Halaman

05 March 2014

90 terima Sijil dari Kolej Inforana.

TERIMA...seorang penuntut menerima sijil daripada Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Luar Bandar, Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Pelatih Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya JAKOA, KESEDAR Dan Program Peningkatan Kapasiti Dan Kapabiliti Khusus (PPKK) UPENT Sesi 2013 di Kolej Inforana, Tok Jembal, baru-baru ini.

CEO kolej itu, Ahmad Ramzi Abdul Rahman berkata, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada seramai 90 pelatih pelatih yang berjaya menamatkan kursus dan menerima sijil masing-masing.

"Pelatih-pelatih yang telah menjalani latihan kemahiran dan kerjaya yang dibiayai oleh kerajaan ini bertujuan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran dan berkelayakan bagi keperluan pasaran kerja.

Zubir (kiri) bertanyakan  sesuatu kepada seorang penuntut sambil diperhati Ramzi.
"Para pelatih yang telah berjaya menamatkan program latihan ini mempunyai peranan penting bagi memastikan mutu perkhidmatan terutamanya dalam bidang penyediaan makanan dan perhotelan di negeri dan negara ini," katanya.

Menurutnya, pelatih boleh membuat pilihan samada mahu meneruskan pengajian ataupun menyambung pelajaran dalam kursus berkaitan seperti perhotelan, pelancongan serta penyediaan makanan.

Katanya, Kolej Inforana menggalakkan pelatih meneruskan pengajian Sijil Kemahiran Malaysia, SKM dalam kursus-kursus di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang disediakan di sini," katanya.- Aminudin Ismail.
Pelajar bergambar kenangan selespas majlis.

 

PAS AKHIRNYA AKUI FAEDAH DAN MANFAAT MB KE ANTARTIKA

 Akhirnya, Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad, mengiktiraf pemergian Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ke Antartika  penting di sudut menimba ilmu dan kefahaman mengenai perubahan cuaca global dan kaitannya dengan kutub itu.

 Sewaktu sidang akhbar oleh Pas Perhubungan Negeri di Pejabat parti berkenaan di Jalan Sultan Omar pagi semalam, beliau berkata, Menteri Besar yang pergi ke Antartika dan telah mendalami serta berdamping dengan penyelidik sains di sana “harap dapat memberi suatu panduan ke arah pembangunan negeri dengan lebih baik.”

Kata-kata yang diucapkan oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu jelas memperakui akan betapa pentingnya pemergiaan Menteri Besar Terengganu ke Antartika, berbanding sebelum ini beliau berpendapat tidak perlu Menteri Besar yang bukan ahli sains ke Antartika untuk kaji alam sekitar atau pemanasan global.

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu, Yahya Ali. Wartawan Sinar Harian dan Utusan Malaysia Terengganu yang hadir ke sidang akhbar berkenaan.
  Yahya berkata, pihaknya terlupa atau tidak menyedari bahawa semalam adalah hari cuti umum di Terengganu dan sebab itulah meneruskan program sidang akhbar berkenaan.

Hanelang FC Sertai Saingan Liga FAM

Oleh: Fauzi Mohd dan Mastura Jamaluddin 

Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu iaitu badan gabungan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menampilkan skuad Hanelang FC untuk beraksi pada saingan Liga FAM bermula 9 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB. Rozi Mamat berkata, penyertaan kali pertama Hanelang FC yang ditubuhkan Januari lalu merupakan satu lagi pencapaian Terengganu dalam pembangunan sukan bola sepak.

Menurutnya, Kerajaan Negeri yakin pasukan bimbingan Ketua Jurulatih, Mustafa Kamal Abdul Wahab berada pada landasan yang betul dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berbakat dan berdisiplin.

“Saya yakin dengan gandingan pemain berpengalaman yang sebelum ini telah beraksi dalam Piala Presiden dan juga pemain baru.

“Kita mahu pemain fokus sepenuhnya kepada latihan yang diberikan Ketua Jurulatih Hanelang FC agar mereka dapat bersaing dengan 11 lagi kelab lain dalam Liga FAM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran pasukan itu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), Kuala Berang malam tadi.

Hadir sama, Pengurus Hanelang FC, Talaha Ali yang juga Yang DiPertua MDHT. Hanelang FC akan bertandang ke Bumi Kenyalang pada 9 Mac ini untuk aksi pertama bertemu Sabah Cebagoo FC dan diikuti perlawanan kedua menentang Harimau Muda FC pada 12 Mac.

Pada majlis sama, Rozi turut menyampaikan cek penajaan kepada Hanelang FC sebanyak RM100,000 daripada Erat Temurun Sdn. Bhd. dan RM50,000 tajaan Kamal Sport.

Tambah Rozi, Kerajaan Terengganu menubuhkan beberapa pasukan bola sepak seperti T-Team dan Hanelang FC bukan semata-mata mahu mencipta nama dan menjadi juara.

“Lebih jauh dari itu, kita (Kerajaan Terengganu) mahu jadikan sukan itu sebagai satu kerjaya dan untuk jangka masa panjang, Terengganu mahu lahirkan lebih ramai bintang yang bukan sahaja bermain untuk Terengganu, malah bermain di negeri lain,” ujarnya.

 

04 March 2014

Le Tour de Langkawi 2014 Stage 6 - Melaka - Pontian





















Penduduk DUN Langkap produktif.

Roslan ketika di rumah pengusaha sos di Kampung Langkap.
Oleh: Aminudin Ismail.

TIMBALAN Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu, Roslan Abdul Rahman mengambil masa lebih tiga jam bertemu mesra dengan dua usahawan dan empat peserta tanaman berkelompok, di DUN Langkap, Setiu, petang tadi.

Roslan yang ditemani isterinya, memulakan kunjungannya itu ke Kampung Langkap kira-kira jam 4 petang dengan mengunjungi rumah seorang pengusaha sos pencicah terkenal jenama 'Laris' di Terengganu, Hasmah Hassan.

Dalam kunjungan itu, Roslan diberi penerangan mengenai cara pemerosesan sos itu serta beberapa produk lain yang dikeluarkan Hasmah antaranya ialah sos cili, sos tomato, kicap dan air berkarbonat.

Ketika di rumah Zalida.
Selepas hampir satu jam di rumah Hasmah, Roslan mengunjungi pula ke tempat pembuatan kuih benderang yang diusahakan oleh seorang wanita iaitu Zalida Othman di Kampung Chalok Kedai yang terletak kira-kira 1 kilometer dari pekan Chalok Kedai.

Zalida yang mengusahakan kuih benderang sejak beberapa tahun lalu itu kini mengedarkan kuih benderangnya dalam pembungkusan baru yang dibantu oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.

Roslan juga sempat melihat cara memasak kuih benderang dan cara pembungkusannya selain merasa kuih yang berbentuk bulat itu yang baru siap dimasak.

Selepas itu, Roslan menghabiskan masa sepetang di Langkap dengan mengunjungi tapak penanaman nenas berkelompok di Kampung Bukit Kecil kira-kira jam 6 petang tadi yang terletak kira-kira 20 minit berjalanan dari Pekan Chalok Kedai.

Roslan bersama pengusaha tanaman nenas.
Dengan perjalanan jalan kebun sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama Chalok ke Kampung Telaga Papan, Roslan dan penulis tiba di tempat tanaman itu kira-kira jam enam petang.

Berkunjung ke situ, orang ramai boleh hamparan tanaman pokok nenas di tanah seluas kira-kira 70 hektar yang diusahakan penduduk setempat. Projek tanaman berkelompok nenas Kampung Bukit Kecil itu adalah antara kawasan pengeluaran nenas terbesar di Terengganu.

Roslan berkata, walaupun kunjunganya ke tiga tempat di Langkap itu mengambil masa yang singkat tetapi beliau kagum dengan kegigihan dua usahawan dan penanam nenas itu dan mengharapkan masing-masing terus mempertingkat hasil pendapatan untuk memajukan diri dan keluarga serta menaikan nama kawasan Langkap.

Selain itu, katanya, orang ramai juga dapat membeli barangan dengan harga lebih murah jika membeli terus di tempat pengeluaran produk itu.

 

Bantu anak belajar ketika di rumah- Che Zulkifly.

Sebahagian ibubapa yang hadir mesyuarat.
Oleh: Aminudin Ismail. 

IBUBAPA disaran supaya membantu pembelajaran anak-anak mereka ketika di rumah dan jangan hanya mengharapkan kepada guru-guru ketika di sekolah semata-mata supaya anak-anak akan lebih bersemangat untuk belajar dan pandai.

Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifli Jusoh berkata, dengan kesungguhan ibubapa mahu membantu atau memantau anak-anak mereka dalam pelajaran akan menjadikan anak-anak itu lebih memberi perhatian kepada pelajaran .

Selain itu, katanya, ibubapa juga perlu mengambil tahu tentang pencapaian anak-anak mereka di sekolah dengan menanyakan guru mengenai kelakuan dan pencapaian anak-anak masing-masing.

Zulkifly..pantau anak-anak belajar.
“Berapa ramai ibubapa yang bertanyakan mengenai anak-anak mereka. Anak saya macamana belajar, dapat A ke, saya rasa tidak ramai yang berbuat demikian. Oleh itu mulai sekarang ibubapa perlu mengambil cakna tentang pembelajaran anak-anak mereka,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agong PIBG sekolah itu, di Sungai Tong, kelmarin.

Zulkifli juga bersetuju untuk menyumbang sejumlah wang kepada persatuan PIBG itu bagi membolehkan pelbagai aktiviti diadakan untuk kejayaan murid sekolah itu.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Sri Langkap, Ismail Embong mengucapkan terima kasih kepada Che Zulkifli kerana sudi hadir merasmikan mesyuarat itu walaupun sibuk dengan tugas sebagai Ahli Parlimen.

Dalam mesyuarat itu, Ramlan Isa dilantik sebagai Pengerusi PIBG yang baru mengantikan mantan pengerusi yang berundur. Turut hadir wakil PPD, Wan Nasiah Wan Majid.

Ismail (kiri) mengiringi Zulkifly ke dewan mesyuarat.

Ismail  bersama jemputan khas.

Ramlan..pengerusi PIBG SK Sg.Tong.


Iskandar lepas peserta kayuhan basikal.

LEPAS...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar melepaskan seramai kira-kira 50 belia dari seluruh Daerah Setiu yang menyertai Program Kayuhan Santai Belia Daerah Setiu, di Perhentian Bas Bandar Permaisuri, Setiu, baru-baru ini.

Program itu adalah anjuran Majlis Belia Daerah Setiu dengan kerjasama Pejabat Belia Daerah Setiu, Majlis Sukan Daerah Setiu, Yayasan Pembangunan Keluarga Setiu dan Gateh Setiu.

Peserta bergambar kenangan.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu, Zokri Othman berkata, program yang julung kali diadakan itu adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada belia tentang penjagaan kesihatan dengan cara berbasikal serta memberi ketahanan mental dan fizikal kepada peserta.

Zokri berkata, kayuhan sejauh kira-kira 30 meter itu melalui Jalan Penarik ke Kampung Rhu 10 dan berakhir di Putera Jaya, Pak Kancil, Setiu dan beliau berharap program itu akan dapat membentuk belia yang berdisiplin melalui sukan serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.- Aminudin.