Roslee menerima cenderahati dari Arlina. |
SERAMAI 60 anggota Putri UMNO dari semua cawangan Dungun berkampung selama tiga hari tiga malam di Primula Hotel Kuala Terengganu bagi menjalani program jati diri dan pemantapan politik untuk memantapkan lagi pergerakan itu sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Ketua Pergerakan Putri UMNO Dungun, Arlina Rosli, berkata antara pengisian program itu ialah acara pengenalan diri (ice breaking), motivasi dan beberapa aktiviti luar.
"Selain itu kita ada juga sessi ceramah untuk menjadi perundingan kewangan oleh seorang penceramah yang dijemput khas dan ceramah pemerkasaan ekonomi bersama Mara bagi memberi peluang mendapatkan pinjaman di bawah RM50,000.00.
"Kita juga mengadakan program bagaimana untuk menjadi pemimpin muda yang berjaya dengan mengadakan sessi ceramah motivasi dan cara penampilan diri dengan baik," katanya.
Arlina berkata, melalui program itu juga, peserta juga didedahkan dengan Bengkel Halatuju Putri UMNO Dungun bagi mengumpul idea setiap ahli Putri untuk dipertengahkan.
"Saya mengharapkan 'retreat' ini banyak memberi banyak manfaat kepada peserta dan mereka ini akan mempraktikan apa yang diperolehi apabila pulang ke kampung masing-masing nanti," katanya.
Dalam ucapan perasmiannya, Roslee merakamkan ucapan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Ketua Pergerakan Putri Umno Dungun itu dan mengharapkan seluruh ahli UMNO Dungun terus memperkasakan UMNO.
"Saya mengharapkan supaya kita sama-sama tanamkan jatidiri, kita letakan perjuangan ini dihadapan dalam perjuangan kita.
"Insya Allah kalau sekiranya kita betul-betul menanamkan semangat perjuangan, kita akan menjadi semakin kukuh dan kita akan berjaya memenangi semula beberapa kawasan yang kita tewas dulu pada PRU akan datang," katanya.
Turut hadir ialah Pegawai Khas Menteri Besar di Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Zainun Bakar (Ketua Wanita UMNO Dungun) dan Mohd Asri Mohamad (Ketua Pemuda UMNO Dungun).
Roslee bersama tetamu jemputan khas. |
Datuk Rosli bersama beberapa wartawan menjamu selera. |
Sebahagian peserta yang hadir menjayakan program |
Antara aktiviti penampilan diri yang diadakan. |