Oleh: Aminudin Ismail.
PERTUKARAN 50 pegawai kerajaan negeri yang diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, baru-baru ini tentunya tentunya menjadi perhatian ramai kerana ia membabitkan jumlah pertukaran yang paling ramai dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut SUK, pertukaran secara besar-besaran itu adalah perkara biasa dan terpaksa dilakukan berikutan persaraan dua pegawai kanan kerajaan yang secara tidak langsung berlaku kenaikan pangkat dalam beberapa jawatan yang disandang serta pertukaran lain adalah bagi mengemaskini dan memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
|
Dr. Mustapha...wajar. |
TEGANUKITA sempat membuat tinjauan bagi mendapat komen orang ramai mengenai pertukaran yang berlaku itu dan rata-rata yang ditemui menganggap tindakan itu adalah tepat dan wajar.
Seorang tokoh akademik, Prof. Dr Mustapha Ismail, Naib Canselor University College Bestari, Setiu menyifatkan pertukaran itu wajar dan memang patut dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
“Dalam hal ini yang penting ialah kebolehan pegawai itu dalam mentadbir walaupun senioriti itu juga penting. Jadi pertukaran ini saya melihat sesuatu yang bagus dan tepat dalam usaha untuk memacukan Terenggganu menjadi sebuah negeri maju,” katanya.
Seorang kakitangan awam, Zainuddin Dollah, dari Setiu berkata rombakan yang dilakukan itu memang sesuai bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri dan bersesuaian dengan kehendak semasa.
“Ia akan memberi pengalaman baru kepada pegawai yang menjawat jawatan baru manakala yang bertukar ke jawatan sama pula akan membuat perubahan bagi memantapkan organisasi di bawah tadibranya.
|
Zainuddin...rombakan positif. |
“Rombakan yang dibuat tentunya kearah positif dan bertepatan kerana melihat dari senarai yang disiarkan kebanyakan lebih kepada kenaikan pangkat dan pertukaran yang lebih selesa.” katanya sambil mengharapkan rakyat terus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri sekarang.
Seorang pengiat belia, Mohd Yassin Embong dari Kuala Terengganu pula menyifatkan pertukaran yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri itu adalah kemas dan teratur serta perlu diterima oleh semua pihak kerana ia dilakukan bagi melincinkan pentadbiran kerajaan negeri.
“Kenyatan Dato’ SUK bahawa pertukaran itu berlaku adalah kerana persaraan dua pegawai kanan kerajaan negeri dan pertukaran adalah perkara biasa dalam jentera pentadbiran mana-mana organisasi perlu diterima semua pihak.
“Melihat dari senarai pertukaran, mereka yang memegang jawatan baru dan jawatan sama tetapi bertukar ke tempat lain adalah sesuai dan mereka yang terbabit dilihat mampu menjalankan tugas dengan baik bagi memantapkan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.
|
Yassin...sesuai. |
Seorang penuntut pengajian tinggi, Nur Azlin Amiruddin, dari Bukit Payong, Marang berkata pertukaran yang berlaku itu dilihat mengikut kaedah yang betul dan semua pihak perlu menerimanya dengan baik tanpa membuat sebarang spekulasi yang negatif.
“Nampaknya ia adil dan saksama dan sememangnya dinantikan semua pihak kerana pertukaran itu membabitkan senioriti dan kemampuan dalam jawatan baru yang mereka pegang manakala pertukaran bagi jawatan yang sama pula dilihat sebagai mahu mengubah cara pentadbiran supaya lebih baik dan berkesan,” katanya.
Seorang surirumah, Sarinah Mat Zin, dari Kuala Berang berkata dia mengharapkan semua pihak menerima pertukaran jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu dengan baik dan mereka yang terbabit pertukaran akan terus menjalankan tugas dengan cemerlang.
“Pertukaran itu memang tepat kerana tiada yang terpinggir malah ada yang dinaikan pangkat dan ini tentunya akan memberi semangat kepada yang terbabit untuk menjalankan tugas dengan lebih baik dan cemerlang supaya pentadbiran negeri akan terus kemas dan teratur,” katanya.