Halaman

07 April 2014

Bersih Itu Indah...

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB Haji Mohd Zubir Embong meletakkan kertas ke dalam tong yang disediakan gimik perasmian Penubuhan Kelab Kitar Semula Negeri Terengganu di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.




06 April 2014

150 pesakit buah pinggang baru setahun.

Dr. Anwa.
Oleh: Aminudin Ismail. 

ORANG RAMAI disaran supaya sentiasa menjaga rapi buah pinggang kerana terdapat seramai kira-kira 150 pesakit baru penyakit  buah pinggang dilaporkan pada setiap tahun di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Anwa Sulaiman.

Katanya, buah pinggang juga mempunyai penuaan sama seperti menusia dan katanya, apabila usia semakin meningkat setiap organ manusia termasuklah buah pinggang juga melalui proses peningkatan usia ataupun penuaan.

“Jadi buah pinggang juga perlu dijaga rapi seperti orangnya dan juga organ-organ yang lain, penjagaan yang paling senang ialah melalui tabiat pemakanan yang seimbang, bersenam dan tidur dengan cukup.

Katanya, penyakit buah pinggang ini yang paling ditakuti adalah kegagalan buah pinggang diperingkat akhir ataupun peringkat teruk.

“Jika dah sampai di peringkat teruk ia tidak dapat dipulihkan . Pesakit perlu menjalani rawatan gantian seumur hidup, rawatan gantian fungsi buah pinggang rosak dan gagal berfungsi .

“ Rawatan ini ada tiga cara sahaja iaitu rawatan hemodailisis, rawatan CABD (Cucian Melalui Perut) dan rawatan pemindahan buah pinggang,” katanya.

Katanya, kini terdapat sebanyak 128 buah mesin hemodailisis di semua hospital kerajaan di negeri ini bagi menampung seramai 467 pesakit buah pinggang.

“Di Hospital Setiu, kita ada 13 buah mesin dengan 46 pesakit. Jadi yang agak mendesak bagi kita ialah semua enam hospital ini, kecuali Hospital Setiu dan Hospital Dungun telah tiada kekosongan menerima pesakit baru.

“Maknanya di Hospital Nur Zahirah, Hospital Hulu Terengganu, Hospital Kemaman dan Hospital Besut tidak lagi dapat menerima pesakit baru untuk hemodailisis.

“Tetapi saya percaya kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk mengadakan lebih banyak lagi pusat hemodalisis di negeri ini dan kerajaan negeri memang banyak membantu kita,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Hospital Setiu, baru-baru ini.

 

KKM bina 39 menara telekomunikasi di Terengganu

 Oleh: Suriati Ali

 Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) akan membina 39 menara telekomunikasi baru di seluruhTerengganu membabitkan peruntukan RM58.5 juta sebagai usaha mempertingkatkan kadar menembuskan jalur lebar.

 Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari berkata melalui langkah itu, bacaan kadar sedia ada (57.3 peratus) di negeri ini, mampu dipertingkatkan sehingga kadar penembusan negara 67.1 peratus apabila siap dibina awal tahun depan.

 Katanya, pembinaan 39 projek itu adalah sebahagian 400 menara telekomunikasi bagi fasa pertama yang bakal dibina di seluruh negara.

“Pada masa sama, Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) juga bersetuju menyediakan 19 Pusat Internet 1Malaysia membabitkan kos RM20 juta di seluruh Terengganu.

 “Penambahan kemudahan itu secara tidak langsung mampu menambah kemudahann pusat internet (Pusat Bestari.Com) dan 206 Kampung Tanpa Wayar yang sedia ada di Terengganu.

“Apa yang dilaksanakan itu semata-mata mahu memudahkan orang ramai melayari internet tanpa had dan meneroka ilmu Teknologi Maklmat secara bijak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Majlis Perasmian Projek Perintis Terengganu Open Wifi, di Lapangan Terbang Sultan Mamud (LTSM), Kuala Terengganu, hari ini.

 Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri  Mohd Zubir Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Tranformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A.Latif Awang

. Ahmad berkata, janji kerajaan negeri dalam Pembentangan Bajet 2014, pada Disember tahun lalu, untuk menyediakan kemudahan Wifi secara percuma kepada rakyat Terengganu kini terlaksana.

 Katanya, kemudahan yang membabitkan kos kira-kira RM30 juta, kini boleh di akses di LTSM dan akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat di 600 lokasi seluruh Terengganu.

“Dalam tempoh terdekat, beberapa kawasan tumpuan pelancong, termasuk perpustakaan, stesen bas, pasar, jeti bot, taman awam dan taman reakreasi akan turut disediakan kumudahan itu,” katanya.

 Katanya, pihaknya sediakan kemudahan itu kerana menganggap sebagai satu keperluan bermakna bagi rakyat, terutama golongan muda.

 “Tidak ketinggalan, perkara itu cukup penting bagi pelancong dan pelabur untuk mengakses pelbagai maklumat penting ketika berada di negara ini khususnya Terengganu, selain dapat mengetahui lokasi menarik dengan mudah,” katanya.

 

satu lagi catatan sejarah gemilang hasil idea Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, apabila melancarkan WiFi percuma (free) di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang merupakan perintis WiFi percuma di seluruh negeri tidak lama lagi. Bagi yang berurusan di LTSM, mereka kini boleh menggunakan WiFi percuma bermula hari ini. - Gambar-gambar oleh Zulkipli Putra.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said mencuba WiFi percuma gimik perasmian di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, hari ini.

Orang ramai menggunakan WiFi percuma di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.





1000 serta gotong royong Membara di Dun Langkap.

Penduduk Bukit Munduk membersih kampung mereka.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI kira-kira 1000 penduduk terbabit dengan Program Gotong Royong  Perdana Membara (Membantu Rakyat) anjuran JASA dan ahli Parlimen peringkat Daerah Setiu di beberapa kampung di DUN Langkap, semalam.

Jurucakap penganjur berkata, antara kampung terbabit ialah Alur Lik, Kampung Bukit, Sungai Las, Kampung Bukit Aman. Bukit Lawang dan Bukit Munduk.

"Gotong royong ini berpusatkan di Kampung Alur Lik. Di sini kita adakan jamuan makan pagi, makan tengahari dan pemeriksaan kesihatan mata dari Klinik Kesihatan Sungai Tong," katanya.

Dato' Sabri membantu 'mengulai' daging.
Katanya, beberapa jabatan kerajaan turut terbabit dengan gotong royong itu seperti menyediakan kenderaan dan tenaga kerja.

"Hadir sama ialah penuntut Kolej Universiti Bestari dan pelatih Kemas dari Bandar Permaisuri yang turut membantu beberapa kerja di majlis penutup program gotong royong itu," katanya.

Turut hadir di program itu ialah Ahli Parlimen Setiu, Mohd Zulkifly Jusoh dan Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor.

 Zulkifly dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat dengan gotong royong itu dan beliau program seumpama itu akan sentiasa diadakan bagi menjaga kebersihan kampung dan mengeratkan silaturrahim.
Antara jemputan khas yang hadir.


Sebahagian penduduk mendengar ucapan YB Zul

Antara yang hadir sedang berbincang sesuatu.


Ketua Penerangan UMNO Setiu berucap.

Jentera turut digunakan.

Sebahagian penduduk yang hadir.

Isteri Dato' Sabri (dua dari kanan) membantu menyediakan masakan.

Penduduk bergambar kenangan selepas penat bergotong royong.

Seorang penduduk  menyiapkan gulai daging.

Pemeriksaan mata dari klinik Kesihatan Sungai Tong.

Pengerusi majlis memulakan ucapan.

 

04 April 2014

Pehimi dan Zaihan lawat wartawan di Hospital.

PERIHATIN...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bertanyakan sesuatu kepada Mohamamad Ishak, wakil Berita Harian dan Harian Metro Besut ketika melawat wartawan itu di Hospital Jerteh, semalam.

Mohammad dimasukan di wad itu kelmarin, akibat terkena serangan jantung ketika berada di rumahnya pagi itu. Bagaimanapun keadaannya stabil dan memerlukan rehat selama beberapa hari lagi di hospital itu.

Pehimi turut lawat Mat Sahak.
Sebelum ini beberapa rakan Mohammad datang melawat beliau antaranya Exco Kesihatan negeri, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Mohd Pehimi Yusof dan Timbalan Pengarah UKOM, Roslan Abdul Rahman.

Kami dari warga TEGANUKITA mengharapkan Mohammad akan kembali sembuh seperti biasa dan dapat meneruskan kerjayanya sebagai wartawan untuk melaporkan berita-berita bagi daerah Besut dan meneruskan usahanya sebagai aktivis masyarakat- Aminudin Ismail.

 

YB Roslee rasmi 'Retreat' Putri Dungun.

Roslee menerima cenderahati dari Arlina.
Oleh: Aminudin Ismail.

SERAMAI 60 anggota Putri UMNO dari semua cawangan Dungun berkampung selama tiga hari tiga malam di Primula Hotel Kuala Terengganu bagi menjalani program jati diri dan pemantapan politik untuk memantapkan lagi pergerakan itu sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Ketua Pergerakan Putri UMNO Dungun, Arlina Rosli, berkata antara pengisian program itu ialah acara pengenalan diri (ice breaking), motivasi dan beberapa aktiviti luar.

"Selain itu kita ada juga sessi ceramah untuk menjadi perundingan kewangan oleh seorang penceramah yang dijemput khas dan ceramah pemerkasaan ekonomi bersama Mara bagi memberi peluang mendapatkan pinjaman di bawah RM50,000.00.

"Kita juga mengadakan program bagaimana untuk menjadi pemimpin muda yang berjaya dengan mengadakan sessi ceramah motivasi dan cara penampilan diri dengan baik," katanya.

Arlina berkata, melalui program itu juga, peserta juga didedahkan dengan Bengkel Halatuju Putri UMNO Dungun bagi mengumpul idea setiap ahli Putri untuk dipertengahkan.

"Saya mengharapkan 'retreat' ini banyak memberi banyak manfaat kepada peserta dan mereka ini akan mempraktikan apa yang diperolehi apabila pulang ke kampung masing-masing nanti," katanya.

Majlis perasmian program dilakukan oleh Roslee Daud Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan Dan Koperasi yang juga Adun Bukit Besi, malam tadi.

Dalam ucapan perasmiannya, Roslee merakamkan ucapan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Ketua Pergerakan Putri Umno Dungun itu dan mengharapkan seluruh ahli UMNO Dungun terus memperkasakan UMNO.

"Saya mengharapkan supaya kita sama-sama tanamkan jatidiri, kita letakan perjuangan ini dihadapan dalam perjuangan kita.

"Insya Allah kalau sekiranya kita betul-betul menanamkan semangat perjuangan, kita akan menjadi semakin kukuh dan kita akan berjaya memenangi semula beberapa kawasan yang kita tewas dulu pada PRU akan datang," katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Khas Menteri Besar di Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Zainun Bakar (Ketua Wanita UMNO Dungun) dan Mohd Asri Mohamad (Ketua Pemuda UMNO Dungun).
Roslee bersama tetamu jemputan khas.


Datuk Rosli bersama beberapa wartawan menjamu selera.
Sebahagian peserta yang hadir menjayakan program


Antara aktiviti penampilan diri yang diadakan.

 

03 April 2014

Sekitar Karnival Kesihatan Hospital Setiu, hari ini./ Alat hemodialisis akan ditambah-Pehimi.

Pehimi memotong ribon melancarkan karnival. sambil diperhatikan, Dr. Anwa (dua dari kanan) , Dr.Muhammad Omar (kanan) dan Nik Danya (tiga dari kanan).
Oleh: Aminudin Ismail. 

KARNIVAL Kesihatan Sempena 10 Tahun Penubuhan Hospital Setiu disambut dengan meriah dengan menampilkan pelbagai acara untuk pengunjung yang diadakan di Perkarangan Hospital Setiu, Bandar Permaisuri, hari ini.

Karnival sehari itu turut mengadakan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Daerah Setiu 2014 Bersama Ahli Lembaga Pengarah.

Antara acara yang diadakan di karnival yang dirasmikan oleh Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof itu ialah gerai pameran, pemeriksaan kesihatan, derma darah pertandingan memasak serta melukis.

Dalam ucapanya, Pehimi berkata, dengan penubuhan Hospital Setiu (HS) sejak 10 tahun lalu itu banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Pahimi beramah mesra dengan jemputan yang hadir.
Katanya, selain dapat kemudahan hospital, penduduk Setiu juga mendapat peluang untuk bekerja di Hospital Setiu.

"Wujudnya Hospital Setiu ini, yang sebelum ini saya tanya pengerusi Jemaah Pelawat Hospital, jika ada orang sakit terpaksa berulang alik ke Hospital Besut ataupun Kuala Terengganu.

"Tetapi dengan adanya Hospital Setiu ini ia dapat memberi khidmat kepada seluruh masyarakat di daerah Setiu ini dan secara tidak langsung, selain daripada itu, HS ini memberi khidmat kepada penduduk-penduduk Setiu.

"Saya melihat ramai daripada warga hospital ini terdiri daripada penduduk Setiu, ramai yang dapat bekerja di sini," katanya.

Dalam pada itu, Pehimi berkata, kerajaan  negeri  ini akan  menambah alat pencuci darah untuk pesakit buah pinggang (hemodialisis) di dua buah hospital di negeri ini bagi menampung keperluan pesakit untuk mendapat rawatan.

Pehimi..cakna pesakit buah pinggang.
Katanya, beliau diberitahu masih lagi ramai pengidap-pengidap sakit buah pinggang menunggu kemudahan alatan itu untuk digunakan mereka.

“Alhamdulillah, jika dulunya masyarakat di Setiu ini terpaksa berulang-alik ke Besut dan Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan itu tetapi hari ini HS sudah mempunyai mesin mencuci buah pinggang sendiri iaitu sebanyak 13 unit.


“Dan suka juga saya nak beritahu bahawa hari ini kerajaan negeri tengah merancang  untuk memperbanyakan lagi mesin cuci buah pinggang ini iaitu di Hospital Dungun dan Hospital Besut. 

"Insya Allah dengan kerjasama  kerajaan negeri dan Maidam ianya akan menjadi realiti sedikit masa lagi,” katanya. 

Antara tetamu jemputan khas yang hadir
Pehimi juga merakamkan terima kasih dan tahniah kepada Pengarah Hospital Setiu dan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pelawat kerana berjaya menganjurkan dua program itu sekaligus.

Hadir sama ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Dato' Dr. Anwa Sulaiman, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan),  Dr. Muhammad Omar, Pengerusi Lembaga Pelawat HS, Nik Danya Nik Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Awam, Dr. Mohd Jusoh, Timbalan Pengarah Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makan), Che Ghani Sidek, Suhaimi Jusoh, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) serta Pengarah Hospital Setiu, Dr. Mohd Faizal Abdullah dan Pengarah Hospital Besut, Dr. Asmaliza Abd Rahman.

Sebahagian jemputan  yang hadir.
Che Ghani, Dr. Mohd Jusoh dan Pehimi tertarik melihat pameran.
Kanak-kanak pra sekolah turut hadir.

Beberapa pengunjung melihat pameran yang diadakan.
Jururawat bergambar kenangan di gerai pameran.
Pemenang peraduan melukis menerima hadiah.

Hadiah turut disediakan untuk beberapa acara pertandingan.
Antara yang hadir.
Pemeriksaan kesihatan turut diadakan.

Pehimi melihat antara aktiviti terapi yang diadakan.
Pehimi turut melawat pesakit di wad.

Seorang pegawai perubatan HS memberitahu sesuatu kepada Pehimi.