Halaman

30 June 2014

500 terima wang zakat di Besut, petang ini



Bersedia...Dewan MDB bersedia untuk majlis petang ini.
Oleh: Mohammad Ishak.

SERAMAI 500 golongan fakir miskin di daerah Besut akan menerima sumbangan wang zakat bagi membolehkan mereka berbelanja dan dan membeli keperluan lain sepanjang tempoh Ramadan tahun ini. 

Mereka akan menerima sumbangan itu sempena majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Ahli Parlimen Besut yang akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, di Jertih jam 6 petang ini.

Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut akan hadir dan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada fakir miskin yang terpilih. Pemilihan penerima terbabit dibuat menerusi

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan menyenaraikan dua penerima yang layak bagi setiap JKKK terbabit.

Sementara itu, orang ramai yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin daerah Besut petang ini berpeluang mendapatkan agihan bubur lambuk yang disediakan pihak penganjur.

Penganjur, Empower ECER Besut akan menyediakan kira-kira 1,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai sempena Ramadan tahun ini.

“Bubur lambuk Besut mempunyai keistimewaan tersendiri dan berlainan dengan perasa di tempat lain kerana ia diramun khas oleh peserta ECER,” kata jurucakap penganjur.

 

No comments: