Halaman

06 June 2014

PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN DUN TEPOH, TELOK PASU DAN BUKIT TUNGGAL TETAP BERJALAN SEPERTI BIASA, KATA PPP KUALA NERUS, DATO' BASIR ISMAIL


PEGAWAI Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail meminta supaya golongan muda di dalam Parlimen tersebut bersiap sedia dan membuat perancangan tertentu untuk turut serta terbabit dalam sektor pembangunan, ekonomi  khususnya,  berikutan kerajaan telah bersetuju menjadikan Kuala Nerus sebagai daerah baru.

Katanya, golongan muda hari ini mempunyai peratusan yang besar jumlahnya dalam Parlimen Kuala Nerus sudah tentu mempunyai peranan yang besar untuk mara bersama-sama dengan daerah baru itu.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Kursus Bina Negara pemuda Kuala Nerus yang di Kem Bukit Sagu, Kuantan petang semalam.

Dato’ Basir berharap kesinambungan perjuangan golongan muda dapat diteruskan ke arah membentuk negara yang lebih baik dari masa ke semasa.

Beliau berkata, pengurusan pentadbiran pemuda di peringkat kampung perlu ditekankan terlebih dahulu supaya golongan muda di kampung-kampung dapat diberi perhatian sebaiknya  oleh kerajaan melalui saluran yang ada.

Menyentuh tentang perlantikan pegawai Pembangunan Dun di kawasan yang tidak diwakili oleh Barisan Nasioanal (BN) yang tidak diwujudkan, beliau menyatakan sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen, beliau akan membantu mengurus sebaik mungkin kawasan-kawasan dengan kerjasama pimpinan penyelaras Dun.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Hj Ahmad Razif Abd Rahman yang telah memberi kepercayaan kepadanya menunaikan tanggungjawab sebagai Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus. Dato’ Hj Ahmad Razif adalah Ketua Umno Bahagian tersebut.
Beliau berkata, orang Kuala Nerus seharusnya bersyukur kerana kali ini pemimpin bahagian mereka diberi kepercayaan sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kerana perlantikan Ketua Umno Bahagian ini sebagai Menteri Besar dan semoga beliau dapat menjalankan tugas dan amanah dengan baik dan cemerlang, sama-samalah kita doakan,” katanya.