Halaman

03 July 2014

Azizi gigih usaha kedai telefon bimbit.

Azizi bergambar di dalam kedainya di Shahbandar.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SEKALIPUN terpaksa bersaing dengan kedai alat telekomunikasi lain yang banyak sekitar Bandar Kuala Terengganu ini, namun berkat kegigihannya dalam perniagaan itu, kedai telefon Syahril Azizi Omar yang terletak berhampiran Shahbandar tetap menjadi tumpuan ramai.

Memulakan perniagaan itu hampir 15 tahun lalu, Azizi yang dahulunya berniaga berhampiran Flat Kolam berpindah ke Syahbandar kira-kira lapan tahun lalu dan kini kedainya mempunyai pelbagai kemudahan alat telekomunikasi.

Perkhidmtan yang baik serta selain dilengkapi pilihan pelbagai aksesori yang menepati citarasa pelanggan serta jaminan kualiti antara yang punca daya terikan pelanggan untuk berkunjung ke kadainya.

“Persaingan bukanlah bermakna kita perlu mengalah untuk meneruskan perniagaan tetapi sebaliknya ia memberi saya samangat untuk berniaga dengan lebih gigih dan baik lagi supaya ramai akan memilih kedai saya untuk membeli barang telefon bimbit ini,” katanya yang berasal daripada Chendering itu.

Sedang melayani seorang pelanggan.
Kedainya yang dibantu dua pekerja itu mula beroperasi kira-kira jam 9 pagi dan tutup pada 10 malam bagi membolehkan mereka yang bekerja datang kedainya selepas waktu bekerja.

“Selain orang muda, kakitangan kerajaan dan swasta juga adalah pelanggan saya dan Alhamdulillah setakat ini sambutanya amat mengalakan kerana saya menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan tanpa memikirkan keuntungan yang lebih,” katanya.

Menurut Syahril, 39, beliau akan terus menjadikan kedai telefonnya sebagai sebuah kedai alat telekomunisi yang menjadi tumpuan ramai di Bandar Kuala Terengganu kerana itulah beliau akan mempastikan barangan di kedainya lengkap dan perkhidmatan yang memuaskan.

“Yang penting barangan yang dijual itu berkualiti dan terkini supaya pelanggan akan berpuashati apabila membelinya,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar , Dato’ Ahmad Razif kerana mahu mengkaji semula dan menangguh kenaikan cukai pintu di Bandar Kuala Terengganu.

 

No comments: