Exco serta wakil rakyat kerja seperti biasa dan kita akan teruskan bekerja sebagai satu pasukan tanpa berlengah lagi," katanya kepada pemberita sejurus selepas tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi.

Kira-kira  pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri menyambut ketibaan beliau, termasuk Umno Bahagian Kuala Nerus dan Dun Seberang Takir.

Dato’ Hj Ahmad Razif berkata beliau mahu memberi tumpuan kepada perancangan yang memberi jaminan semua projek yang memberi impak baik kepada rakyat.








16 May 2014

126 pelajar SMKTI sertai kem kecemerlangan di TH Hotel.

GEMBIRA...sebahagian daripada 126 pelajar Sekolah Menengah Tengku Ibrahim, (SMKTI) Setiu bergambar kenangan ketika menyertai Program Transformasi 'Move A To Must Straight A' Menuju Puncak X Plus 2014 di Tabung Haji Hotel, Gong Badak, hari ini.

Program selama tiga hari itu diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bagaimana untuk mencapai keputusan cemerlang 'Straight' A dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini.

Majlis perasmian penutup program anjuran SMKTI dengan kerjasama Yayasan Bakti Negara, Unit Kaunseling dan Persatuan Ibu Bapa Guru SMKTI itu dijangka akan dilakukan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh, esok.- Aminudin Ismail.


 

YB Rozi Mamat mewakili Menteri Besar merasmikan Festival Belia dan Hari Belia peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

YB Rozi Mamat memalu gong gimik perasmikan Festival Belia 1Malaysia dan sambutan Hari Belia peringkat negeri di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu.








PERDANA MENTERI KE KEMAMAN ESOK 17 MEI


Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak di jangka tiba di Kemaman kira-kira jam 12.15 tengahari esok (17 Mei 2014) dari Pekan Pahang.
  Beliau dilaporkan akan menghadiri Majlis Jamuan Perkahwinanan anak bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Telok Kalung.
  Beliau selepas itu dijangka ke luar negara bagi tugas rasmi.


AHMAD RAZIF MUDAH DIDEKATI, RAJIN DAN MESRA- KATA TOH CHIN YAW PENGERUSI MCA TERENGGANU

Pengerusi MCA Terengganu Dato’ Toh Chin Yaw menjelaskan bahawa Menteri Besar Dato’ Hj Ahmad Razif Abdul Rahman adalah orang yang sangat mudah didekati , rajin dan mesra.

 Toh berkata, dulu semasa menjadi Exco Pelajaran, Dato’ Hj Ahmad Razif pada masa itu membantu pelajar mendapatkan biasiswa dan bantuan, tanpa mengira bangsa mereka.

"Saya percaya beliau akan melakukan kerja yang baik , tetapi memerlukan masa untuk terus meeningkatkan pencapaian terbaik untuk rakyat dan negeri Terengganu ," kata Toh yang pernah bersama Dato’ Ahmad Razif dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dan pernah memegang portfolio Industri, Perdagangan dan Alam Sekitar.
  Beliau juga berharap hubungan UMNO dengan MCA akan bertambah mantap dan parti komponen Barisan Nasional akan menjadi lebih dekat, padu dan mantap di bawah pimpinan Dato’ Ahmad Razif yang kini telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.


SELAMAT HARI GURU DARI MENTERI BESAR TERENGGANU


Menteri Besar Terengganu, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru-guru di Negeri Terengganu khususnya, di mana sahaja berada.

Beliau yang juga pernah menggalas tanggungjawab sebagai pendidik amat prihatin kepada bidang pendidikan dan profession keguruan.


Jika melibatkan aspek pelajaran, soal pelajar..kita haruslah seia-sekata serta perlu sama-sama berjuang sama ada masa dan jiwa raga demi melihat bangsa dan negara kita maju..imej negara dan rakyat kita sentiasa dipandang tinggi kerana ramainya golongan cerdik pandai,” 
kata Dato’ Hj Ahmad Razif.




Bazlan rai seluruh guru DUN Batu Rakit.

JASAMU DIKENANG...isteri ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, Siti Zaimah Mahmud yang mewakili suaminya, sedang menyampaikan hadiah kek kepada guru sebuah sekolah di Dun Batu Rakit, semalam sempena sambutan hari guru yang disambut di seluruh negara pada hari ini.

Beliau bersama Penyelaras Wanita, Pemuda dan Puteri DUN Batu Rakit serta sebahagian anggota APMT menjelajah ke seluruh Sekolah Menengah dan Rendah dalam DUN Batu Rakit bagi menyampaikan sumbangan yang penuh bermakna itu dan bagi menghargai jasa dan sumbangan guru kepada pendidikan di DUN itu..

Selamat Hari Guru, Cikgu.
Bazlan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang mengajar di seluruh sekolah dalam DUN Batu Rakit dan beliau mengharapkan guru-guru terus berkhidmat dengan cemerlang supaya pendidikan di Dun Batu Rakit akan mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa depan.

TEGANUKITA juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru-guru di Terengganu dan teruskan membantu kerajaan bagi mempertingkat mutu pencapaian dalam pendidikan di negeri ini.- Aminudin Ismail.
Terima...seorang guru menerima kek daripada isteri Bazlan.