Halaman

03 April 2014

Terengganu lulus projek RM6.7 juta bantu kontraktor kelas F

Kerajaan negeri meluluskan Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS) bernilai RM6.7 juta bagi membantu kontraktor kelas F sepanjang tahun ini.

 Sebanyak 181 projek sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dengan nilaian antara RM30,000 hingga RM90,000 ditawarkan 624 kontraktor berdaftar. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, pihaknya menggunakan ‘Sistem Pengundian Berkomputer’ sebagai usaha memberi keadilan kepada semua kontraktor yang memohon..

Katanya. mereka yang memperolehnya dikira sebagai nasib dan tidak boleh dipertikai atau menyatakan kerajaan bersikap pilih kasih. “Inisiatif ini sudah lama dilaksanakan semata-mata mahu membantu kontraktor Bumiputera maju dan berdaya saing.

 “Mereka sewajarnya berusaha sendiri menyiapkan projek itu dalam tempoh ditetapkan dan bukannya bertindak menjual projek itu kepada pihak lain. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengundian Projek PIA-PIAS di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

 Ahmad Turut memberitahu, keputusan kerajaan Terengganu menganggarkan sekurang-kurangnya RM100 juta diperlukan bagi membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin memang munasabah.

 “Kita buat kajian terperinci sebelum satu-satu projek diselenggara, aspek mana perlu dibaiki dan ditambah. Di sini tidak timbul isu pembaziran, jika baiki selepas itu tidak sempurna lagi membazir.

 “Pembangkang hanya pandai mengkritik dan menyoal pelbagai isu, semua tidak kena di mata mereka,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah.