Halaman

05 June 2014

200 petani sertai seminar/Ajak golongan muda sertai pertanian- YB Zulkifly.

Beberapa petani sedang melihat produk racun yang dipamirkan.
Oleh: Aminudin Ismail. 

SERAMAI kira-kira 200 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu hadir menjayakan program Hari Jalinantani Nafas Ke Arah Peningkatan Hasil Tanaman Padi dan Kelapa Sawit yang diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Setiu, hari ini.

Program yang bertujuan untuk memberi taklimat dan penerangan bagaimana untuk terus mempertingkat hasil pengeluaran tanaman itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh.

Zulkifly dalam ucapan perasmiannya mahu golongan muda menyertai bidang pertanian kerana pendapatan yang diperolehi melalui bidang itu agak lumayan sekira ianya dilaksanakan secara komersil.

YB Zul (dua dari kanan) menerima cenderahati dari Nafas.
“Oleh itu saya harap ibubapa memberi galakan kepada anak-anak supaya menyertai bidang pertanian ini kerana pendapatan yang diperolehi lebih baik daripada makan gaji sekiranya ia dilakukan secara komersil dan bersungguh-sungguh,” katanya.

 Dalam pada itu, Zulkifly berkata, usaha berterusan kerajaan untuk memajukan bidang pertanian dengan menghulurkan pelbagai bentuk bantuan membuktikan kerajaan yang mentadbir negara ini sekarang sememangnya bersungguh-sungguh mahu membantu petani untuk mempertingkatkan hasil pendapatan.

 “Jika dahulu, tanpa hasil bantuan baja dan segala input pertanian, hasil penamaman padi pada pada sekitar empat hingga lima metrik tan sehektar tetapi dengan adanya bantuan-bantuan ini, hasil pengeluaran dapat dipertingkatkan antara lapan hingga 10 tan metrik tan sehektar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu petani terus memberi sokongan kepada kerajaan supaya segala usaha untuk mempertingkat pendapatan petani yang dilakukan sekarang ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Wakil Pengurus Besar NAFAS Mohd Yusof Hassan, Pengerus NAFAS Wilayah Timur, Anuar Hamid dan Pengurus Besar PPK Setiu, Saifuddin Abas.
Peserta seminar melihat produk pertanian yang dipamirkan.

Antara ahli PPK Setiu yang hadir.

Ustaz Baharom Yassin membaca doa memulakan program.