Semalam, seramai 889 penduduk sekitar Dun itu menerima wang BR1M berjumlah RM525,000 dengan masing-masing menerima RM650 dan RM300 tiap seorang.
Jurucakap Pejabat Daerah Setiu, selaku pihak menguruskan pemberian bantuan itu, berkata pada hari ini seramai 591 orang lagi akan menerima bantuan itu.
"Program semalam berjalan lancar dan tamat pada waktu yang kita jangkakan. Hari ini seramai 591 lagi akan menerima bantuan itu yang membabitkan wang berjumlah RM343,900.00," katanya.
Dalam pada itu, beberapa penerima yang ditemui semalam, mengharapkan kerajaan akan dapat meneruskan pemberian BR1M ini kerana ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian dan berterima kasih kepada kerajaan BN.
"Saya sangat gembira pada hari ini kerana dapat wang RM650 ini, terima kasihlah kepada kerajaan BN yang perihatin kepada rakyat seperti saya ini. Walaupun wang ini mungkin kecil bagi yang berada tetapi bagi saya ia sangat besar dan bermakna," kata seorang penerima.- Aminudin Ismail.