Hanafiah mengagihkan sumbangan kepada peserta Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan. Foto Harish Fadzillah Abu Karim. |
Kerajaan negeri mengagihkan RM199,000 kepada 119 ibu dan bapa tunggal yang kembali menjalani kehidupan berumah tangga dalam Majlis Penyampaian Cek Saguhati Perkahwinan di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, semalam.
Pengarah YPKT, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, ganjaran RM1,000 bagi setiap individu yang diperkenalkan dalam Bajet 2018 itu merupakan sebahagian daripada rangsangan ke arah mencorak institusi keluarga yang terbela dan lebih sejahtera.