SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
Halaman
30 November 2012
29 November 2012
Tuduhan Umno murtad melampau
Oleh: Suriati Ali
Kenyataan Mursyidul Am Pas, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa Umno sebagai murtad amat keterlaluan dan melampau kerana tindakan tersebut bertentangan ajaran Islam.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kenyataan pemimpin Pas itu membuktikan perjuangan parti berkenaan kini telah jauh tersasar daripada ajaran Islam sebenar.
Katanya, Pas kini semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama orang Melayu sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun menyedari perkara itu di luar batasan.

“Mereka sering menyerang Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, terbaru mendokan UMNO supaya hancur serta dituduhnya murtad.
"Sebaliknya, parti itu perlu sedar diri kerana banyak perkara terpesong atau sesat telah dilakukan oleh mereka semata-mata mahu tunjuk hebat dan berkuasa di depan rakyat.
“Apa yang kita buat semua salah dan tidak betul, ulamak kita pun digelar sebagai ulamak `terompah’, ulamak parti itu pula mulia dan baik,” katanya.
Dato’ Seri Haji Ahmad, berkata,sepatutnya Pas yang kononnya memperjuangkan Islam menganjurkan solat hajat dan berdoa untuk menyatupadukan umat Islam di negara ini, itu yang sepatutnya.
"Semua umat Islam itu bersaudara, kepentingan agama Islam itu perlu diletak lebih tinggi daripada kepentingan politik,” katanya.

Koperasi raih untung RM22.1j
Oleh: Aida Abd Rahman
Sebanyak RM22,108,311 keuntungan berjaya dikumpul oleh 504 koperasi berdaftar di negeri ini dengan keahlian seramai 234,179 sehingga akhir Jun lalu.
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Haji Mohd Mazlan Deraman, berkata berdasarkan statistik pihaknya, jumlah keuntungan meningkat berbanding tempoh yang sama berakhir Disember 2011 (RM20,179,601.62) dan 2010 (RM16,383,473.69).
“Jumlah keuntungan semakin meningkat dengan pertambahan koperasi baru setiap tahun. Ia juga disumbang melalui pengumpulan modal dan syer anggota serta program pembangunan perniagaan yang berdaya saing.
''Kesedaran orang ramai menyertai koperasi sebagai sebuah institusi yang mampu memberi manfaat dari aspek pendapatan dan pembiayaan kewangan turut mempengaruhi peningkatan jumlah keuntungan serta aset terkumpul,” katanya kepada Teganukita, hari ini.
Haji Mohd Mazlan berkata sehingga Jun lalu juga, SKM berjaya merekodkan RM387,559,374.05 aset terkumpul dengan RM243,402,389.63 jumlah dagangan serta RM182,317,364.74 pegangan saham.
Pada masa yang sama, beliau menasihatkan anggota koperasi memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran baru.
Katanya, perubahan dalam ekonomi, politik dan proses liberalisasi pasaran serta kemunculan teknologi baru perlu diikuti supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan tersebut.

Kesal sikap pemimpin Pas pertahankan doa
Oleh: Suriati Ali
Tindakan Pas mempertahankan doa yang dibacakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat membuktikan parti itu ingin menghancurkan umat Islam di negara ini.
Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Haji Kamaruddin Omar, berkata dia kesal dengan sikap pemimpin Pas yang menyatakan doa tidak bercanggah dengan Enakman Jenayah Syariah Kelantan. “Enakman atau undang-undang itu direka sendiri dan ia tidak berpandukan al-Quran dan hadis.

“Mereka bijak putar belit isu supaya rakyat menjadi keliru, jika pemimpin mereka tetap mempertahankan doa yang berbunyi `K.O BN’, `K.O BN’ bermakna kita juga boleh mendoakan kecelakaan kepada parti Pas,” katanya.
Bagaimanapun, katanya kita sebagai umat Islam tidak terdetik untuk berbuat demikian kerana sedar ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
“Nabi Muhammad sendiri pun tidak mendoakan sedemikian rupa ketika ia diserang musuh, sebaliknya mendoakan supaya musuh itu mendapat petunjuk,” katanya ketika dihubungi Teganukita.
Katanya, sebagai masyarakat Islam, harus menolak kepimpinan dibawa pembangkang kerana perikatan itu sanggup melakukan apa saja demi survival politik mereka..

JKNT lancar Tabung Palestin
Oleh: Noraini Jusoh
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah melancarkan Tabung Palestin bagi membantu penduduk yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Palestin.
Pengarah JKNT, Haji Anwa Sulaiman berkata, pelancaran kutipan derma kemanusian tersebut melibatkan seluruh bahagian kesihatan di negeri Terengganu.

"Program ini dianjurkan JKNT dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKES) JKNT, bertujuan membantu meringankan penderitaan yang dialami umat Islam di bumi Palestin melalui sumbangan kakitangan jabatan khususnya dan orang ramai amnya.
"Kita akan meletakkan tabung di setiap kaunter hospital dan klinik bagi memudahkan mereka yang ingin menyalurkan sumbangan berbuat demikian,” ujarnya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kutipan Derma Kemanusiaan Palestin 2012 yang berlangsung di JKNT, hari ini.
Menurut Dr. Hj. Anwa, terdapat enam buah hospital, 40 klinik kesihatan dan 133 klinik desa di seluruh negeri Terengganu dan semua akan terlibat dalam program ini.
"Kakitangan jabatan dan orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikan bermula hari ini sehingga 23 Disember ini.
"Semua sumbangan yang berjaya dikumpulkan sepanjang tempoh tersebut akan diserahkan kepada salah satu badan yang membuat kutipan di seluruh negara,” ujarnya.
Katanya, sebelum ini JKNT telah berjaya mengumpul sebanyak RM2120 melalui Tabung Rohingya.
Justeru,beliau mengharapkan jumlah kutipan Tabung Palestin pada kali ini akan melebihi jumlah yang telah berjaya dikumpulkan sebelum ini.

JKM Terengganu muncul juara keseluruhan Anugerah Inovasi
Oleh; Esah Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu berjaya membolot lima daripada tujuh kategori yang dipertandingkan sekali gus muncul juara keseluruhan dalam Anugerah Inovasi JKM 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang.
Lima anugerah yang dimenangi ialah kategori Pertandingan Inovasi dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif menerusi reka cipta kerusi roda urut V-Care menggunakan kerangka kerusi roda terpakai yang diubah suai oleh Bengkel Pemulihan Kebajikan Marang.
Manakala kategori Anugerah Pegurusan Kewangan dimenangi Rumah Ihsan Dungun; Anugerah Inovasi Edible Green Instituti di menangi Taman Sinar Harapan Bukit Besar dan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi oleh JKM Terengganu.
Sebanyak 97 penyertaan bagi tujuh kategori dipertandingkan tahun ini bertujuan mencetuskan inovasi dalam pelbagai sector untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar.
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Dr Noorul Ainur Mohd Nur telah menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Dato’ Dr Noorul Ainur kemudiannya mencadangkan semua hasil ciptaan yang berjaya dipatenkan dan dijadikan suatu produk pengguna yang mempunyai nilai pasaran agar boleh digunakan oleh masyarakat.

Hari tongkat putih dapat sambutan luar biasa
Oleh; Esah Abdullah
Penyertaan beberapa Pertubuhan Orang-orang Buta Malaysia (SBM) dari luar Terengganu seperti Perak, Pahang, Kuala Lumpur/Selangor dan Kelantan memeriahkan sambutan Hari Penglihatan Sedunia dan Hari Tongkat Putih Antarabangsa peringkat negeri Terengganu yang diadakan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu baru-baru ini.
Pengerusi SBM Terengganu, Encik Mohammad Abdul Nasir Malek berkata, program tersebut telah mendapat sambutan luar jangka iaitu kira-kira 1,000 orang di mana penganjur hanya mensasarkan 600 peserta sahaja.
“Masyarakat kita memang terkenal dengan sikap berbudi bahasa dan ini jelas apabila ramai golongan normal sedia menghulur bantuan dan memberi kerjasama erat dalam menjayakan program ini,” katanya.
Beliau juga mendambakan simpati masyarakat normal untuk memberi kerjasama terhadap golongan cacat penglihatan terutama ketika mereka berada di tempat awam.
Katanya, program yang julung kali diadakan itu bermula dari Dataran Shahbandar melalui Jalan Masjid Zainal Abidin, Jalan Kampung Daik, Jalan Paya Keladi, Jalan Syed Hussin, Jalan Tok Lam dan kembali ke Dataran Shahbandar.
Beliau gembira dan terharu kerana mendapat kerjasama penuh daripada sukarelawan termasuklah penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) Kolej Latihan Kejururawatan Terengganu, Puteri UMNO Terengganu, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan orang perseorangan.
Hari Tongkat Putih Antarabangsa adalah satu event global yang disambut setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai golongan pemegang tongkat putih di samping memberi pendedahan kepada pengguna jalanraya terutama pemandu kenderaan tentang keperluan mengamalkan etika berbudi bahasa dan bersikap perihatin apabila mendekati OKU penglihatan menggunakan sebatang tongkat putih.
Hari Penglihatan Sedunia pula disambut pada setiap hari Khamis minggu kedua pada bulan Oktober setiap tahun bertujuan memberi pendedahan kepada pentingnya penjagaan mata.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Dato’ Haji Mazlan Ngah di mana kedatangan beliau disambut dengan persembahan silat dari persatuan pencak silat Rakan Muda.

Wanita, Pemuda, Puteri ikrar pertahan Putrajaya
Ketiga-tiga saya Umno berikrar untuk mempertahankan Putrajaya agar ia tidak terlepas ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno menegaskan mereka tidak rela melihat negara muflis, maruah bangsa dipijak, berlaku kekacauan di merata tempat dan akhirnya negara tergadai dan dikuasai pihak asing.
Ketiga-tiga pergerakan yang menjadi tonggak Umno itu yakin hanya Barisan Nasional (BN) yang memiliki rekod pentadbiran lebih 50 tahun mampu membela nasib rakyat serta memacu negara ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan jiran-jiran di rantau Asia.

Hasrat yang impian ahli-ahli pergerakan tersebut disuarakan melalui pemimpin mereka, Dato’ Seri Sahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirin (Puteri) pada Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Dengan kelantangan suara ketiga-tiga pemimpin itu dan iltizam tinggi untuk berbuat demikian kita yakin mereka akan bekerja gigih pada PRU 13 nanti bagi memastikan kemenangan BN.
Mereka pastinya berjuang hingga ke titisan terakhir tanpa mengharapkan balasan bagi memastikan BN terus memerintah negara demi masa depan penduduk negara ini dan generasi akan datang.
Sesungguhnya Wanita, Pemuda dan Puteri tidak rela melihat negara ini terlepas ke tangan pembangkang yang dikuasai PKR dan DAP manakala Pas menjadi kuda tunggangan.
Mereka tidak mahu pemimpin yang tidak bermoral dan gila kuasa menerajui tampuk pemerintahan negara ini. “Semangat Wanita Umno terus membakar di setiap pelosok negara.
Walaupun semboyan rasmi ditiup, Wanita Umno terlebih dulu mengorak langkah dalam barisan rapat menuju medan perang,” semangat ucapan Dato’ Seri Shahrizat.
Kita semua memang mengharapkan gabungan tenaga ketiga-tiga sayap tersebut akan memantapkan jentera Umno, seterusnya membolehkan pelbagai strategi diatur bagi memastikan kemenangan BN pada PRU 13. HIDUP UMNO! Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Jaga kebersihan Bandaraya Kuala Terengganu
Oleh: Kamarudin Mat Akib
Kejayaan Tandas Eksklusif milik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapat pengiktirafan sebagai Tandas Terbersih 1Malaysia di negara ini, bakal menjadi ‘batu loncatan’ ke arah menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai bandaraya terbersih di negara ini.
Jika masyarakat tempatan membantu menjaga kebersihan sekitar bandar, tidak mustahil hasrat dan impian tersebut boleh dicapai dalam masa terdekat ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said sendiri merupakan seorang pemimpin yang amat menitikberatkan soal kebersihan.

Malah, beliau pernah membangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu isu penjagaan kebersihan agar masyarakat tempatan sedar mengenai kepentingan menjaga kebersihan alam sekeliling.
Beliau secara sinis menyindir pemilik kereta mewah yang mengambil tindakan mudah membuang kulit rambutan melalui kereta ketika melalui jalan raya di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
Pada suatu ketika beliau sering melalui jalan pantai di Batu Buruk untuk perjalanan ke pejabat pada waktu awal pagi bagi memastikan kakitangan MBKT membersihkan kawasan peranginan tersebut, sebelum pengunjung datang berehat di situ.
Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengisytiharkan tandas awam di Taman Shahbandar itu sebagai tandas awam terbersih di Malaysia, sekali gus merangkul Anugerah Emas.
Tandas eksklusif berkenaan berjaya menewaskan tujuh tandas awam yang lain bagi kategori Tandas Awam PBT (Bandaraya/Perbandaran) pada Pertandingan Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia.
Pujian harus diberikan kepada MBKT kerana walaupun dari segi penggunaannya amat besar iaitu menghampiri 6,000 hingga 10,000 orang sebulan kerana kawasan ini menjadi lokasi karnival dan pasar malam, tetapi pada masa sama ia berjaya mengekalkan kebersihan dan keadaan tandas itu setelah hampir lapan tahun beroperasi.
Kita semua tentunya mengharapkan bukan setakat tandas berkenaan dijaga dengan sempurna, tetapi ia meliputi semua tandas awam yang terletak dalam bandaraya ini.
Begitu juga pemilik kedai makan, stesen minyak, pasar serta masjid dan surau di bandaraya ini perlu meningkatkan tahap kebersihan bagi memikat pelawat dan pelancong.
Peniaga di pasar malam dan semua premis sekitar bandar pula perlu mengelakkan sikap gemar membuang sampah di merata-rata tempat, bagi mengekalkan kebersihan sekitar bandar.
Jika semua pihak mengambil berat dan cakna kebersihan sudah pasti Bandaraya Kuala Terengganu akan menjadi bersih dan mendapat pujian.
Kita semua berharap jika ini berlaku, Kuala Terengganu akan dikunjungi lebih ramai pelancong dan mereka pasti memuji kebersihan dan keindahannya, sesuai dengan jolokannya “Bandaraya Warisan Pesisir Air”.

“Bersama Melakar Kemenangan” – Muhyiddin
Alhamdulillah,
UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55
tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri,
dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita
telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung
kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.
Kita
bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian
pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat
dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa
persengketaan, tanpa kemusnahan.
Pada masa
yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang
meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang
berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi
seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim:
وَإِذۡ
قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ
ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِۖ
Yang
bermaksud:
Dan
(ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah
(negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari
berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.
(Surah
Al-Baqarah, Ayat 126)
Saudara
dan saudari yang saya hormati,
Politik Perkongsian
Kuasa
Menghimbau
55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di
Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang
kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai
penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan
penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi
persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak
kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu,
dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.
Kecuali di
Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum.
Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun,
persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan
politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa
dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara,
kemusnahan dan kemunduran.
Di Fiji,
etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan
British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada
tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan
Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana
tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih
mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.
Lebih
malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa
penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak
kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah
lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti.
Walaupun
Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam
dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan
kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan.
Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi
kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah
mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi
orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.
Saudara
dan saudari yang saya hormati sekalian,
KEBIJAKSANAAN
POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA
Alhamdulillah,
kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah
seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih
banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka
besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah
s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke
hari ini.
Kesemua
ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab
yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama
ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian
kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan
tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu,
iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974,
muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili
pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Sepanjang
lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk
memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk
bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa
kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.
Alhamdulillah,
meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja
rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua
perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal
aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.
Meskipun
begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik,
mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi
menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti
sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir
semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam
Barisan Nasional.
Begitu
juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional.
Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan
kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang
lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan
Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP
menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan
kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Sebenarnya
saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan
kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit
untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka.
DAP pula
menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu
membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional,
supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar
kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke
atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.
Hakikatnya,
sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan
fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA,
bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia
didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan
membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita.
Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat
berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran
bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka.
Merekalah
yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan
mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.
Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpancul di mulut nista dan caci
PEMBANGKANG
TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT
Saudara
dan saudari yang saya hormati sekalian,
PAS dan
DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza
dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri,
kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba
ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon
utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga
ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara,
dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.
Mari kita
lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau
Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS
mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga
kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela
menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku
memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan
kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya,
DAP tidak percaya kepada PAS.
Di Kedah
pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri
yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan
atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN,
tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa
dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.
Di
Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai
penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang
sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang
pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga
tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat
dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini
dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.
Ternyata,
PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan
PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP
dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak
dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan
Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang
Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS
hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut
kuasa.
Saudara
dan saudari,
Cuba kita
bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan
pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi
pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan
ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa
jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal
lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan
negara Islam.
Selama ini
pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka
tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di
Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62
daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi
parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999
bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85
daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada
222 kerusi parlimen.
Ironinya,
jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh
membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan.
Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya
umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi
sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam
semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada
jumlah kerusi yang dimenangi.
Berbeza
dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang
kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras
dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang
selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti
komponen dalam Barisan Nasional.
Mungkin
PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang
kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk
menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada
pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis,
takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk
menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS
berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita
biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.
Dengan
kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS
baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka
sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka,
DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri.
Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi
yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak
menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.
Jika tidak
boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan
juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS
tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan
pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya
kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka
langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar
bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.
Sebenarnya
saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan
pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang
lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang
mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan
berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling
mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya
kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.
Cuba
bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama
lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang
memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan
kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya,
pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita
serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.
CABARAN
IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI
Saudara
dan saudari yang saya hormati sekalian,
Kita
sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan
politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana
hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di
kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi
yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang
sekalipun.
Di
peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi
songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan
agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay,
biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang
tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara
lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim
kepada mereka.
Hari ini,
mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf
hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka
turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak
Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.
Alhamdulillah,
Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras
cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama
dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan
terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita
jika amalan songang ini dibiarkan menular.
Kita
bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan
cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral
dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.
Saudara-saudari
yang saya hormati sekalian,
Di negara
kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana
itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak
bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan
bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah
satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan
terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain.
Jika
undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa
hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di
Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut
hendak menghalalkannya.
Selain
itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden
PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama
Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan
oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh
kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad
boleh terpakai untuk umat Islam.
Saudara
dan saudari yang saya hormati sekalian,
Inilah
sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan
pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat
kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah
berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang
tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini,
atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke
Putrajaya, semuanya boleh sahaja.
Inilah
sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak
boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan
mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita
daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka
menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran
masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita
yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan
nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.
Saudara
dan saudari yang saya hormati sekalian,
Walaupun
pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila
bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang
janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB
Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu
dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu
ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu,
tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau
mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.
Namun,
belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri
janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka,
mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya
sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak
tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di
negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar
kepada sebuah akhbar.
Mereka
berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat
kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang
akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang
dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah
sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan
pengkritik mereka.
Inilah
wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa
janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah
yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah
kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah
orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan.
Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada
sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk
memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa,
mereka sanggup menabur fitnah.
Samalah
juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing
untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong
kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan
kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan
Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal
politik negara kita.
Bagi kita,
ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya,
awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia
pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi,
lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil,
supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh
bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka
berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat
oleh rakyat.
Kita fikir
lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati
pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR.
Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR?
Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi
Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak
ada dalam Perlembagaan parti.
Apakah sah
kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya
boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan
sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden,
Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan
Rakan-Rakan (PKR).
Kesemua
ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi.
Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun
tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk
bercakap mengenai Islam atau demokrasi.
Demokrasi
yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan
suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi
rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan
ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi
jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap
rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah
yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
JAMINAN
UMNO UNTUK BANGSA MELAYU
Saudara-saudari,
UMNO terus
komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf
sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang
diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri
oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus
diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat
berkembang.
Hari ini,
dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi
yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera
telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun
2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian
yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai
usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai
sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.
Begitu
juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan
Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam.
Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita
pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan.
Hari ini
dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan
kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam
yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita
telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja
mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan
negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di
Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.
Sepanjang
66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya
mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO
tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan
UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia
seluruhnya. Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak
melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama.
Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an:
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا
يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ
أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا
تَعۡمَلُونَ
Wahai
orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)
kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah
Al Ma’idah, Ayat 8)
Saudara
dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang
mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di
luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang
melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki
di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota
keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah
pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan,
inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan
Nasional.
Kita
sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat
tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita
dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan
merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip
moral, maruah bangsa dan kesucian agama.
Renungkanlah
saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa
yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan
kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada
rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan
sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti
rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan
ketulenan permata.
BERSAMA
MELAKAR KEMENANGAN
Saudara
dan saudari yang saya hormati sekalian,
Kita
sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival
parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun
ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini. Dalam
pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri,
bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan
Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti.
Sebagai
Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan,
kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti
tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari,
segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO
dan Barisan Nasional. InsyaAllah.
Pertingkatkan
gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti,
Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti.
Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan
denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah
kita akan mengarak obor kemenangan.
Gerakkan
jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang
apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati
pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah
s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan
Barisan Nasional.
Ingatlah,
bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita
memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk
diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak
boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan
rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf)dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan
parti yang suci.
Yakinlah
bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan
Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan
mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang
kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang
merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam
kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.
UMNO di
bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui
transformasi yang besar untuk negara kita. UMNO telah merasai denyut nadi
rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan
pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.
Baik
petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota,
golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan
pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan
gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.
Kita akur
bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih
banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa
depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala
rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita
berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin
parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang
akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim:
أَطِيعُواْ
ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ
Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (yakni orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu.
(Surah
Al-Nisa’, Ayat 56)
Kepada
Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian
sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang
dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga
menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu,
engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.
Kepada
Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan
Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan
walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah.
Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung
menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.
Kepada
Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan
keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka.
Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni
melakari masa depan nusa dan bangsa.
Kita tidak
gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah
tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa
mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara
daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya
sesat yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita mendaulatkan
maruah agama, bangsa dan negara.
Marilah
kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk
menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah
s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan
yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan
hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah
pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7:
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ
أَقۡدَامَكُمۡ
Yang
bermaksud:
Wahai
orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela
kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
Pemuda
adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata
UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO!
Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin
membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan.
Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat
kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan!
Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah!
Jadikanlah
perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu
Ya Allah
Ya Tuhan Kami!
Terimalah
doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai
Ya Allah
Bimbinglah
kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah
Ya Allah
Engkaulah
Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami
Dengan
rahmatmu Ya Allah
Engkau
kurniakanlah kemenangan buat kami
fai’za
‘azamta fatawakkal ‘alallah
Hidup
UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu
Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.
Dengan
lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan
Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.
Wabillahi
al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh
Subscribe to:
Posts (Atom)