Halaman

14 October 2013

Wan Nasiah mahu berbakti kepada wanita Setiu.

Oleh Aminudin Ismail. 

SETIU: Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Setiu yang baru, Wan Nasiah Wan Majid mahu semua ahli pergerakan itu bersatu padu samada yang kalah atau menang dalam pemilihan kelmarin untuk mempastikan UMNO akan terus mendapat tempat di hati rakyat.

Wan Nasiah, 53, seorang kaunselor di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Daerah Setiu itu, akan memulakan tugas barunya itu dengan menyatukan semua ahli-ahli Wanita UMNO dengan turun kesetiap cawangan untuk mengenal pasti apa-apa masalah sekiranya ada.

“Yang penting dalam perjuangan ini adalah penyatuan semua ahli. Saya nak menyatukan semua ahli dalam pergerakan ini. Jika ahli bersatu akan menguatkan lagi wanita UMNO di Setiu ini. Saya harapkan semua ahli UMNO perlu bekerja kuat supaya Barisan Nasional akan terus mentadbir Setiu ini,” katanya yang mula aktif dalam UMNO sejak lebih 20 tahun lalu itu.

Wan Nasiah, pemegang Ijazah Bimbingan Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, berkata sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru, beliau mahu memajukan wanita di daerah Setiu dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti pada masa depan.

“Saya ada misi dan visi tersendiri dalam mengendali pergerakan wanita, sebagai pemimpin baru tentunya saya ada pembaharuan yang perlu dilakukan disamping menguna pakai perancangan pemimpin yang lepas sekiranya ia memberi manfaat kepada wanita,” katanya ibu kepada dua cahayamata itu.

Sehubungan itu, beliau mahu semua yang bertanding dalam pemilihan kelmarin, supaya melupakan soal kalah menang dan yang paling penting, katanya, dia mahu semua ahli bersatu dan bersama-samanya bekerja untuk mempastikan UMNO dan rakyat akan terus maju.


Pemilihan Umno di empat Bahagian dijangka sengit


Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Umno 2013 bagi jawatankuasa Bahagian di Terengganu yang akan berlangsung Sabtu ini dijangka lebih sengit berbanding pemilihan tiga sayap parti, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Terengganu Dato' Muda Mamat berkata pihaknya menjangka empat bahagian akan menghadapi persaingan sengit iaitu di Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kuala Nerus.

"Ini kerana pertandingan di keempat-empat bahagian itu agak 'panas' kerana calon yang bertanding semuanya mempunyai penyokong kuat masing-masing dan peluang mereka juga agak seimbang kerana keistimewaan tersendiri.

"Justeru, pihak pengurusan jawatankuasa pemilihan Umno negeri akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk memastikan kelancaran pemilihan jawatankuasa Umno Bahagian minggu depan," katanya, semalam.

Kuala Nerus dan Marang bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru, Dungun (tiga penjuru) manakala Hulu Terengganu pertandingan satu lawan satu antara Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari dengan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Calon untuk Ketua Bahagian di Kuala Nerus pula ialah Ketua Bahagian itu Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri akan ditentang tiga lagi calon iaitu Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Dato' Ahmad Razif Abd Rahman; bekas exco negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said; dan Mohd Shapian Ali.

Dato' Muda berkata Marang juga dijangka sengit apabila Ketua Bahagian Dato' Yahya Khatib Mohamad bakal ditentang anak saudaranya sendiri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat negeri YB A Latiff Awang; bekas exco Dato'  Dr Abdul Latiff Awang dan Encik Zainal Alang Abdul Rahman.

 "Proses mendaftar perwakilan dijangka bermula pukul 8.30 pagi dan pemilihan jawatankuasa dijangka bermula sekitar pukul 10.30 pagi manakala keputusan rasmi dijangka mula diumum pada sidang akhbar pukul 11 malam," katanya.


Wakil Terengganu terpilih barisi exco Umno Pusat


Buat pertama kalinya Terengganu mempunyai wakil dalam exco Wanita Umno pusat apabila calon tunggal dari negeri ini Toh Puan Zaitun Mat Amin terpilih dalam senarai 20 barisan kepimpinan yang baharu bagi penggal 2013-2016.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Marang itu memperoleh 95 undi dari seluruh negara pada pemilihan Umno Sabtu lepas.

 "Alhamdulillah kerana kemenangan saya sebagai seorang daripada exco Wanita Malaysia ini membuktikan penghargaan dan kepercayaan yang diberi oleh perwakilan wanita di seluruh negara.

"Sebagai Pengerusi Gerak Prihatin dan Penyayang Pergerakan Wanita Umno Malaysia, ternyata gerak kerja kami melalui aktiviti kebajikan yang dijalankan diiktiraf mereka," kata Zaiton yang juga Bendahari Pergerakan Wanita Umno Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Setiu, YB Mohd Iskandar Jaafar merupakan wakil tunggal Terengganu yang dipilih dalam barisan 20 exco Pemuda di peringkat pusat.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi memperoleh sokongan daripada 87 bahagian dari seluruh negara. Mohd Iskandar yang menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Pemuda Setiu turut mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilihnya untuk jawatan exco Pemuda pusat bagi penggal 2013-2016.

"Oleh kerana saya adalah antara calon exco Pemuda yang berasal dari luar bandar, maka saya menganggap pemilihan saya kali ini adalah sebagai membawa suara pemuda akar umbi ke tahap yang lebih tinggi dan saya akan menjadi penghubung untuk pemuda akar umbi dengan kepimpinan pusat," katanya.

YB Iskandar yang baharu sahaja dilantik Pengerusi Belia 4B Terengganu baru-baru ini, berkata suara pemuda mesti didengar dan difahami pemimpin tertinggi kerana golongan itu adalah penentu masa hadapan negara.

Bagi pergerakan Puteri Umno pula, dua wakil negeri ini tersenarai sebagai antara 20 barisan pemimpin exco Puteri Umno di peringkat pusat untuk penggal 2013-2016.

Mereka ialah calon Ketua Pergerakan Puteri Kuala Terengganu Puan Normardiana Kamaruddin dan calon Ketua Pergerakan Puteri Kemaman Puan Asfalinda Anuar.

Mereka bagaimanapun kalah pada pemilihan jawatan ketua Puteri di kedua-dua bahagian itu.

Puan Asfalinda berkata walaupun tewas di bahagian sendiri, beliau akan tetap menghulurkan sumbangan tenaga, idea dan kreativiti untuk cawangan-cawangan di Kemaman dan kembali merapatkan saf barisan di akar umbi.

Bagi PuanNormardiana pula, beliau menghormati kehendak bahagian yang memilih Nia Notieya Zaharuddin sebagai Ketua Pergerakan Puteri Kuala Terengganu.

"Sebagai wakil Terengganu dalam exco peringkat pusat, kami akan memastikan beliawanis di negeri ini terus mendapat limpahan rahmat dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial hasil usaha Barisan Nasional selama ini dan terus memperbaiki segala ruang kelemahan yang ada," katanya.



JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA BAHAGIAN BESUT 2013-2016


Engku Naimah Engku Taib             Noor Aini Mohd Zin

Laporan: Mohammad Ishak

PENGERUSI TETAP:
NOOR AINI MOHD

TIMBALAN PENGERUSI TETAP: 
NORHAYATI CHIK

KETUA: 
ENGKU NAIMAH ENGKU TAIB

NAIB KETUA: 
NOORAINI MOHD ZIN

AHLI-AHLI JAWATANKUASA 
1. ROKIAH DAUD
2. WAYAS MOHD
3  CHE YAH AG BESAR
4. NORASIAH ABU BAKAR
5  SALBIAH A. LATIF
6  RAFIAH MUSA
7  ROSNANI AWANG
8. RAHIMAH A. RAHMAN
9. NOREMA MAT SAMAN
10.AZIZAH IBRAHIM
11.WAN ZAKIAH WAN HASAN
12.RAHMAH DAUD
13.ROHANI JALI
14 KAMARIAH SAAUD
15.HASMAH YUSOF

Penduduk Kampung Gong Bayor dapat masjid baru


Ahmad (kiri) dan Maria kanan menyerahkan replika kunci sambil diperhatikan Udris, Muhamad Pehimi dan A Rahim.

Oleh: Mohammad Ishak 

Aidilfitri yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam esok memberi penuh erti kepada masyarakat Islam di Kampung Gong Bayor, dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera,Besut.

Ini kerana masyarakat Islam kampung itu akan menunaikan solat sunat Aidiladha di masjid baru yang lebih selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Masjid berharga RM3.8 juta dibina pada Jun 2012 dan siap lebih awal daripada jadual ditetapkan akan digunakan untuk solat Aidilfitri esok.

Satu majlis penyerahan masjid berkenaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diwakili jurutera daerah, Maria Marcos kepada Pejabat Agama Daerah Besut yang diwakili Pegawai Agama Daerah,Ahmad Azhar Harun @ Musa berlangsung semalam.

Ia turut disaksikan Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Muhamad Pehimi Yusof dan Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.

Imam masjid berkenaan,Daud Abd Rani berkata, pihaknya gembira dengan penyerahan itu kerana ia membolehkan penduduk menggunakan masjid baru itu untuk solat dan aktiviti keagamaan selepas ia dibenarkan pihak Pejabat Agama Daerah.

Katanya, masjid yang mampu menampung kira-kira 500 jemaah menggantikan masjid lama yang uzur dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik kuliah, dewan, wakaf, bilik mandi, tandas awam dan landskap. “

Penyerahan masjid berkenaan adalah anugerah istimewa kepada penduduk kampung ini yang akan menyambut hari raya haji esok,” katanya.

YB Iskandar bawa suara Pemuda ke peringkat Pusat

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Setiu, YB Mohd Iskandar Jaafar akan membawa ‘suara’ Pemuda Umno Terengganu ke peringkat Pusat, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai ahli exco Pemuda Umno Malaysia.

Beliau yakin pemilihannya bagi menduduki jawatan tersebut akan memberi manfaat yang besar kepada pergerakan itu di negeri ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan mengundi saya sebagai ahli exco Pergerakan pemuda Umno Malaysia,” ujarnya yang telah mendapat 87 undi dan dilantik sebagai exco pergerakan itu.

Sebelum ini, YB Mohd Iskandar menang jawatan Ketua Pemuda Umno Setiu tanpa bertanding selepas beliau menjadi calon tunggal menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan tersebut.

Beliau akan membalas kepercayaan golongan muda dengan membela nasib mereka dan berusaha menyelesaikan segala masalah yang dihadapi Pemuda.

“Kita juga akan memantapkan jentera parti dan membuat persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang bukan saja dengan mengekalkan semua kerusi DUN dan Parlimen di Setiu, tetapi mengembalikan kerusi lain yang dirampas pembangkang, kepada Barisan Nasional,” katanya.

Pusat Rehabilitasi 1Malaysia, beri manfaat kepada 300 pesakit kronik

Oleh: Suriati Ali 

Pusat Rehabilitasi 1Malaysia, Seberang Takir, Kuala Terengganu kini menerima kira-kira 300 pesakit kronik terutama berkaitan saraf menerima rawatan pusat itu sejak beroperasi Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Dato’ Haji Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pusat itu cukup bermanfaat kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah di mana setiap hari dianggarkan antara 12 hingga 15 orang menerima rawatan di situ.

Katanya, kebanyakan pesakit yang berkunjung ke pusat itu adalah penghidap angin ahmar, jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

“Pada masa ini pusat tersebut tidak hanya memberi rawatan percuma kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, malah turut dinikmati masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran.

 “Setiap pesakit perlu mendapatkan surat sokongan dan pengesahan doktor di klinik-klinik kerajaan terlebih dahulu sebelum menerima rawatan di pusat berkenaan,” katanya.

 Menurut beliau, antara peralatan baru yang akan diterima di pusat itu ialah khusus untuk memberi rawatan kepada kanak-kanak pendidikan khas yang bernilai RM60,000 yang dijangka memulakan perkhidmatan pada awal November depan.

 "Selain itu pusat tersebut juga akan menempatkan seorang doktor pakar pelbagai penyakit secara bergilir-gilir pada setiap Sabtu untuk memberi rawatan dan khidmat kesihatan.

“Pada masa ini, antara aktiviti yang dijalankan di pusat berkenaan ialah penilaian dan rawatan kepada pesakit, memberi pendidikan kepada pesakit mengenai penjagaan rutin harian di rumah, memberi pendidikan kepada penjaga serta memantau keberkesanan rawatan kepada pesakit,” katanya.

“Pusat tersebut juga menyediakan kemudahan pengangkutan secara percuma untuk menghantar dan mengambil pesakit dari rumah mereka ke pusat itu memandangkan ramai antara mereka yang tidak mempunyai kenderaan,” katanya.

Pusat Rehabilitasi bernilai RM1 juta itu merupakan yang pertama di negara ini dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei lalu.

 

13 October 2013

Keputusan Pemilihan Sayap

BESUT 

KETUA WANITA Engku Naiman Engku Taib

NAIB KETUA WANITA Nooraini Mohd Zin

KETUA PEMUDA Azizul Jasmi Mohamad

NAIB KETUA PEMUDA Wan Zulkifli Aizan Wan Zakaria

KETUA PUTERI Ernisalwani Saidi

NAIB KETUA PUTERI Wan Ruhaida Wan Husin


SETIU 

KETUA WANITA Wan Nasiah Wan Abdul Majid

 NAIB KETUA WANITA Wan Hanisah Wan Ismail

 KETUA PEMUDA Mohd Iskandar Jaafar

NAIB KETUA PEMUDA Rosmadi Nasir

KETUA PUTERI Norfuzilawati Yusof

NAIB KETUA PUTERI Haslinda Mohd Nor

KUALA NERUS 

KETUA WANITA Norhayati Ismail

NAIB KETUA WANITA Zaharah Mohd

KETUA PEMUDA Khairudin Abd Majid

NAIB KETUA PEMUDA Ahmad Sabri At Hassan

KETUA PUTERI Zuraiha Shariza Embong

NAIB KETUA PUTERI Sharidah Rani @Mohamad Nawi

KUALA TERENGGANU 

KETUA WANITA Rozalina Moktar

NAIB KETUA WANITA Normala Said

KETUA PEMUDA Dr Najmil Faiz Mohamad Aris

NAIB KETUA PEMUDA Armi Irzan Mohd

KETUA PUTERI Nia Notieya Zaharudin

NAIB KETUA PUTERI Wan Nurul Hikmat Wan Ibrahim

MARANG

KETUA WANITA To’ Puan Zaitun Mat Amin

NAIB KETUA WANITA Mormawati Mat Khalid

KETUA PEMUDA Jasmira Othman

NAIB KETUA PEMUDA Saiful Dazilan Mazlan

KETUA PUTERI Laila Mat Daud

NAIB KETUA PUTERI Noraini Zakaria

HULU TERENGGANU 

KETUA WANITA Datuk Fatimah Hamat

NAIB KETUA WANITA Zurina Abd Rahman

KETUA PEMUDA Mohd Johari Abu Bakar

NAIB KETUA PEMUDA Ahmad Hamida Yusof

KETUA PUTERI Rozita Ismail

NAIB KETUA PUTERI Tuan Salizani Tuah Tuan Abd Rahman 

DUNGUN 

KETUA WANITA Zainun bakar

NAIB KETUA WANITA Faridah Akmal A Latif

KETUA PEMUDA Mohd Asri Mohamad

NAIB KETUA PEMUDA Hafizu Din

KETUA PUTERI Arlina Rosli

NAIB KETUA PUTERI Rita Syarinda Manaf Daud

KEMAMAN 

KETUA WANITA Rohani Abdullah

NAIB KETUA WANITA Rosmiza Mokhtar

KETUA PEMUDA Ahmad Fikry Ibrahim

NAIB KETUA PEMUDA Mohd Fauzi Mat Adam

KETUA PUTERI Shaeda Jusoh

NAIB KETUA PUTERI Malissa Ab Solah


 

Demo cegah kebakaran di SKLJ

Teks dan gambar Aminudin Ismail.

Penceramah.
ASYIK...Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jaya, (SKLJ) Setiu sedang asyik mendengar ceramah kebombaan dari seorang pegawai Bomba Setiu, selepas melihat demontrasi memadam kebakaran di sekolah itu, semalam.

Program yang dianjurkan pihak sekolah dan Bomba Setiu itu bertujuan mendidik murid supaya lebih perihatin tentang tragedi kebakaran dan mengetahui langkah awal mencegah kebakaran.

Seramai lima anggota Bomba Setiu terbabit dengan program itu bersama sebuah jentera cegah kebakaran. 

Pelbagai teknik kebombaan didedahkan kepada murid-murid sekolah itu termasuklah demontrasi memadam kebakaran mengunakan jentera bomba oleh anggota Bomba dan cara mengunakan alat pemadam kebakaran.


Pemilihan Wanita, Pemuda Puteri Umno Terengganu 2013

Oleh: Aida Abd Rahman/ Esah Abdullah/ Noraini Jusoh/ Mohd Hafizuddin Mat Tahar (pelatih)

Pergerakan Wanita Umno Bahagian Hulu Terengganu 

Pengerusi Tetap : Norasiah Mustafa
Timbalan Pengerusi Tetap : Inson Ibrahim
Ketua : Datuk Hajah Fatimah Hamat
Naib Ketua : Zurina Abd Rahman

Ahli Jawatankuasa :
     1. Habsah Senyum
     2. Hasmah Abu Bakar
     3. Nuweza Abdullah
     4. Mek Seri Ngah
     5. Siti Hadijah Yusoff
     6. Ramelah Abdullah
     7. Norini Ali
     8. Zaitun Mohd Zaki
     9. Haslinda Mohd Zanggi
    10. Mastura Jamal Din
    11. Faridah Mat Salleh
    12. Maimun Ismail
    13. Timah @ Zainun Muda
    14. Nab @ Zurina Salleh
    15. Rokiah M Koyakuty